Arkib Blog

Kelantan : Kualiah Perdana, Medan Ilmu


Advertisements

Apabila Ibadah Hilang Manisnya


Ibadah adalah jalan mendekatkan diri kepada Allah, baik ibadah-ibadah khusus yang mempunyai aturan-aturan tertentu yang telah digariskan mahupun ibadah-ibadah umum yang lebih luas dan subjektif. Selagi mana sesuatu kebaikan itu dilakukan kerana Allah dan tidak bertentang dengan aturan Allah, maka ia termasuk dalam ibadah.

Firman Allah yang bermaksud :

“Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (beribadah) kepada-Ku.”

(Adz-Dzaariyaat: 56)

Ibadah, baik yang wajib mahupun sunat, seharusnya dapat membawa seseorang merasa lebih nikmat dan indah dalam hidup ini. Setiap kali masuk ke dalam solat, hatinya merasa sungguh tenteram bersama Tuhannya. Apabila keluar daripada solat, hatinya selalu rindu untuk menghadapNya lagi. Tatkala kalam Ilahi dilantunkan, hatinya luluh sehingga mengalirlah butir-butir air daripada pelupuk matanya. Bahkan apabila bibirnya sendiri membaca Al-Quran, hatinya semakin teguh untuk melangkah dalam kehidupan. Itu belum bercerita tentang hal keadaan hamba yang begitu asyik merintih dan memohon rahmat Tuhannya di balik tirai malam. Semuanya terasa begitu mententeramkan, sepatutnya. Read the rest of this entry

Manisnya Perjuangan Dalam Kegetiran


Kerana manisnya perjuangan dalam kegetiran, Muhajirin diangkat darjatnya, ahli Badar diampunkan kesalahan dan dijanjikan syurga. Menjadi kumpulan elit dalam sejarah perjuangan Rasulullah SAW. Yakin apa sahaja yang berlaku adalah atas percaturan Allah SWT. Makhluk tidak dapat memberikan bekas melainkan sekadar yang diizinkan oleh Allah.

Kerana ketaatan yang tidak berbelah bagi kepada Allah, Siti Hajar rela ditinggalkan bersama anaknya Ismail di tanah yang tandus kerana yakin Allah tidak akan mempersia-siakannya dan anaknya.

Kerana ketaatan yang tidak berbelah bagi Nabi Ismail sanggup disembelih oleh Nabi Ibrahim. Read the rest of this entry

Syaitan itu Kreatif !


Pernah satu ketika saya diminta belajar daripada syaitan oleh seorang yang ulama yang dihormati. Saya terkejut. Benarkah ini?

“Belajar tentang kreativiti dan inovasi syaitan menyesatkan manusia,” jelasnya. Saya tersenyum. Ada kebenarannya.

Syaitan begitu kreatif mencipta dan mempromosi kejahatan. Ada-ada sahaja cara dan jalannya. Tidak pernah kaku, jarang yang beku. Sentiasa ligat dan cepat. Sentiasa ada pembaharuan.

Malangnya, acapkali orang yang memperjuangkan kebenaran…tidak se’dinamik’ dia. Tumpul kreativiti dan beku inovasi. Asyik-asyik yang semacam itu juga. Read the rest of this entry

Pinanglah Daku Kerana Dakwah


Perkahwinan Atau Baitul Muslim (BM) merupakan satu urusan besar.

Saya katakan, ianya URUSAN AMAT BESAR.

Saya tanya pada kamu, susah tak nak bina individu muslim?

Susahkan….?

Apatah lagi sebuah baitul dakwah (rumah dakwah). Ianya bukan sekadar sebuah akad nikah. Ianya adalah satu wasilah untuk urusan lebih besar dari itu. maka bersedialah dan berfikirlah sewajarnya akan hal ini. Berbicara tentang perkara ini amat berbeza sekali fenomenanya dikalangan ikhwah dan akhawat sendiri.

Berbual dengan suami saya sendiri mengenalkan saya akan kepelbagaian sikap-sikap ikhwah (rakan-rakan seperjuangan) mahupun saya sendiri mengenali banyak kisah-kisah akhawat yang ada.

Lain orang, lain ragam dan ceritanya. Read the rest of this entry

Rajin Dan Tabah


Di antara pelajaran terbesar yang mampu dipelajari di dalam dunia kecemerlangan dan kejayaan adalah kehidupan haiwan yang bernama semut. Semut akan selalu berusaha secara berulang-ulang dan terus menerus, sampai ia berhasil menggapai tujuan yang diinginkan.

Ia merangkak di sebuah pohon, lalu jatuh kemudian merangkak kembali ke atas pohon, lalu terjatuh lagi, namun ia tetap terus berusaha sampai akhirnya ia berhasil naik ke atas pohon yang diinginkan dan mendapatkan apa yang dicari tanpa pernah merasa lelah dan bosan.

Jika perjalanannya terhalang oleh sesuatu, maka ia akan berusaha bergerak ke arah kiri dan kanan, namun jika jalan tersebut masih buntu, maka ia akan berhenti sebentar, kemudian kembali lagi dengan sebuah tenaga yang jauh lebih kuat berbanding yang pertama. Read the rest of this entry

Pahala Terakhir Seorang Isteri..


Peristiwa yang menimpa diri saya kira-kira dua tahun yang lalu sering datang meragut ketenangan yang cuba di pupuk hari demi hari. Saya selalu kecundang. Justeru saya masih belum dapat memaafkan kesalahan yang telah dilakukan. Kesalahan yang disangka ringan, tetapi rupa-rupanya mendatangkan rasa bersalah yang tidak pernah berkesudahan hingga ke hari ini.

Ingin saya paparkan peristiwa yang menimpa diri ini untuk tatapan anda sekalian, untuk dijadikan teladan sepanjang hidup. Untuk pengetahuan semua, di kalangan sahabat-sahabat dan saudara-mara, saya dianggap sebagai seorang isteri yang baik. Tetapi keterlaluan jika dikatakan saya menjadi contoh teladan seorang isteri bekerja yang begitu taat berbakti kepada suami. Walau bagaimana penat dan sibuk sekalipun, urusan rumahtangga seperti melayan suami dan menguruskan anak-anak tidak pernah saya abaikan.
Read the rest of this entry

Antara Sabar Dan Mengeluh


Salam Perjuangan…

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.

“Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati.”

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, “Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini.”

Abu Hassan bertanya, “Bagaimana hal yang merisaukanmu?” Read the rest of this entry

Sayang Isteri-isteriku


Salam Perjuangan…

Aku seorang ahli perniagaan yang punya empat isteri. Pada kesempatan ini aku ingin bercerita tentang isteri-isteriku. Berminat? Ayuh, mari ikuti kisahku. Kumulakan dengan isteri yang paling kusayang. Siapa lagi, kalau bukan isteri yang keempat. Dia paling muda, paling bertenaga. Dialah isteri yang paling kucintai. Justeru dia sangat banyak membantuku. Kalau aku keletihan, dialah yang meyelesaikan segala kerja yang melibatkan tenaga. Dia macam tidak pernah keletihan. Oh, bertuah sungguh punya isteri muda yang kuat dan bertenaga. Dia adalah pujaanku yang sentiasa kujaga dan kudambakan kasihnya.

Isteriku yang ketiga tak kurang hebatnya. Di antara keempat-empat isteriku, dialah yang paling cantik. Wajahnya sangat memikat siapa sahaja yang melihat. Pandai berhias dan bergaul dalam majlis. Dialah yang selalu menemaniku ke majlis-majlis penting. Oh, bangga dalam hati…apabila memperkenalkannya kepada teman-teman. Muka dan tuturnya sangat manis kelihatan.

Isteriku yang kedua apa kurangnya. Walaupun tidak secantik dan bertenaga seperti ketiga dan keempat, dia punya akal yang cerdas. Sangat pandai dan pintar dalam menyelesaikan masalah. Oh, sungguh bertuah…jika aku buntu, dialah yang menjadi tempat rujukku. Ada sahaja buah fikiran dan jalan penyelesaian yang dia ketengahkan. Read the rest of this entry

Pendakian Gunung Kinabalu


Salam Perjuangan…

Alhamdulillah, pada 4 – 5 Ogos baru-baru ini saya telah berjaya menjejakkan kaki saya di puncak Gunung Kinabalu bersama rakan-rakan seperjuangan.

Perjalanan pendakian ini bermula pada 2 Ogos bersama rombongan seramai 33 orang dengan menaiki bas dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur untuk menaiki kapal terbang air asia ke Kota Kinabalu. Setibanya di sana pada 3 Ogos, saya disambut oleh bapa saudara saya yang berkhidmat sebagai guru di sana.

Berkebetulan beliau bercuti seminggu kerana pelajar sekolahnya terkena jangkitan virus H1N1. Saya terus di bawa ke kedai makan, al maklumlah, flight jam 12.50 tak sempat nak makan tengahari. Selepas makan, solat jama’ ta’khir dekat surau Putra Jaya dan terus ke Mesilau tempat pendakian yang akan bermula pada keesokkan harinya. Read the rest of this entry