Arkib Blog

Himpunan Kesyukuran Perakuan Kanun Jenayah Syari’ah II Kelantan


Advertisements

Kelantan : Jamuan Rakyat & Ceramah Penerangan Isu HUDUD


Tarikh : 8 Zulkaedah 1432H / 6 Oktober 2011 (Khamis)

Tempat : Stadium Sultan Mohamed Ke IV, Kota Bharu

Penceramah : YAB Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tuan Guru Hj Hadi Awang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Prof. Dr. Abdul Aziz Bari Read the rest of this entry

UMNO Perlu Berundur – The Australian


Salam Perjuangan…

Setelah seminggu mengikuti perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim, rumusan awal oleh dunia antarabangsa ialah mantan timbalan perdana menteri itu sekali lagi menjadi mangsa fitnah dan konspirasi peringkat tertinggi.

Di Australia, parlimen menerima laporan Jawatankuasa Hal Ehwal Luar negaranya bersabit isu Anwar.

Pengerusinya Michael Danby memaklumkan parlimen bahawa pihak tertentu dalam Umno sekali lagi di dapati memperalatkan sistem perundangan Malaysia untuk membunuh karier politik Anwar. Read the rest of this entry

UMNO ambil Perak, PR mesti ambil Malaysia


Salam Perjuangan…

Lengkaplah sudah teori RAHMAN. Sempurna dan lancar sebutannya. Mematikan terus segala ramalan dan jangkaan yang menidakkan RAHMAN adalah hak milik terpelihara UMNO. Sejumlah 81 AP PR yang mewakili 49.71% pengundi dalam PRU12 begitu kecewa. Segala usul berkaitan PM baru di parlimen telah ditolak mentah-mentah oleh speaker. Bahkan ada AP yang digantung sehingga 12 bulan tanpa gaji kerana amat biadap kepada PM baru. Begitu juga PR telah gagal dalam usaha akhirnya memohon perkenan kepada YDPA supaya ditangguhkan dahulu majlis angkat sumpah PM baru. Suara 49.71% pengundi telah tidak mendapat perhatian sama ada di parlimen ataupun di istana.

PR harus sedar dan segera faham bahawa ‘tiang gol sentiasa diubah’. Perlembagaan yang ditatang boleh dilanggari secara anarki oleh BN. PR usah berharap sangat kepada mana-mana badan pemerintahan selagi BN memerintah. Harapan hanya kepada rakyat. Harapan melalui pilihanraya. PR harus memastikan lebih 70% pengundi mengundi PR dalam mana-mana pilihanraya. Sekiranya lebih 70% pengundi mengundi PR, barulah PR berpeluang menguasai parlimen. Sekiranya hanya 60% sahaja pengundi mengundi PR, BN masih boleh mengelat dan menafikan kemenangan PR. Read the rest of this entry

Kes Anwar Ditangguh Kepada 24 Sept


Salam Ramadhan…

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menangguhkan kes liwat terhadap Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada 24 September depan ekoran bantahan terhadap perintah yang ditandatangani Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.

anwar sodomy 2 trial session court 100908 03

Apabila kes itu disebut pada jam 9.58 pagi tadi di hadapan Hakim SM Komathy Suppiah, pihak pendakwa telah mengemukakan perintah untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.

Bagaimanapun, para peguam Anwar mempertikaikan perintah tersebut kerana ia ditandatangani oleh Abdul Gani, yang menurut mereka, tidak sepatutnya terbabit dalam kes tersebut kerana beliau adalah pihaknya disebut dalam aduan polis yang dibuat oleh Anwar berhubung dakwaan mereka bukti terhadapnya pada 1998.

Mereka berhujah bahawa sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Abdul Gani dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tidak akan terbabit secara langsung dalam kes liwat terhadap Anwar.

Read the rest of this entry

Tinjauan Proses Penamaan Calon Permatang Pauh


Salam Perjuangan…

16 Ogos, jam 2.30 pagi – saya bersama-sama YB Abdul Latif (ADUN Mengkebang), Shukri (abang YB), Hafiz Musa, Rosli Abdul Samad dan Fitri bertolak dari Ipoh menuju ke Permatang Pauh. Kami sampai di Permatang Pauh jam 5 pagi dan terus ke Permatang Pasir, DUN yang akan dibantu oleh Kelantan dalam mendepani pilihan raya kecil nanti. Ada ramai yang telah sampai lebih awal daripada kami, ada rombongan dari Perlis, Kelantan (satu bas, yang tak tahu la) bermukim di Pejabat ADUN Permatang Pasir dan lain-lain negeri lain lagi.

Setelah solat subuh, kami bertolak ke Institut Perguruan Tunku Bainun. Kami sempat bersarapan di warung dalam 4 km dari tempat penamaan calon. Dalam pemerhatian saya semasa di warung tersebut sambil menikmati roti canai, saya dapati ramai orang telah berpusu-pusu yang menuju ke pusat penamaan calon. Tidak melintas langsung orang UMNO / parti komponen BN yang melalui jalan tersebut, yang berpusus-pusu hanya penyokong Keadilan sahaja. Ramai anak muda tempatan yang menaiki motorsikal sambil mengibarkan bendera Keadilan.

Read the rest of this entry