Arkib Blog

Tahniah Najib : Petrol RON 97 naik 20 sen lagi menjadi RM2.90


Bermula tengah malam ini, petrol RON 97 akan dijual pada harga baru, iaitu RM2.90 seliter, menurut Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM).

Naib presiden PDAM Datuk Zulkifli Mokti berkata, peningkatan ini disebabkan kenaikan harga minyak mentah. Read the rest of this entry

Advertisements

MCA Penentang Islam Sebenar


KOTA BHARU, 4 Mei: Semua pihak diminta mengkaji pendirian politik MCA yang menjadi kawan Umno sejak sekian lama sebelum mempertikaikan hubungan antara PAS dengan DAP dalam Pakatan Rakyat. Ini kerana, kenyataan-kenyataan dari pimpinan MCA terbukti menentang Islam berbanding dengan DAP, kata Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Fadhli Shaari (gambar kanan).

Pegawai Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu mengulas laporan muka depan lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia hari ini yang melaporkan kenyataan Mufti Perlis kononnya siapa yang menentang perpaduan antara Umno dan PAS adalah pengkhianat Islam.

“Mufti Perlis seharusnya memberikan komen apakah hukum kerjasama di antara Umno dengan MCA apabila Presiden MCA menyatakan dengan jelas bahawa mereka boleh menerima kehadiran PAS di dalam BN tetapi dengan syarat PAS menggugurkan agenda perjuangan negara Islam,” katanya.

Begitu juga dengan cadangan MCA untuk menyaman kerajaan negeri Kelantan sekiranya terus menguatkuasakan undang-undang menghalang premis judi beroperasi, apakah hukumnya Umno selaku rakan kongsi MCA dalam Barisan Nasional membisu seribu bahasa? Read the rest of this entry

Nabi Muhammad SAW tidak guna al-Mubahalah menghadapi fitnah seks


Tun Mahathir Khianati Melayu


Salam Perjuangan …

Tun M pengkhianat Melayu, itu kesimpulan saya. Sudah lama saya mempunyai pandangan ini.

Tiga bukti sahaja untuk pusingan ini.

Pendaratan minyak dan gas Kelantan (baca kawasan JDA) ke Songkla dilakukan secara sengaja dan terancang oleh Tun M untuk menafikan hak Kelantan terhadap apa sahaja peluang faedah dari sumber minyak dan gas itu, sampai titisan terakhir.

Bila hak Kelantan ternafi sampai kini, hak rakyat Kelantan juga ternafi dan dikhianati. 95% penduduk Kelantan adalah Melayu. Maknanya Tun M mengkhianati Melayu, Melayu Kelantan secara khusus. Read the rest of this entry

Seminar Mahasiswa Mahasiswi Mesir


UMNO yang menjahanamkan Melayu & Islam – YB Saifuddin Nasution


PRK Tenang : Sedang Umno Tolak Islam, MCA Usah Cakap Hal Islam


Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini membidas tindakan MCA — rakan Umno dalam BN — yang terus-menerus membangkitkan isu negara Islam dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

Mursyidul Am PAS mempersoalkan tindakan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang meneruskan agenda untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Islam di kawasan itu.

Kata beliau, sedangkan Umno sendiri menolak pendekatan Islam dalam politik kerana tidak faham, rakannya MCA tidak wajar menyentuh isu Islam dalam kempennya.

“Dia (MCA) tahu ke ajaran Islam? Macam mana dia boleh cakap benda yang dia tidak faham? Read the rest of this entry

PRK Tenang : Azahar Ada Kes Mahkamah, Cikgu Mala Cemerlang


Para pengundi dalam pilihan raya kecil (PRK) Dun Tenang perlu membuat pilihan bijak untuk memilih wakil mereka yang cemerlang dan berintegriti ke Dun Johor pada 30 Januari ini.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, ini kerana calon BN, Mohd Azahar Ibrahim mempunyai kes di mahkamah akibat kecuaiannya melelong tanah seorang lelaki semasa menjawat Penolong Pendaftar Tanah Daerah Segamat.

Ini, katanya berbeza dengan calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, Cikgu Mala yang diiktiraf guru cemerlang oleh Kementerian Pelajaran dan pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

Cikgu Mala pernah menerima Anugerah Guru Aktif sempena Sambutan Hari Guru Daerah Segamat.

Cikgu Mala turut menerima Anugerah Khas sempena Perbahasan Ala Parlimen pada Perayaan Hari Guru. Read the rest of this entry

Calon BN Cuai Sebagai ADO


Calon BN untuk Pilihan Raya Kecil Dun Tenang didakwa cuai dalam menjalankan tugasnya sebagai pegawai kerajaan sebelum ini  dan pernah disaman kerana melelong tanah tanpa pengetahuan tuan tanah.

Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub mendedahkan calon BN, Mohd Azahar Ibrahim didapati cuai dan lalai ketika memegang jawatan Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat sehingga disaman pada tahun 2004 oleh tuan tanah, Mansor Mohamad.

Katanya, Azahar yang dikenali dengan panggilan Tok Ai telah disaman di Mahkamah Tinggi Muar melalui Saman Pemula No: 24 (L) – 674-2004 berkaitan kes siasatan hartanah HS (M) 535, Lot 2091, Mukim Jabi, Daerah Segamat. Read the rest of this entry

PRK Tenang : Cikgu Mala Tidak Mahu Serang Peribadi Musuh


LABIS, 25 Jan: Biarpun diserang dengan pelbagai fitnah, kempen calon PAS, Normala Sudirman atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Mala, bertemu pengundi Dun Tenang sdikit pun tidak terjejas.

Pada sidang medianya semalam, Cikgu Mala menampilkan keperibadian yang tinggi apabila menjelaskan beliau tidak akan sesekali membalasnya dengan membuat serangan peribadi kepada pihak lawan.

“Saya tak akan buat serangan peribadi terhadap pihak lawan. Itu pendirian saya walau apa pun mereka buat pada saya.

“Saya percaya Tuhan akan melindungi saya,” katanya. Read the rest of this entry