Arkib Blog

Kelantan : Apa Itu ‘Skim Gerbang Az-Ziwaaj?


Apa itu ‘Skim Gerbang Az-Ziwaaj?

“Skim Gerbang Az-Ziwaaj adalah satu skim / saguhati khas kepada Pasangan Pengantin baru yang telah diluluskan oleh pihak Kerajaan Negeri.

 

Apakah Objektif Skim Gerbang Az-Ziwaaj?

Menjaga kebajikan rakyat, meringankan beban kewangan dan mengelak daripada terjebak dengan gejala sosial.

 

Apakah bentuk pemberian yang diberikan oleh Kerajaan Negeri?

Wang tunai bernilai Ringgit Malaysia : Satu Ribu Sahaja (RM1,000.00) dalam bentuk cek (atas nama calon) diberikan kepada calon yang layak berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.

Read the rest of this entry

Advertisements

Majlis Pelancaran Gerbang Az-Ziwaaj


Read the rest of this entry

Cinta Sebelum Nikah -VS- Cinta Selepas Nikah


Cinta adalah suatu perasaan yang suci dan indah dan cinta yang tercipta akibat didorong oleh rasa takut kepada ALLAH pastinya akan membawa kebaikan dan kebahagiaan kepada manusia. Sebaliknya pula bagi cinta yang berlandaskan hawa nafsu dan hasutan syaitan, ianya pasti tidak akan berkekalan selamanya membahagiakan. Mungkin segalanya akan terasa ‘indah’ namun itu semua hanyalah tipu muslihat syaitan semata. Malahan mungkin akan menyebabkan rasa gundah gulana, resah dan akhirnya kecewa. Dan pastinya, cinta yang sejati dan agung tentunya hanyalah untuk ALLAH swt…kerana Dia satu-satunya Pencipta kita yang maha berhak.

Sabda Rasulullah s.a.w: “Tiga perkara yang sesiapa melakukannya akan mendapat kemanisan iman: Menjadikan ALLAH dan Rasul-NYA s.a.w sebagai cinta yang paling utama, menyintai seseorang semata-mata kerana ALLAH dan benci untuk kembali kepada kekufuran seperti dia benci dicampakkan ke dalam neraka.” – Riwayat al-Bukhari- Read the rest of this entry