Arkib Blog

Ramadhan – PRK Kuala Besut


Ramadhan makin tiba, di mana Ramadhan merupakan bulan pesta ibadah yang ditunggu-tunggu oleh orang yang beriman. Bulan gandaan pahala bagi setiap amal kebajikan yang dikerjakan.

Dalam mencari keberkatan Ramadhan, kita mestilah meninggalkan perkara yang tidak baik yang kita perbuatkan sebelum ini dengan kita bertaubat dengan Allah SWT di mana taubat amat berkait rapat dengan kejayaan. Banyak dosa tanpa taubat membuatkan tiada pertolongan daripada Allah kepada hambanya dalam apa jua pekerjaan. Begitu juga salah kita dengan manusia, perlu mohon maaf dengan orang yang kita buat salah.

Teringat akan peperangan Badar yang berlaku pada bulan Ramadhan, di mana ianya begitu menguji iman para sahabat dalam menegakkan Islam.

Hari ini kita telah diseru untuk menghadapi pilihan raya kecil DUN Kuala Besut yang dijadualkan pada 12/7/2013 (penamaan calon), 20/7/2013 (undian awal) dan pilihan raya pada 24/7/2013.

Sama-samalah kita doakan kemenangan untuk Pakatan Rakyat.

Advertisements

BN-Umno dicabar, depani PAS dalam pilihan raya terbuka


Salam Perjuangan…

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat mencabar Umno-BN agar berdepan dengan segala masalah apatah lagi kini mereka berada di ambang kejatuhan.

“Sepatutnya berdirilah seperti seorang lelaki untuk berdepan dengan PAS melalui pilihan raya terbuka, PAS tidak ada masalah kerana kita bersedia untuk berdepan dengan Umno,” katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Menteri Besar Kelantan itu turut menyelar tindakan Umno yang terus membabitkan pihak istana Perak bagi menjayakan agenda rampas kuasa mereka.

“Saya melihat Umno-BN memang tidak gentleman kerana terus melibatkan istana dan berselindung di sebalik kuasa kekebalan istana,” tegasnya. Read the rest of this entry