Arkib Blog

Himpunan Kesyukuran Perakuan Kanun Jenayah Syari’ah II Kelantan


Advertisements

Kelantan : Jamuan Rakyat & Ceramah Penerangan Isu HUDUD


Tarikh : 8 Zulkaedah 1432H / 6 Oktober 2011 (Khamis)

Tempat : Stadium Sultan Mohamed Ke IV, Kota Bharu

Penceramah : YAB Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tuan Guru Hj Hadi Awang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Prof. Dr. Abdul Aziz Bari Read the rest of this entry

NAJIB TAK CERMAT – MURSYIDUL AM


KUALA LUMPUR: Kenyataan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak yang memuji tindakan Amerika Syarikat membunuh Osama Ben Laden menunjukkan Najib ‘boneka’ perang keganasan negara Rumah Putih itu.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menyifatkan kenyataan Najib yang mendakwa dunia akan lebih selamat dengan kematian Osama boleh disifatkan seperti ‘bapa borek anak rintik,’ suatu sikap mengampu yang melampau.

“PAS memang menentang keganasan, tetapi apakah dengan membunuh Osama ianya akan menyelesaikan perang keganasan yang menjadi agenda Amerika untuk memburukkan Islam?” soal Salahuddin.

Pembabitan Amerika Syarikat dalam keganasan sudah terbukti dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini. Read the rest of this entry

Kematian Osama bin Laden : Respon Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz


  1. Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam. Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.
  2. Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut. Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti.
  3. Ini jelas dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini. Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin ? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel. Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas.
  4. Inilah yang saya tegaskan kepada Duta Besar Amerika Syarikat yang datang ke pejabat saya pada 28 April 2011 yang lepas, bahawa sepasang selipar pun tidak boleh dirampas dari tuannya yang berhak, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi tidak berhak untuk dirampas oleh Israel.
  5. Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?

Sekian, wassalam.

TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,

Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 30 Jamadil Awal 1432H bersamaan 3 Mei 2011M

Kenyataan Media Pemuda PAS Kelantan : Isu Debat Dengan Majlis Fatwa Kebangsaan


Kenyataan Media

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK)

ISU DEBAT DENGAN MAJLIS FATWA KEBANGSAAN

 

LANTIK MOHD NOR DERIS SEBAGAI MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

1. Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Jamil Khir Baharom seperti yang tersiar di dalam akhbar Berita Harian, 8 Februari 2011 (muka surat 11). Di bawah tajuk Nik Aziz tak perlu heret Majlis Fatwa, beliau dilaporkan menggesa agar al-Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat tidak perlu mengheret pihak lain, termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan untuk menegakkan kebenaran memadai berhadapan dengan Mohd Noor.

2. Sukalah DPPNK mengingatkan Datuk Dr Jamil Khir bahawa individu yang mula-mula mencadangkan agar kenyataan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dibincangkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan atau Majlis Raja-raja ialah Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan, Mohd Noor Deris. Ini disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia bertarikh 3 Februari 2011 di muka hadapannya. Tuan Guru hanya menyatakan persetujuan apabila ditanya oleh wartawan berkenaan desakan tersebut ketika sidang media selepas menyampaikan kuliah di medan ilmu pada hari Jumaat, 4 Februari 2011. Tidak pernah timbul isu Tuan Guru Nik Aziz mencabar untuk berdebat dan sebagainya. Read the rest of this entry

PRK Tenang : Sedang Umno Tolak Islam, MCA Usah Cakap Hal Islam


Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini membidas tindakan MCA — rakan Umno dalam BN — yang terus-menerus membangkitkan isu negara Islam dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

Mursyidul Am PAS mempersoalkan tindakan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang meneruskan agenda untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Islam di kawasan itu.

Kata beliau, sedangkan Umno sendiri menolak pendekatan Islam dalam politik kerana tidak faham, rakannya MCA tidak wajar menyentuh isu Islam dalam kempennya.

“Dia (MCA) tahu ke ajaran Islam? Macam mana dia boleh cakap benda yang dia tidak faham? Read the rest of this entry

PRK Tenang : Undi Calon PAS Peluang Eratkan Islam, Bukan Islam


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata pengundi di kawasan DUN Tenang perlu memilih calon PAS-Pakatan Rakyat Normala Sudirman bagi mengeratkan perpaduan antara orang Islam dan bukan Islam negara ini.

Menteri Besar Kelantan itu dalam ceramahnya malam tadi berkata kerajaan pimpinan PAS di negeri itu telah melakukan pelbagai kaedah untuk merapatkan jurang antara orang Islam dan orang bukan Islam.

“Bila ada pilihan raya kita perlu pilih (calon), tapi sekarang tidak tahu pilih, sekarang kita ada calon PAS. Read the rest of this entry

PRK Tenang : Kedatangan TG Nik Aziz Buat BN Tak Tenang


UMNO dalam keadaan bergelora dan tidak tenang apabila mendengar Tuan Guru Nik Aziz aku turun berkempen di Tenang. UMNO ibarat cacing kepanasan.

Walaupun Tok Guru baru sembuh dan masih rawatan, beliau sanggup turun membantu kempen calon PAS. Tok Guru telah sampai ke Tenang pada semalam dan akan berada di Tenang sehingga hari Jumaat. Pelbagai aktiviti kempen akan diadakan. Aktiviti kempen Tok Guru telah bermula setelah sampai tadi. Tok Guru telah menyampaikan ceramah di Dataran Air Panas. Tok Guru menyampaikan ceramah bersama- sama Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud, Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin, Adun dari Perak YB Chan Ming Kai dan beberapa pimpinan lain.
Read the rest of this entry

Manek Urai : ISA lebih zalim daripada istilah ‘binatang’


Salam Perjuangan…

Tuan Guru Nik Aziz menyifatkan penggunaan ISA terhadap pemimpin adalah lebih teruk daripada istilah ‘binatang’.

“Kezaliman Umno menggunakan ISA ke atas pembangkang yang tidak bersalah dan menafikan hak bersuara untuk mereka membela diri adalah lebih teruk daripada perkataan itu,” bidas Nik Aziz.

Beliau berkata demikian menjawab serangan media yang menyebut beliau mengeluarkan kata-kata kesat termasuk binatang atau ‘menate’ dalam loghat Kelantan dalam satu ceramah di Manek Urai Dua baru-baru ini. Read the rest of this entry

Sepatutnya Ulamak PAS Berbangga


Salam Perjuangan…

Amat tertarik dengan ”kebangkitan” suara ulamak PAS yang sebelum ini banyak membisu dan kurang bersuara dalam sebarang isu mahupun PAS ditenang hebat oleh UMNO dan media yang menjadi alat propaganda UMNO. Ulamak PAS bangkit mempertahan kan bahawa jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PAS esti dari ulamak sehingga ada yang menetapkan kriteria bahawa ulamak itu sekurang-kurang ada STU. Lebih sinis lagi ada ”ulamak muda” PAS yang menyindir supaya Haji Husam bertanding lawan Presiden. Sebenarnya apa ”akhlak Politik” yang ingin ditonjolkan? Read the rest of this entry