Arkib Blog

Ramadhan – PRK Kuala Besut


Ramadhan makin tiba, di mana Ramadhan merupakan bulan pesta ibadah yang ditunggu-tunggu oleh orang yang beriman. Bulan gandaan pahala bagi setiap amal kebajikan yang dikerjakan.

Dalam mencari keberkatan Ramadhan, kita mestilah meninggalkan perkara yang tidak baik yang kita perbuatkan sebelum ini dengan kita bertaubat dengan Allah SWT di mana taubat amat berkait rapat dengan kejayaan. Banyak dosa tanpa taubat membuatkan tiada pertolongan daripada Allah kepada hambanya dalam apa jua pekerjaan. Begitu juga salah kita dengan manusia, perlu mohon maaf dengan orang yang kita buat salah.

Teringat akan peperangan Badar yang berlaku pada bulan Ramadhan, di mana ianya begitu menguji iman para sahabat dalam menegakkan Islam.

Hari ini kita telah diseru untuk menghadapi pilihan raya kecil DUN Kuala Besut yang dijadualkan pada 12/7/2013 (penamaan calon), 20/7/2013 (undian awal) dan pilihan raya pada 24/7/2013.

Sama-samalah kita doakan kemenangan untuk Pakatan Rakyat.

Advertisements

Laluan Sukar Buat DSAI


Salam Perjuangan…

Semalam saya sempat menghantar bapa mertua, Hj Abdullah Al Hafiz bersama abang ipar Abdul Bari Al Hafiz (imam masjid Kubang Kerian) dan Abd Rahman ke airport untuk menunaikan umrah dan sebelah paginya bergegas bersama Mohd Rosli Abdul Samad dan Fitri ke Muktamar PAS Pusat bertempat di Ipoh, Perak.

Pada sebelah petangnya setelah selesai muktamar jam 7 petang, saya terus ke hotel Syuen untuk berehat dan mandi. Sementara menunggu untuk solat, saya menonton Buletin Utama. Tajuk utamanya adalah Saiful Bersumpah tentang tuduhan lihat ke atasnya di masjid Wilayah. Terdetik juga hati saya dengan sumpahan yang dibuat oleh Saiful itu, bakal pengundi Permatang Pauh lebih-lebih lagi. Antara ayat sumpah yang sempat saya tangkap adalah ; “Wa Allahi, Wa Billahi, Wa Tallahi, saya bersumpah saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 dan pada hari tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya…”

Read the rest of this entry

DSAI vs Arif Shah


Salam Perjuangan…

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam telah mengumumkan calon BN yang akan berentap dengan calon PKR, DSAI pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh 26 Ogos nanti. Beliau adalah ADUN Seberang Jaya, Datuk Arif Shah, 52 tahun.

Najib membuat pengumuman itu di Pusat Konvensyen Karnival Sunway di Seberang Jaya malam tadi, serentak dengan majlis pelancaran jentera pilihanraya BN bagi pilihanraya kecil tersebut.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Arif mensasarkan dua agenda utama untuk penduduk di kawasan itu sekiranya terpilih sebagai wakil rakyat mereka pada pilihanraya kecil 26 Ogos ini.

Katanya, usaha untuk meningkatkan perpaduan semua kaum di Permatang Pauh menjadi agenda utamanya selain mencari jalan untuk mengatasi masalah kemiskinan penduduk di kawasan parlimen itu.

Read the rest of this entry

Persidangan NGO-NGO Negeri Kelantan


Salam Perjuangan…

Kota Bharu, 11 Ogos – Persidangan NGO-NGO Negeri Kelantan telah diadakan di Dewan Teratai, Kompleks SUK Kota Darulnaim pada hari ini. Sebanyak 200 NGO yang berdaftar dengan Kerajaan Negeri telah dijemput untuk hadir ke persidangan tersebut yang bermula jam 9.00 pagi hingga jam 5.30 petang.

Pada persidangan tersebut, tiga (3) kertas bertajuk “Fungsi NGO Dalam Mendepani Masalah Rakyat” oleh YB Saifuddin Nasution (Ahli Parlimen Machang), “Menjana Kekuatan Bersama Memantapkan Kepimpinan Masyarakat” oleh Dr. Abdul Basit (Musyrif Pondok Sungai Durian) dan “Kelantan Mempelopori Negeri Berkebajikan” oleh YB Dato’ Hj. Husam Musa (EXCO Kerajaan Negeri) telah dibentangkan.

Read the rest of this entry

Akademik Bola Sepak Darulnaim


Salam Perjuangan…

Pasir Mas, 08/08/08 – bertempat di mini stadium Pasir Mas, Akademik Bola Sepak Darulnaim anjuran Urusetian Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan telah dilancarkan. Akademik ini ditubuhkan bagi mengilap bakat-bakat muda seawal 10 tahun lagi. Untuk permulaan, akademik ini dibuka kepada pelajar-pelajar yang berusia 10 – 15 tahun dan terhad kepada 50 orang sahaja. Bayaran pendaftaran adalah RM 25 seorang.

Akademik ini mula ditubuhkan pada awal Januari 2006 yang memberi tumpuan khusus kepada pelatih-pelatih bola sepak bagi peringkat umur 10 – 12 tahun dan tertumpu di jajahan Kota Bharu sahaja. Pada tahun ini, Kerajaan Negeri di bawah Unit Pembangunan Sukan telah memilih lima Jajahan untuk permulaan bagi mempromosikan akademik ini iaitu Pasir Mas, Kota Bharu, Tumpat, Tanah Merah dan Bachok.

Read the rest of this entry

Siri Penerangan Isu Anwar Membazir Wang Rakyat


Salam Perjuangan…

Kementerian Luar akan mengadakan siri penerangan di luar negara untuk memberi penjelasan tanpa berat sebelah mengenai pertuduhan liwat membabitkan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim. (Dipetik dari Berita Harian Online)

Pada pandangan saya siri penerangan ini amat membazir wang rakyat di masa kita diarah supaya berjimat cermat akibat dari kenaikan minyak yang mendadak dan keterlaluan oleh kerajaan pimpinan BN. Kalau perletakan Kak Wan sebagai Wakil Rakyat Perlimen Permatang Pauh yang mengakibatkan berlakunya Pilihan Raya Kecil dikatakan oleh UMNO membazirkan duit rakyat.

Tapi sebaliknya apabila kes liwat DSAI, ianya menjadi pengecualian, tidak membazir pulak. Cuba kita bayangkan, berapa kos yang akan dibelanjakan oleh kerajaan menggunakan wang rakyat untuk siri penerangan ini di serata dunia, tidak kurang daripada 120 negara yang akan dilawatinya.

Hancur-hancur, dengan senang-senang / sewenang-wenangnya wang rakyat dibelanjakan oleh pimpinan yang korup. Hanya fikir kesejahteraan kerajaan yang dipimpinnya sekarang sahaja.

Sejarah Pilihan Raya Kecil Terkotor Bakal Tercatat


Salam Perjuangan…

Sehari dua ini banyak kerja yang perlu dihabiskan / siapkan, membuatkan saya tidak sempat untuk menulis / mengulas isu-isu politik tanah air yang begitu kotor dek penangan UMNO yang jahanam yang memisahkan politik dengan Islam.

Semalam Suruhanjaya Pilihan Raya setelah bermesyuarat telah menetapkan bahawa tarikh penamaan calon dan pengundian adalah pada 16 Ogos dan 26 Ogos 2008. Hari penamaan calon merupakan hari Muktamar Agung PAS Pusat yang berlangsung di Perak. Mungkin tidak ada ahli pimpinan PAS yang akan turut sama dalam hari penamaan calon tersebut. Berbeza dengan hari penamaan calon DUN Pengkalan Pasir pada 2005, yang mana semua pimpinan PAS turun dan turut serta Allahyarham Tuan Guru Haji Abdullah Pondok Lubuk Tapah yang turut sama dengan penuh semangat pada hari penamaan calon tersebut.

Read the rest of this entry

Sultan Muhammad Al-Fateh


Salam Perjuangan…

Kota Konstantinopel kini bernama Istanbul. Kota yang kaya akan arsitektur dan seni Islam ini terletak di tepi selat yang terindah di dunia, yakni selat Bosporus (Turki). Istanbul mempunyai daya pikat bagi wisatawan, lokal dan mancanegara. Daya tarik itu apalagi kalau bukan bangunan-bangunan bersejarah, museum, baik bangunan peninggalan masa Byzantium maupun peradaban Islam.

Di antara obyek wisata yang paling banyak dikunjungi itu antara lain adalah Aya Sophia (peninggalan Kerajaan Byzantium), Masjid Biru yang memiliki enam menara, dan Istana Topkapi yang dibangun pada tahun 1462.

Dalam eksiklopedi disebutkan, Konstantinopel dibangun oleh Kaisar Constantine Agung sebagai ibukota Kekaisaran Romawi, di tempat bekas Kota Byzantium Lama (324-330). Karena dibangun oleh Constantine Agung itulah kota ini kemudian dinamakan Konstantinopel (Constantinople). Ketika kerajaan Romawi pecah menjadi dua, kota ini tetap menjadi ibukota Kerajaan Romawi Timur atau Kerajaan Byzantium. Pada tahun 1455 Konstantinopel ditaklukkan oleh Dinasti Turki Othman.

Read the rest of this entry

Salahuddin Al-Ayyubi


Salam Perjuangan…

(Petikan dari Abul Hassan Ali Nadwai, Saviors of Islamic Spirit. Saya mencadangkan supaya sudara/saudari membeli dan membaca buku ini)

Salahuddin dibesarkan sama seperti anak-anak orang Kurd biasa (Poole, 1914). Pendidikannya juga seperti orang lain, belajar ilmu-ilmu sains di samping seni peperangan dan mempertahankan diri. Tiada siapapun yang menjangka sebelum ia menguasai Mesir dan menentang tentera Salib bahawa anak Kurd ini suatu hari nanti akan merampas kembali Palestin dan menjadi pembela akidah Islamiah yang hebat. Dan tiada siapa yang menyangka pencapaiannya demikian hebat sehingga menjadi contoh dan perangsang memerangi kekufuran sehingga ke hari ini.

Stanley Lane Poole (1914) seorang penulis Barat menyifatkan Salahuddin sebagai anak seorang governor yang memilliki kelebihan daripada orang lain tetapi tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda ia akan menjadi orang hebat pada masa depan. Akan tetapi ia menunjukkan akhlak yang mulia.

Walau bagaimana pun Allah telah mentakdirkannya untuk menjadi pemimpin besar pada zamannya dan Allah telah menyediakan dan memudahkan jalan-jalannya untuk bakal pemimpin agung itu. Ketika ia menjadi tentera Al-Malik Nuruddin, sultan Aleppo, ia diperintahkan untuk mara ke Mesir. Pada masa itu Mesir diperintah oleh sebuah kerajaan Syi’ah yang tidak bernaung di bawah khalifah. Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis bahawa Salahuddin sangat berat dan memaksa diri untuk pergi ke Mesir bagaikan orang yang hendak di bawa ke tempat pembunuhan (Bahauddin, 1234). Tetapi itulah sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan firman Allah, “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.” (Al-Baqarah:216)

Read the rest of this entry

Rehlah Mahabbah DPP Kelantan


Salam Perjuangan…

Alhamdulillah, jam 10 pagi saya samapai di jeti Lumut untuk menghadiri program Rehlah Mahabbah DPP Kelantan pada 31 Julai – 2 Ogos 2008. Saya bertolak dari Pasir Mas jam 12.30 malam dan check in bilik jam 12 tengahari. Rombongan kami pada mulanya dimaklumkan bahawa feri yang nak ke Pulau Pangkor Telok Dalam adalah jam 12.30 tengahari, tapi kami bernasib baik sebab ada satu feri yang nak ke sana jam 11 pagi. Jadi dapatlah kami berehat secukupnya menanti acara pada malam ini.

Memang memenatkan juga kena pandu sendiri sebab sahabat-sahabat tak mahir bawa kereta automatik. Terpaksalah redah walau pun mata mengantuk sangat. Saya bersama rombongan DPP Pasir Mas yang diketuai oleh saudara Rozi Muhamad, Ketua DPP Pasir Mas dengan 10 orang ajk yang hadir sama dalam program Rehlah Mahabbah Pemuda PAS Negeri Kelantan pada kali ini dengan menaiki 3 buah kereta. Kereta saya, Ustaz Fadhli dan kereta Alaudin.

Read the rest of this entry