Kematian Osama bin Laden : Respon Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz


  1. Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam. Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.
  2. Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut. Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti.
  3. Ini jelas dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini. Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin ? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel. Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas.
  4. Inilah yang saya tegaskan kepada Duta Besar Amerika Syarikat yang datang ke pejabat saya pada 28 April 2011 yang lepas, bahawa sepasang selipar pun tidak boleh dirampas dari tuannya yang berhak, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi tidak berhak untuk dirampas oleh Israel.
  5. Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?

Sekian, wassalam.

TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,

Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 30 Jamadil Awal 1432H bersamaan 3 Mei 2011M

Posted on 3 Mei 2011, in Berita, Isu Semasa, News, Semasa and tagged , , , , , . Bookmark the permalink. 7 Komen.

  1. Subhaanallah! Ini satu pandangan yang harus diberi perhatian. Pandangan yang neutral lebih berhemah dan selamat. Semoga Allah mengampuni saudara seagama kita yang telah pergi mendahului kita.

  2. Adiputra Selamat

    Saya amat bersetuju dengan kenyataan Tuan Guru Nik Aziz yg pada saya ringkas tapi padat dengan jawapan yg jelas.

  3. saudara Islam

    sy menyokong dengan ucapan yg di berikan Tuan Guru Nik Aziz…. tetapi sebenarnya sy sangat sedih dengan pemergian Osama Bin Laden… kerana beliau lah pejuang Agama yg tegar….kematian beliau sebenar nya akan membangkit kan lagi keberanian orang kafir untuk menawan negara islam.. tanpa pejuang-pejuang islam seperti osama bin laden maka rakyat islam akan menjadi hamba orang kafir laknat spt US dan Israel…. semoga 1hari nanti….patah tumbuh biar lah ada peganti Osama Bin Laden….Amin….

  4. MAJLIS-MAJLIS ILMU DI TEMPAT ANDA :
    1. Simposium Thariqat Tasawwuf 1432H/2011M

    2. Perhimpunan Pimpinan Pertubuhan-pertubuhan Islam Se Malaysia
    http://melayucyber.blogspot.com/2011/05/perhimpunan-pimpinan-pertubuhan.html

    3. Pengajian/Diskusi Kitab Bersama Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki
    http://melayucyber.blogspot.com/2011/05/pengajiandiskusi-kitab-bersama-syeikh.html

    4. Seminar Memperingati Sayyidatina Khadijah
    http://melayucyber.blogspot.com/2011/05/sayyidatina-khadijah-al-kubro-isteri.html

    5. PENGAJIAN KITAB 2011 : NASIHAT AGAMA WASIAT IMAN

    LAIN-LAIN MAJLIS ILMU TERKINI : http://www.facebook.com/pages/PONDOK-HABIB/295419981998

  5. wow 100 pemuda solo siap bela Osama, membela bentuknya bagaimana mas, karena anda islam dan Osama mendengungkan sebagai pembela islam. Jangan terjebaklah hanya karena terminologi islam semata. Anda2 harus kenal siapa Osama secara pribadi, latar belakangnya membenci Amerika dan komunitas di luar islam. Kajilah tentang yang dikecapkan Osama itu masuk akal enggak diperjuangkan? kenapa anda2 mau mati-matian membelanya?: karena anda mendapat subsidi dana dari Al Qaeda? Och anda membela Islam sesuai dengan kepercayaan anda? Och itu bagus . . tapi bagaimana cara anda melaksanakannya? Kenapa kalo hal-hal yang menyangkut Al Qaeda anda mau melakukan aksi2 yang tidak terpuji? Itu menurut etika moral secara umum lho, dimana di Solo itu dari dulu Pemuda Islam Radikal kegiatannya selalu meresahkan masyarakat, yang selalu membela hal-hal yang berbau radikalisme . . . ( kematian Osama, juga para teroisme yang di bantai oleh densus 88), tidak hanya di Solo, juga kota2 besar lainnya di Indonesia, kita tahu organisasi2 mereka yang menggerakkannya. Menurut saya mereka itu katanya membela Islam, tapi setiap movement yang dilakukan malah membuat masyarakat Muslim terpojok, malah bisa dikatakan terbodohkan sistematis, itulah pekerjaan pemimpin-pemimpinnya. Tapi iya juga ya kalo massa dibuat begitu, kan akalnya tidak berfungsi logis, Pimpinannya jadi panutan secara membabi buta. Jadi bisa juga itu para pemimpin Islam menjadi hidup enak dengan kepuasan yang berutal dalam radikalismenya itu. Masalahnya coba kita berfikir jernih, baru2 inikan saat pemulangan TKI bermasalah melalui Kapal Laut, ada 186 wanita membawa anak yang lahir di saudi + 193 wanita hamil, tentunya mereka ini sudah dapat dipastikan disetubuhi oleh pria saudi yang nota bene hukumnya berdasarkan syariat islam, manusia tidak ada yang sempurna, malah kalo cowo saudi itu di luar negaranya ya selalu cari cewe untuk bersetubuh semata tanpa pernikahan substansif, hanya normatif sesuai syariat islam katanya, di puncak sana, coba anda ajangsana ke puncak dech, tidak ada protes. Kayaknya asal bersentuhan dengan Arab, kita menganggap ok saja dan suci, dihamili, kawin persetubuhan semata, penyiksaan terhadap putri2 indonesia yang nota bene adalah 100% islam (yang disetubuhi arab lho, anda diam semua), bagaimana sich penerapan aturan agama di masyarakat kita? Oleh sebab itu untuk organisasi2 FPI, FUI, MMI kenapa anda tidak berani atau diam seribu bahasa atas trindakan Arab2 tsb, kenapa tidak demo ke kedubes Arab Saudi? Karena negara itu adalah negara suci jadi tidak boleh dikritik takut sama arab itu ya. Hal ini juga sama dengan PKS katanya intelektual dan bermoral, partai modern, kenapa anda diam dengan fakta2 tersebut di atas, yang telah berulang2 kali kejadiannya. jangan asal amerika/ barat diterapkan jelek kepada ummat anda, sehingga selalu ummat itu mandek logika dan cara berfikirnya.. . . . Saya menghimbau jangan terlampau eksklusif, sehingga pengikut2 anda mengannggap ingrup pasti bagus, outgrup pasti jelek, akhirnya ummat islam jadi memble terus. Ingat skrg ini jamannya pluralisme, lihat pergerakan di negara2 arab sana sekarang, mereka sadar, menuju globalisasi, sehingga organisasi keislaman hampir tidak berperan, karena apa? selama ini tokoh2 islam menggerakkan massa hanya untuk kepentingannya semata, sehingga ayat2 Al Quran dijual kepada massa untuk kepentingan para pemimpinnya semata. Sepertinya kalo menyangkut Arab, Pemimpin Islam di Indonesia diam seribu bahasa, walaupun Arabis itu secara sistematis melecehkan Indonesiana (masalah TKI). Kalo anda berani protes habisan ke Kedubes Arab Saudi, tentang perlakuan masyarakat saudi terhadap TKW, jangan hanya berani bela palestina aja. Anda harus sadar bahwa Palestine itu sama sucinya dengan Putri Indonesia (TKW), dosa anda kalo tidak anda perjuangkan mereka, Allah menyayangi TKW sama seperti menyayangi Palestine. Ok, cam kan ini untuk kita semua . . . . menurut survey pengunduh porno tertinggi di internet didunia adalah . . masyarakat Iran, Pakistan, Indonesia . . . dan Saudi . . . ., mari kita membangun masyarakat madani dengan berfikir jernih dengan hati tulus . . .

    • Adiputra Selamat

      Anda membebel sehingga jauh daripada topik entry ini iaitu berkenaan kematian Osama Laden. Tidak timbul soal porno di internet dan sebagainya. Pada hemat saya, beberapa kenyataan anda juga tidak disusuli dengan bukti yang sahih dan bole dipersoalkan kebenarannya dan dari mana datangnya. Sila fahami sedalam2nya pandangan Tuan Guru Nik Aziz dan berfikirlah dahulu sebelum menulis untuk tatapan umum.

  6. Saya menyokong apa yang tuan guru nik abdul aziz bin nik mat, osmaa bin laden adalah perjuang agama Islam sebenar…Beliau mendermakan kesemua harta benda beliau yang cukup banyak hanya kerana Islam…Bagi sesiapa yang tidak tahu jangan cuba-cuba nak memfitnah beliau. Beliau sama seperti perjuang2 agama Islam yang benar2 sanggup mati syahid demi agama Islam, demi Allah dan Rasulnya… Sudah terbukti bahawa bukan beliau yang meruntuhkan New York Twin Tower tu…. Itu hanya angkara seorang pengkhianat dan musuh dalam negara sendiri iaitu Presiden Bush laknatullah!!!

Tinggalkan komen