Umno Tabligh


Salam Perjuangan…

Sudah lama tak menulis, terasa berkarat dah tangan ni bila dah lama tak gerakkannya. Fikiran pun jadi tumpul, idea pun tak seperti dulu, asyik kena fikir dulu ayat apa yang nak digunakan.

Berbalik kepada tajuk “Umno Tabligh”, teringat saya kepada satu pergaduhan / perbalahan dalam satu mesyuarat pemilihan pemuda Umno yang heboh diperkatakan sehari dua ni yang turut disiarkan di dalam satu akhbar rakyat.

Pada saya tak hairan jika mesyuarat Umno tu selalu ada pergaduhan / perbalahan antara ahli dan pimpinan yang tidak puas hati dengan sesuatu perkara. Ianya lumrah setiap kali adanya pemilihan Umno, tidak kira peringkat cawangan, pemuda Umno, wanita Umno bahkan peringkat bahagian sekalipun. Perkara ini juga turut melibatkan parti komponen BN.

Yang menjadi kemusykilan / kehairanan pada saya adalah, bila pimpinan Umno tu seorang ahli Tabligh, tapi bukan Islam jadi pilihan bahkan Umno jadi teman. Biasanya jika seorang tu ahli Tabligh, dia semestinya akan menyokong parti yang mendokong Islam.

Saya teringat satu tulisan Ustaz Nik Abduh yang bertajuk “dah nak masuk tabligh dah..” Biasanya itulah yang diucapkan oleh seseorang bila dia sudah “feed up” / kecewa dengan politik yang banyak karenahnya.

Begitulah, bila dah kecewa dengan politik masuk Tabligh. Bila orang Tabligh nak masuk parti politik dia akan pilih parti yang berasaskan Islam. Tapi jika orang itu jadikan Umno sebagai pilihan untuk menterjemahkan Tablighnya dalam konteks dakwah kepada masyarakat, ianya suatu kesilapan yang amat besar sekali.

Dakwah Tabligh amat menekankan kepada “Amar Ma’ruf Nahi Mungkar”. Yang dok pilih Umno tu terbaliklah pulak sebab dalam Umno semuanya ada, malas nak cerita.

Saya harap saudara kita yang Tabligh tu, insaf la, Umno bukan pentas saudara untuk berdakwah mengajak ke arah kebaikan. Kalau niat saudara nak ajak orang-orang Umno ke arah kebaikan tu baik, tapi bukan saudara yang ajak mereka ke arah kebaikan. Saudara yang terheret sekali untuk bersama-sama mereka dalam kegelapan Umno yang semua orang tahu sekarang ini sedang menuju ke hujung usia.

Posted on 20 Oktober 2008, in Analisis Isu, BN, Dakwah, Islam, Muhasabah, PAS, Pemilihan UMNO, Politik, Semasa, Siasah, UMNO. Bookmark the permalink. 21 Komen.

  1. Janggut tabligh tu tak sesuai dengan songkok tinggi umno tu..janggut tabligh dan jubah tu lebih sesuai dengan kopiah, serban sebagaimana penampilan Tok guru nik aziz.

    Memang itulah yang sepatutnya. Kadang-kadang meluat juga tengok Umno Tabligh ni. Mereka ni tak kenal agama Islam rasanya, sampai sanggup membelakangkan Islam itu sendiri.

  2. Assalamualaikum…!!!

    Apa ni bro..?? komen bukan2 ni..Umno Tabligh,Tabligh Umnolah…Statement keluar biarlah beradab sikit…Ana dahlah bengang 1-2 forumer kat TKO tranungkite pasal isu Tabligh ni..

    Ana pengikut Tabligh gak,Ahli PAS Sg Udang Klang…Abang Ana Tabligh gak,Naib Ketua Pemuda AMK lagi kat Bhg Kapar Klang.

    Tabligh biasalah..NGO x berdaftar, ada sokong PAS,ada UMNO,ada DAP ada yg langsung x nak terjebak dlm politik…itu masing2 punya prinsiplah..Org JIM,ABIM ikut UMNO x de lak org nak kondem..

    Ana Tabligh,Tabligh gak, tapi PAS tetap di hati.

    Terima kasih atas teguran saudara. Ana pun ahli tabligh juga, pernah keluar 40 hari dekat Thailand, yang ana pertikaikan adalah yang orang tabligh masuk Umno tu jer, bukan setakat masuk Umno jer tapi dia tu jadi jawatankuasa bahagian pulak. Maknanya dia ni tak der pegangan langsung walaupun yang di perjuangkan adalah “Amar makruf nahi mungkar”.

    • Salam La ila ha illallah,
      Tuan kata tuan tabligh? Hehe, tabligh mana main politik..
      Seorang karkun harus berfahaman neutral dalam politik..
      Cuba check balik 16 adab usul, 4 perkara yg jangan sentuh..
      Banyakkan dakwah, bukan politik..
      Sekadar berpesan pada diri sendiri yg banyak kelemahan dan sangat jahil..

  3. kalau betul dakwah yg ko buat, takde masa nak kritik org lain punya usaha..korang suma taubat sungguh la..belum buat tabligh yg sebenar kalau masa banyak dok sibuk komen org..

    Al-Quran diturunkan untuk manusia, bukan untuk yang lain. Jadi kalau untuk manusia jadi kenalah bagitahu walaupun pahit.

  4. ingat masuk PAS tu masuk Syurga ke?
    Syaitan tipu manusia dalam bentuk agama. Nampak macam agama tapi jauh dari agama. tengoklah amalan PAS jauh dari sunah.. Pikir pikirlah sendiri

  5. Tak paham aku. Tabligh pon nak dipolitikkan.

    Maki sana kutuk sini tak sah klu takde dalam politik Demokrasi acuan kafir.

    Demi menyelamatkan seorang kaki pemabuk dari sebuah kampong, tak perlulah berkorban diri dengan meminum arak bersama-sama semata-mata hendak membawa dia ke arah kebaikan.

    x pro cara dan jalan demokrasi yg hampeh merosakkan! Islam sama islam bercaci maki.. umno vs pas. masyarakat tak ditarbiyah kerana sebuk dgn hal politik demokrasi yg memabukkan.

  6. dimanakahserbanpas?

    Askum,

    1. Siapa yang gemar menghina orang lain tanpa usul periksa merekalah yang akan terima akibatnya. Lebih banyak perasaan ujub dan sangka buruk ada di dalam diri kita, lebih mudah kita untuk terjebak di lubuk kemusnahan.

    2. Mencemar UMNO atau PAS atau Tabligh dengan sesuka hati ini tidaklah apa melainkan orang itulah yang menzalimi diri sendiri sendiri.

    Fikirkanlah.

  7. begini,…….aku tgk jemaah dakwah tabligh ni lebih islamic dlm beramal dan kuat ikut sunnah,mereka kuat bertahajjud dan selalu sibuk dalam amalan harian,jaga solat jemaah,kita yg duduk kutuk atau perli mereka amalan kita pun tak sekuat mereka,ada kita bangun tahajud,nangis untuk umat seperti mereka?mereka sanggup susah payah bermujahadah berhari hari dan ada yg berbulan bulan utk berdakwah tanpa gaji atau elaun malah guna duit sendiri,

    kita pun tak mampu nk buat lebih lebih lagi ajak org rumah kerumah utk agama seperti mereka tapi tukang kritik bolehlah ,aku tgk markaz diorang kat sri petaling hairannya satu tabung pun tak ada.akan dtg ni 9-12july diorang buat perhimpunan ijtimak besar besaran diatas tanah 100ekar dimasjid quarters klia nilai tanpa ada satu pun bantuan kerajaan walaupun kos buat berjuta ringgit,siap kos makan utk jemaah luar negeri 4000-5000org yg datang dan utk tetamu .tetamu khas

    ada pernah kau tgk org dakwah ni minta derma,aku pernah pergi masjid 100% kepunyaan sultan pun ada tabung.lagi satu yg aku respect dakwah diorang tak ada kayakan siapa siapa,semua belanja sendiri tak ada seponser seponser dan tak ada nk rebut atau minta minta jawatan,yg mujahadah lagi apabila jadi syura lagi banyak kena keluar belanja sendiri krn kena pergi mcm mcm tmpat.mesyuarat sana sini,ingatlah bila kita tak mampu buat jgn kita kritik org yg mampu buat,cukuplah doakan utk mereka.

  8. …………………….dan apabila mereka caci mencaci, satu sama lain, mereka tidak lagi dipandang Allah. : hadis riwayat Termizi. (di beritakan oleh Abu Hurairah r.a)

    Jadi janganlah perbincangan ini hingga keperingkat caci mencaci kerana ditakuti jika musuh Islam sebenar menyerang, kita tidak mendapat pertolongan daripada Allah akibat caci mencaci sesama islam.

  9. hamba karkun lama…hamba rasa caci maki ni berlaku akibat kita kurang korban. Bila kurang korban, kita akan berperasaan seperti mula2 iblis tahu mengenai wujudnya Adam. Itulah sifat KIBIR. Yang menyebabkan IBLIS terkeluar dari syurga.

    Tuan-tuan, Bayangkan kita sekarang di alam perhitungan, kalau soalan2 diajukan oleh Allah Taala sekarang tentang Iman kita. Maka Imanlah Yang menjawab.

    Sedikit yakin kita selain dari Kekuasaan Allah dan selain dari Sunnah Nabi SAW pasti mengheret ke arah kecelakaan kekal abadi. Sesaat keyakinan ini cacat …kekesalan akan menanti selama-lamanya.

    masa bergerak tuan2. maki hamun yang dilemparkan , caci maki yang difikirkan hanyalah menjadi bahan bakar diri sahaja. Marilah kita satukan hati, fikir dan kerisauan.

    Tuan-tuan UMNO,PAS,TABLIGH INI SEMUANYA MAKHLUK. NAFIKAN SEMUANYA TIADA KUASA. TIADA DAYA UPAYA.

    MARILAH TAMBAH KORBAN TUAN2. UMAT MENDERITA DI MANA2.

  10. Kita sekarang sepatutnya tambahkan rasa sedih atas ketiadaan Nabi bersama-sama dengan kita untuk mengharung cabaran usaha agama di akhir zaman. Nabi SAW telah seribu tahun meninggalkan kita. Kita tak dapat melihat senyuman Nabi SAW , gembiranya Nabi SAW apabila kita korban dijalan ALLAH. Apabila kita duduk dalam Bayan Hidayat, apabila kita berjemur menadah tangan berdoa di dalam ziarah, apabila kita berpeluh sejuk apabila memberi bayan di hadapan orang umum. apabila kita bermujahadah melawan cuaca sejuk dan panas apabila beriktikaf di masjid dan apabila kita diminta membungkus semula set-set ta’am keluar dihalau dari masjid.

    Ini bukan masa kita bersuka-suka di hadapan blog tuan-tuan, Ini lah masanya kita bangun dari kerusi dan senaraikan nama rakan-rakan seislam untuk kita rayu dan pujuk untuk memenuhkan saf saf sembahyang di masjd-masjid kita. Untuk kita menangis malam untuk mereka faham dan keluar pada jalan Allah.

  11. aku cadangkan ajak je jemaah tabligh di malaysia ni masuk UMNO…sekurang2nya dapat menyeimbangkan PAS dan ada sedikit korup…

    orang kata, umno vs pkr
    pas vs tabligh….

    baru balance…

  12. orang umno pun orang islam gak,,kita pun islam ga,takkan kita ja nak masuk surga,,,nati depa tarik kita skali masuk nraka sebab kita tak pnah jumpa depa,,yng kita tau kritik orang tapi tak mau p bgtau leklok,,kta blakang ja,mai dpan kcut….

  13. Politik cara nabi bukan politik macam pas dan umno..dakwahkan kpd seluruh umat tentang kebesaran Allah

  14. Tabligh itu adalah Sifat dan Amalan Nabi SAW ,tk de kena mengena ngan parti atau demokrasi yg diciptakan oleh Kafir Laknatullah macam Parti Umno,Pas,Keadilan.Seperti amalan Solat,Pergi Haji x perlu nk tunggu masuk parti,persatuan2 atau pertubuhan2 baru nk solat baru nk pergi Haji..Hidayat Tuan2!

  15. mudah nak ajak orang buat kebaikan tetapi teramat sukar untuk mencegah kemungkaran

  16. poning eden….kuasa punya pasal, ambis semua terlingkup….

  17. betapa jahilnya kamu…!

Tinggalkan komen