Daily Archives: 3 Oktober 2008

Pengemis Di Aidilfitri


Salam Syawal…

Menjelang Aidilfitri, umat Islam diwajibkan menunaikan zakat dan sekaligus digalakkan untuk bersedekah sebanyak mana yang mampu kepada golongan fakir miskin.

Selain itu menjadi tradisi umat Islam di Malaysia untuk kunjung mengunjungi serta bermaaf-maafan di antara satu sama lain dan mengeratkan persaudaraan sesama Islam khususnya.

Usaha-usaha untuk memperkukuhkan ukhuwwah atau persaudaraan, lebih-lebih lagi dituntut kepada ahli-ahli politik yang kebanyakannya sering mengeluarkan kenyataan, mengkritik, menghentam dan sebagainya.

Sikap bermanis muka dan bermaaf-maafan amat dituntut. Namun kadang-kadang harus disingkap pada jiwa orang politik, walaupun pada raut wajahnya, pada paparan gambar media massa, sering bergelak ketawa tersenyum ria, adakah atau tidak dendam kesumat yang tidak lepas di dada.

Sering dipaparkan misalnya, Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi, Timbalannya, Najib Abdul Razak dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Muhyiddin Yassin duduk semeja dengan senyum tawa.

Apabila ditanya media, masing-masing akan menjawab, “kami ok, tiada apa-apa tekanan, semuanya tiada masalah.”

Benarkah begitu? Hakikatnya rakyat tertipu dengan lakonan pemimpin-pemimpin Umno. Parti itu sedang menghadapi kemelut yang sangat besar.

Umno sedang dilanda tsunami kedua iaitu krisis kepimpinan yang amat dahsyat. Abdullah diibaratkan sedang bernafas di dalam lumpur.

Read the rest of this entry

Mufti Perak: Hiburan Dengan Maksiat Di Aidilfitri Haram


Salam Syawal…

Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria hari ini berkata Aidilfitri tidak boleh dikaitkan dengan hiburan yang berunsur maksiat seperti konsert atau joget.

Beliau berkata memang tidak dibenarkan menggunakan nama Aidilfitri untuk digabungkan dengan hiburan yang melalaikan kerana ia mencemar hari yang merupakan puncak kepada ibadat berpuasa selama sebulan.

Perbuatan menyambut Aidilfitri dengan pengisian hiburan yang keterlaluan sehingga menjadikan umat Islam lalai “boleh jatuh kepada haram”, katanya kepada pemberita di sini.

“Menyambut Aidilfitri dengan sogokan rancangan bercorak hiburan yang terlalu banyak sehingga melalaikan amatlah tidak sesuai seolah-olah menidakkan hari raya itu sebagai hari kemenangan umat Islam.

“Islam tidak menghalang hiburan tetapi bukan yang keterlaluan sehingga umatnya lalai semata-mata kerana ingin memuaskan nafsu,” katanya.

Harussani berkata perayaan dalam Islam adalah ibadat tetapi Aidilfitri hilang hikmah dan tujuannya apabila umat Islam terlalu menumpukan kepada hiburan sehingga sehari suntuk, malah ada rancangan hiburan yang bermula pada malam menjelang raya.

“Aidilfitri kelihatan sudah dicemari dengan terlalu banyak rancangan hiburan sehingga amalan kunjung-mengunjung semakin dilupakan. Ada yang bergegas tinggalkan masjid kerana nak kejar tengok siaran, bukannya nak ziarah rumah orang,” katanya.

Mufti itu berkata setiap tahun pelbagai rancangan televisyen dirangka untuk memeriahkan Aidilfitri tetapi malangnya di negara ini boleh dikatakan sebahagian besarnya bercorak hiburan.

“Orang Melayu begitu tenggelam dalam hiburan. Perkara ini sangat berbeza dengan beberapa negara Islam lain seperti di Indonesia di mana sepanjang bulan Ramadan dan pada Aidilfitri lebih banyak rancangan bercorak keagamaan disiarkan.

“Tidak terkecuali di negara-negara Arab yang banyak menyiarkan cerita berkaitan kesedaran dan bercorak agama tetapi drama di negara kita masih dengan kisah cinta, kahwin, cerai dan sebagainya,” katanya. – BERNAMA

Sah! Zahid Hamidi Mahu Tanding Timbalan Presiden Umno


Salam Syawal…

Semalam Zahid Hamidi telah menyatakan hasratnya untuk bertanding jawatan timbalan presiden UMNO dalam pemilihan UMNO nanti.

Kata Zahid, beliau akan memenuhi kehendak ahli jika dicalonkan untuk jawatan tersebut dan akan membuat pendirian rasmi apabila memperoleh pencalonan kelak.

Zahid menjelaskan, beliau memutuskan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden susulan perubahan senario politik dalam Umno sekarang dan atas permintaan ahli-ahli akar umbi parti yang mahu beliau ‘berganding’ dengan Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak memimpin Umno.

“Ekoran mesyuarat Majlis Tertinggi baru-baru ini (26 September lalu) di mana (Presiden Umno), Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pelan peralihan akan dipercepatkan, senario dalam Umno sudah mula berubah.

“Oleh itu, rakan-rakan (saya) merasakan bahawa saya perlu mempertimbangkan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden… justeru, saya perlu memenuhi kehendaki akar umbi agar bertanding jawatan nombor dua,” kata beliau.

Desas-desus kedengaran sejak Khamis lalu, yang Zahid, Ahli Parlimen Bagan Datoh sejak 1995, bakal menjadi gandingan Najib apabila beliau mengambil alih jawatan Presiden Umno yang kemungkinan dikosongkan Abdullah dalam waktu terdekat.

Abdullah akan mengumumkan sebelum 9 Oktober ini sama ada bertanding jawatan Presiden ataupun sebaliknya.

Langkah awal Zahid Hamidi ini mungkin langkah untuk berlawan dengan Najib sekiranya Pak Lah berhasrat untuk bertanding jawatan presiden. Mungkin ini stategik Pak Lah dan Zahid Hamidi bagi menjatuhkan Najib. Peralihan kuasa hanyalah satu tektik sahaja bagi mengaburi mata umum.

Kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku.