Monthly Archives: April 2009

Pembikinan Dinasti Perdana Menteri


Salam Perjuangan…

Peribahasa Inggeris ada mengatakan “a picture paints a thousand words” atau dalam erti kata lain sebuah potret itu menceritakan seribu kata-kata tanpa perlu berbicara. Pepatah ini dikatakan diceduk daripada kata-kata hikmah Cina yang berkata, “One picture is worth ten thousand words.” Read the rest of this entry

PRK Penanti : Umno Putuskan Isnin Depan


Salam Perjuangan…

Keputusan sama ada Umno akan turut bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Penanti pada 31 Mei depan, akan diputuskan dalam mesyuarat biro politiknya Isnin depan.

Mesyuarat tersebut yang akan dipengerusikan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak pada jam 5 petang.

Pada mulanya, mesyuarat tersebut dijadual diadakan petang esok, tetapi ditangguhkan hingga Isnin depan, jam 1 tengahari.

Anggota lain biro tersebut ialah Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Naib Presiden – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Read the rest of this entry

Pemilihan barisan pimpinan PAS: Akan adakah kejutan?


Salam Perjuangan…

Perbualan orang PAS hari ini ialah tentang Mesyuarat Agung Kawasan yang berlangsung dan dijangka tamat pada pertengahan Mei ini. Saya ada menerima beberapa jemputan untuk resmikan Mesyuarat Agung Kawasan tertentu, itu pun beberapa kawasan jemput kerana dah tak dapat ‘top guns’ jadi saya yang kerdil ini pun gantilah!

Ada seorang kawan rapat saya yang selalu jadi penasihat yang tak dilantik pernah bisik kat saya: “ustaz kena terima jemputan resmi kawasan ni pasai masa tu kita boleh promosi kita, yang minta untuk resmi pun ada” sambil ‘penasihat’ bercakap dalam loghat utara yang pekat, saya mengangguk tanda faham, tapi sebenarnya saya tak faham tentang promosi diri kerana satu perkara yang paling berat untuk saya lakukan ialah mempromosi diri sendiri, kalau istilah orang tua kita: “masuk bakul angkat sendiri!”

Tidak seperti Umno cara pemilihan dalam PAS berjalan dalam keadaan penuh berhati-hati supaya tidak dilihat sebagai ‘mahukan kedudukan’ kerana tok-tok guru PAS ajar pengikut supaya jangan meminta jawatan malah yang meminta itulah yang tidak akan diberi jawatan! Read the rest of this entry

Menanti di Penanti


Salam Perjuangan…

Adalah lebih baik bagi Barisan Nasional (BN) untuk tidak menyertai pilihan raya kecil (PRK) Penanti di Pulau Pinang pada Mei 31 depan. Apa pun keputusannya, Pakatan Rakyat lebih berpeluang untuk menang.

Adalah Secara tidak rasmi, kempen PRK itu sudah pun dimulakan. Dengan lebih sebulan berkempen mulai sekarang, sukar bagi Umno dan BN untuk memecahkan kekuatan kubu ampuh Parti Keadilan Rakyat ini yang letaknya dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh milik ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Adalah Bagi BN, menyertai PRK ini bererti membantutkan pelurusan usaha reformasi Datuk Seri Najib Razak yang bertungkus-lumus mahu menzahirkan slogan 1Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan. Ia bermakna pemimpin-pemimpin utama Umno dan BN perlu turun padang untuk berkempen.

Adalah Kempen politik bererti mendabik dada mengangkat bakul serta menyumpah seranah pihak lawan. Media arus perdana yang belum dimerdekakan oleh Najib — walaupun antara janjinya adalah untuk mengemaskinikan proses demokrasi dan meluaskan ruang kebebasan bersuara — terpaksa menumpukan usaha propaganda BN. Read the rest of this entry

Penanti : Dr Mansor Calon Pakatan Rakyat Lawan Dr M UMNO?


Salam Perjuangan…

Timbalan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Dr. Mansor Othman, 56, dipilih sebagai calon parti itu untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti 31 Mei ini.

Pengumuman mengenainya dibuat oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan ribuan penyokong pada satu majlis di Yayasan Aman di sini malam ini.

Anwar berkata, pemilihan beliau sebagai calon adalah tepat berdasarkan latar belakang pendidikan yang tinggi, kekananannya dalam parti, seorang pemimpin yang matang dan kemampuannya menerajui perjuangan parti di negeri ini.

Bekas Prof Madya di Pusat Penyelidikan Dasar Universiti Sains Malaysia (USM) itu memegang Sarjana Sains Kemasyarakatan dari USM serta Sarjana Sastera dan Sarjana Falsafah (M.Phil) dari University of Yale, pernah menjadi setiausaha politik Anwar semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri. Read the rest of this entry

Saya hantar lagi…. saja teringatkan


Salam Perjuangan…

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَارَكَاتُهُ

Bacalah lagi walaupun dah pernah baca…

Orang kata aku lahir dari perut mak.. (bukan org kata…memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku…. mak
Bila lapar, yang suapkan aku…. mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak , perkataan pertama yang aku sebut…. Mak
Bila bangun tidur, aku cari…. mak
Bila nangis, orang pertama yang datang …. mak
Bila nak bermanja, aku dekati…. mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah…. mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya…. mak
Bila nakal, yang memarahi aku…. mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma…. mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah…. mak
Bila takut, yang tenangkan aku…. mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk…. mak
Aku selalu teringatkan …. mak Read the rest of this entry

Jika pentingkan diri, PAS berkerjasama dengan BN


Salam Perjuangan…

Jika PAS mementingkan diri sendiri dan tidak mengutamakan aspirasi rakyat, ia kini berada dalam kerajaan negeri Perak, kata Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub.

“Ogos tahun lalu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak ketika itu, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali telah membuat pengumuman menawarkan satu perkongsian kuasa dengan PAS bagi membentuk kerajaan di Perak dan sanggup menerima Adun PAS sebagai Menteri Besar Perak.

“Jika kita mementingkan diri, sudah tentu kita menerima tawaran itu dan mencampak ke tepi aspirasi rakyat yang menolak Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya 8 Mac tahun lalu,” katanya ketika mengulas dakwaan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menuduh perjuangan PAS hanya untuk kepentingan diri sahaja.

Kemarahan Menteri Dalam Negeri itu berpunca dari tindakan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang dilaporkan menarik balik cadangan pembentukan kerajaan perpaduan. Read the rest of this entry

Terima Kasih Spr, Demokrasi Makin Mekar


Salam Perjuangan…

Tidak ada peraturan baru. Semua syarat dan langkah perlu bagi memastikan pilihanraya dikendalikan dengan tenteram dan adil memang sudah sedia ada. Malah rekod Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menguruskan pilihanraya dengan cekap adalah cukup baik.

Soal adil atau tidak adalah perkara subjektif. Lantas tidaklah perlu ada keraguan pada kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof bahawa suruhanjayanya akan perkenalkan beberapa langkah baru untuk memastikan pilihanraya, terutama yang terdekat iaitu di Penanti, Pulau Pinang, akan berjalan dengan tenteram dan sopan.

Yang nyata, peraturan tidak boleh ada pondok panas yang dikenalpasti oleh SPR sebagai punca “menggelegaknya” suhu mana-mana pilihanraya memang sudah lama ada. Pondok-pondok ini sering dijadikan markas terakhir oleh parti-parti yang bersaing untuk “mengasak”, “mengugut” dan juga “memujuk” pengundi supaya memangkah calon mereka. Read the rest of this entry

Buktikan Umno Tidak Main Politik Pondok-Pondok


Salam Perjuangan…

UMNO tidak perlu berbelah bahagi jika hendak buat perubahan. Tidak perlu bertelagah atau berbalah sesama sendiri. Sebagai parti politik, perubahan pertama yang Umno harus dilakukan mestilah di segi politik – pemikiran dan juga amalan politik.

Oleh itu Umno perlu berani. Ia harus berani menyanggah amalan politik yang tidak banyak memberi manfaat kepada ahli dan rakyat terbanyak. Jika Umno memikirkan ada amalannya yang tidak baik dan kurang berfaedah, maka ia harus berani hentikan dan ambil sikap baru.

Jika Umno yakin pilihanraya kecil tidak ada faedah kepada rakyat kerana ia hanya permainan politik pihak lawan untuk menyalahgunakan proses demokrasi maka ia harus mesti tegas dan tekal dengan keyakinan itu. Ia tidak perlu terkilan dengan keputusan untuk tidak turut bertanding. Read the rest of this entry

Umno seumpama bertaraf parti ‘Bebas’ : Nik Aziz


Salam Perjuangan…

Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata taraf Umno sekarang seumpama wakil rakyat ‘bebas’ kerana belum memutuskan samada mahu bertanding atau tidak pada pilihanraya kecil Dun N12 Penanti, 31 Mei depan.

“Umno memiliki kerajaan yang besar tetapi sikap pemimpin mereka seperti wakil rakyat ‘bebas’ kerana sehingga sekarang belum pasti hendak bertanding atau tidak,” katanya.

Berikutan Perdana Menteri Najin Razak menyebut Barisan Nasional akan meneliti sama ada mahu menyertai pilihanraya kecil di Dun Penanti atau sebaliknya.

Sementara itu, diranya mengenai cadangan Umno untuk mengubal undang-undang anti letak jawatan, beliau pula mahu supaya Kerajaan mengubal akta anti culik wakil rakyat bagi memastikan tiada wakil rakyat ‘dilari dan disembunyikan’ lagi pada masa hadapan. Read the rest of this entry