Monthly Archives: Ogos 2008

Marhaban Ya Ramadhan


Salam Ramadhan…

Selamat menunaikan ibadah puasa di bulan yang penuh berkat ini. Bulan yang mengandungi satu malam yang lebih baik dari seribu malam iaitu Lailatul Qadar. Sama-samalah kita memakmurkan bulan Ramadhan ini dengan ibadah kepada Allah S.W.T. Moga-moga kita tergolong dalam golongan orang-orang mu’min, insya Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadith yang bermaksud ; Dari Abu Hurairah r.a. ; katanya Rasulullah s.a.w. bersabda ; “Bila Ramadhan telah datang, maka dibukakan pintu syurga, dikuncikan pintu neraka, dan dibelenggu semua syaitan.”

Pengundi Dinafikan Hak Oleh SPR


Salam Perjuangan…

Saya bertolak ke Sek. Men. Gagah tempat saya bertugas pada jam 6.45 pagi lagi kerana tempatnya jauh sedikit dari tempat penginapan saya. Lagipun saya hendak lagi daripada kesesakan lalu lintas yang dijangka berlaku.

Sesampai Sek. Men. Keb. Sama Gagah jam 7.30 pagi, saya dapati ada juru gambar yang sedang mengambil gambar dengan menggunakan 2 buah kamera dan punca letrik untuk kedua-dua kamera diambil dari sekolah. Rupa-rupanya bukan sekolah yang saya jaga sahaja kamera digunakan, tapi semua sekolah yang menjadi tempat proses pembuangan undi ada kamera untuk merakamkan setiap detik proses pengundian berjalan.

Read the rest of this entry

Sekitar PRK Permatang Pauh & Sumpah 3


Salam Perjuangan…

Dari Pasir Mas saya bertolak ke Permatang Pauh sekitar jam 12 tengah malam. Dalam perjalanan saya sempat berehat di suatu tempat antara lebuh raya Baling Butterworth kira-kira satu jam lebih untuk sampai ke Permatang Pasir.

Singgah perkena secawan kopi dapat menyegarkan mataku yang mengantuk akibat memandu jauh. Saya hanya order secawan kopi ‘o’ manakala saudara Rosli memesan bihun sup untuk mengalas perut yang lapar. Sambil itu kami sempat duduk semeja dengan seorang driver lori tangki minyak. Lacak (peramah) juga orangnya. Dari bincang pasal isu minyak turun hingga ke isu PRK Permatang Pauh.

Saya dikhabarkan ramai polis yang bertugas untuk PRK kali ini dan saya diberitahu ramai orang yang telah ditangkap oleh polis atas sebab tertentu. Setelah selesai menjamu selera, saya terus bergegas untuk ke Permatang Pasir. Kami sampai di pejabat ADUN Permatang Pauh jam 4.30 pagi dan sempat minum secawan Radix.

Read the rest of this entry

Agenda Di Sebalik Penurunan Minyak


Salam Perjuangan…

Dalam kita sibuk berkempen untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, hari ini kerajaan telah mengumumkan penurunan harga minyak untuk mengatasi masalah inflasi. Bukannya saya tidak bersetuju dengan apa yang kerajaan umumkan, tapi disaat-saat genting untuk PRK Permatang Pauh saya rasa masanya bukan sesuai dalam keadaan ini.

Ianya semacam rasuah kepada pengundi Permatang Pauh supaya mengundi UMNO / BN. Kalau kerajaan BN nak turunkan minyak, kenapa baru sekarang baru nak turunkan. Sedangkan negara lain dah lama turunkan minyak sejak penurunan harga minyak di pasaran dunia.

Walaupun turun, tapi ianya tidak dapat menurunkan sangat harga barangan di pasaran kerana penurunannya hanya 0.08 sen untuk diesel dan 0.22 sen untuk petrol. Jauh sekali dengan kenaikan yang dibuat oleh Pak Lah 1.00 untuk diesel dan 0.78 sen untuk petrol baru-baru ini. Bijak juga kerajaan pimpinan BN, naikkan banyak harga minyak dan turunkan sedikit sahaja asalkan masih ada untung untuk kroni-kroni.

Read the rest of this entry

Apakah Aku Layak Jadi Isteri Solehah?


Salam Perjuangan…

Dia seorang wanita yang dikenali seorang yang kuat kuat ibadah, malah hati dan cintanya hanya untuk Allah S.W.T. pun masih meragui apakah dia mampu menjalankan tugas sebagai isteri yang beriman dan taat.

Kisah ini dinukilkan untuk bahan renungan kita bersama. Mudah-mudahan ianya menjadi pengajaran dan keinsafan kepada kita semua.

Diceritakan ketika matinya suami seorang waliyah bernama Al Bashriyyah, maka Hassan Al Basri serta teman-temannya minta izin untuk masuk ke rumahnya. Beliau mengizinkan mereka masuk dan beliau menjatuhkan tabir rumahnya lalu duduk di belakang tabir.

Kemudian Hassan Basri dan teman-temannya berkata ; “Sesungguhnya suamimu telah meninggal dunia, maka pilihlah dari para zahid ini (pembenci dunia) siapa yang kamu kehendaki.”

Read the rest of this entry

Bengkel Beladiri Beliawanis


Salam Perjuangan…

Bengkel beladiri beliawanis anjuran oleh Urusetia Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan di bawah YB Abdul Fattah Mahmood, pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO. Ia bertujuan mendedahkan kepada beliawanis mengenai teknik-teknik mempertahankan diri mereka apabila berada berada dalam situasi cemas seperti menghadapi kejadian ragut dan sebagainya.

Read the rest of this entry

Kenangan Sekitar Muktamar PAS Ke 54


Salam Perjuangan…

Hari ini secara rasminya tepat jam 3 petang, tirai Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-54 dilabuhkan. Letih rasanya setelah pulang dari Perak dekat muktamar dan Pulau Pinang, Penamaan Calon Permatang Pauh. Tapi rasa puas hati dan berbaloi sebab dapat turut sama dalam menjayakannya. Berbaloi dengan dapat hadir ke muktamar PAS kali ke-54 dan berbaloi dapat turut serta dalam perarakan penamaan calon Permatang Pauh. Walaupun letih sedikit, tapi kepuasan tercapai.

Selepas proses penamaan calon tamat dan diumumkan berlakunya pertandingan 3 penjuru antara PKR, UMNO dan Ikim. Saya terus keluar untuk mengisi perut yang lapar. Janji dengan Hisommudin bekas koordinator Tabung Amanah Tok Kenali, Kerajaan Negeri Kelantan untuk makan bersama dekat DUN Seberang Jaya. Tapi Allah tidak mengizinkan kerana saya tersalah jalan. Insya Allah, saya berjanji dengan beliau untuk makan bersama sebelum pilihan raya kecil nanti.

Read the rest of this entry

Tinjauan Proses Penamaan Calon Permatang Pauh


Salam Perjuangan…

16 Ogos, jam 2.30 pagi – saya bersama-sama YB Abdul Latif (ADUN Mengkebang), Shukri (abang YB), Hafiz Musa, Rosli Abdul Samad dan Fitri bertolak dari Ipoh menuju ke Permatang Pauh. Kami sampai di Permatang Pauh jam 5 pagi dan terus ke Permatang Pasir, DUN yang akan dibantu oleh Kelantan dalam mendepani pilihan raya kecil nanti. Ada ramai yang telah sampai lebih awal daripada kami, ada rombongan dari Perlis, Kelantan (satu bas, yang tak tahu la) bermukim di Pejabat ADUN Permatang Pasir dan lain-lain negeri lain lagi.

Setelah solat subuh, kami bertolak ke Institut Perguruan Tunku Bainun. Kami sempat bersarapan di warung dalam 4 km dari tempat penamaan calon. Dalam pemerhatian saya semasa di warung tersebut sambil menikmati roti canai, saya dapati ramai orang telah berpusu-pusu yang menuju ke pusat penamaan calon. Tidak melintas langsung orang UMNO / parti komponen BN yang melalui jalan tersebut, yang berpusus-pusu hanya penyokong Keadilan sahaja. Ramai anak muda tempatan yang menaiki motorsikal sambil mengibarkan bendera Keadilan.

Read the rest of this entry

Kepimpinan Suami Mendidik Isteri


Salam Perjuangan…

Isteri adalah insan yang lemah. Dia sentiasa mengharapkan pimpinan dan tunjuk ajar dari seorang suami yang dicintai. Tanpa bimbingan seorang suami, dia tidak mampu mendayung bantera rumahtangga ke arah matlamat yang hak. Pasti akan berlaku ketidakhaluan yang akhirnya membawa tragedi.

Sayugianya dalam usaha melayakkan diri sebagai isteri solehah para suami yang arif perlu berganding bahu serta prihatin di dalam soal ini. Isteri tidak akan jadi insan solehah, kalau si suami tidak soleh. Si isteri juga tidak akan taat dan patuh kepada perintah Allah S.W.T. jika si suami demikian juga.

Oleh kerana itulah si suami yang bijaksana perlu berusaha mendidik dan membimbing isterinya ke arah taqwa.

Read the rest of this entry

Laluan Sukar Buat DSAI


Salam Perjuangan…

Semalam saya sempat menghantar bapa mertua, Hj Abdullah Al Hafiz bersama abang ipar Abdul Bari Al Hafiz (imam masjid Kubang Kerian) dan Abd Rahman ke airport untuk menunaikan umrah dan sebelah paginya bergegas bersama Mohd Rosli Abdul Samad dan Fitri ke Muktamar PAS Pusat bertempat di Ipoh, Perak.

Pada sebelah petangnya setelah selesai muktamar jam 7 petang, saya terus ke hotel Syuen untuk berehat dan mandi. Sementara menunggu untuk solat, saya menonton Buletin Utama. Tajuk utamanya adalah Saiful Bersumpah tentang tuduhan lihat ke atasnya di masjid Wilayah. Terdetik juga hati saya dengan sumpahan yang dibuat oleh Saiful itu, bakal pengundi Permatang Pauh lebih-lebih lagi. Antara ayat sumpah yang sempat saya tangkap adalah ; “Wa Allahi, Wa Billahi, Wa Tallahi, saya bersumpah saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 dan pada hari tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya…”

Read the rest of this entry