Monthly Archives: September 2011

Kartun Menghina Hudud : Utusan Malaysia Buat Kerja Gila Sekali Lagi


1. Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) benar-benar kesal dengan sikap akhbar lidah UMNO, Utusan Malaysia yang sekali lagi melontarkan penghinaan terhadap Islam apabila menyiarkan karikatur yang menghina hukum hudud pada hari ini 26 September 2011. Karikatur yang menunjukkan seorang lelaki berserban, yang dipercayai merujuk kepada Musyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu sedang mendengar lagu sambil berbaring. Irama yang keluar dari alat muzik tersebut pula digambarkan dengan perkataan: “ Hu..hu..hu..dudd..dudd..”

 

2.  DPPNK sifatkan bahawa langkah Utusan Malaysia menyiarkan karikatur ini merupakan satu lagi ‘kerja gila’ Utusan Malaysia selepas menyiarkan karikatur yang turut menghina proses perundangan Islam pada 15 Jun 2011 yang lepas. DPPNK yakin rakyat Malaysia khususnya umat Islam tidak lupa bagaimana Utusan Malaysia pernah menyiarkan karikatur yang memperlekehkan proses penyaksian kes zina di dalam Islam yang memerlukan empat orang saksi. Read the rest of this entry

Hudud : Pakatan akui enakmen syariah Kelantan, Terengganu


KUALA LUMPUR, 29 Sept: DAP, PKR dan PAS hari ini mengambil pendirian akan mempertahankan segala dasar yang dipersetujui bersama disamping menghormati perbezaan ideologi di antara ketiga-tiga parti khususnya dalam isu hudud.

Bercakap pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Pejabat Agung PAS, lewat malam tadi, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mereka mengormati aspirasi PAS mahu melaksanakan hudud disamping menghormati pandangan DAP yang membantahnya ekoran bertentangan dengan perlembagaan.

Kesemua komponen parti katanya memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 sebelum muafakat dalam Pakatan Rakyat wujud.

“Kita mendengar penjelasan Datuk Takiyuddin Hassan yang mewakili kerajaan Kelantan bahawa perlaksaan hudud di negeri itu hanya boleh dibuat dengan pindaan perlembagaan persekutuan.

“Kita tidak boleh menafikan mana-mana hak PAS, DAP dan PKR untuk mengemukakan pandangan termasuk dalam isu syariah.

“Kita jelas menghormati hak dan aspirasi PAS (mahu laksanakan hudud). Cuma dia terikat dengan apa yang kita sebut dasar bersama, semangat perlembagaan dan Buku Jingga,” katanya. Read the rest of this entry

ISU PANAS : Mat Sabu Mengaku Tak Bersalah


Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth atas dakwaan mengeluarkan kenyataan yang memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor, pada 21 Ogos lalu.

Beliau mengaku tidak bersalah, sebentar tadi.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu didakwa mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam.

Selain itu, beliau turut berdepan dengan pertuduhan pilihan mengikut seksyen sama dengan dakwaan memfitnah tiga anggota polis yang mempertahankan diri dalam serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950. Read the rest of this entry

ISU PANAS : Wikileaks : SPR Pernah Keluarkan 60,000 IC Palsu


Kabel diplomatik Amerika Syarikat yang bocor mendedahkan, bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengakui pernah mengeluarkan lebih 60,000 kad pengenalan palsu kepada pekerja asing di Sabah sekitar 90-an, atas arahan Umno.

Kabel yang dimuat naik di portal Wikileaks memetik bekas ketua NGO pemantau pilihan raya Mafrel Malek Husin sebagai mendakwa Rashid (kiri) mengakui perkara itu dalam pertemuan peribadi di rumahnya pada 25 Oktober, 2006.

Dalam kabel yang ditandakan sulit itu, Malek dilaporkan memberitahu pegawai Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur bahawa Rashid mengesahkan Umno melancarkan kempen ‘kotor’ sekitar 90-an untuk merampas Sabah – yang dikuasai PBS, ketika itu pembangkang, pada 1994. Read the rest of this entry