Monthly Archives: Disember 2009

Husam tak letak jawatan


Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menamatkan spekulasi kononnya Exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa akan meletakkan jawatannya ekoran rombakan dalam pentadbiran pejabat menteri besar.

Sebaliknya Nik Aziz memberitahu, Husam yang merupakan bekas setiausaha politiknya sebenarnya pemimpin kesayangan semua orang.

“Mana boleh dia (Husam) letak jawatan… kita semua sayang pada dia, dia punya kebijaksanaan,” kata beliau selepas mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan di sini petang ini. Read the rest of this entry

Pelik kes enjin hilang tiada dalam Laporan Audit


Salam Perjuangan…

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail menggesa kerajaan terutama Kementerian Pertahanan memberi penjelasan mengapa kes kehilangan dua enjin jet pejuang F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak dimuatkan dalam Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2007 dan 2008.

Menurutnya, kerajaan tidak sepatutnya terlepas pandang perkara berkenaan, memandang kehilangan aset TUDM bernilai kira-kira RM100 juta itu berlaku pada 2007 dan ia sepatutnya dimasukkan dalam laporan berkenaan.

Azan berkata, siasatan terhadap kehilangan enjin pesawat pemintas itu bergantung ada laporan dan asas terbaik kepada siasatan adalah Laporan Ketua Audit Negara. Read the rest of this entry

Lupus Dakwat Kekal Bukti Pembaziran Kerajaan Pusat


Salam Perjuangan…

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) menyifatkan tindakan kerajaan pusat yang melupuskan dakwat kekal sebagai satu pembaziran.

Ahli Jawatankuasanya yang juga Exco Selangor, Teresa Kok berkata, ia sekaligus menunjukkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) lemah dalam membuat keputusan sendiri.

“Ini merupakan satu pembaziran wang dan menunjukkan bahawa memang SPR tidak ada boleh membuat keputusan sendiri la…kerana dulu pengerusi SPR yang sudah bersara itu mencadangkan buat dakwat kekal.

“Namun selepas cadangan itu, ada segelintir orang umno dan pemimpin umno protes dengan mengatakan ini cara kuno,” katanya. Read the rest of this entry

Ijtima’ Ulama’ Muda Negeri Kelantan 2009


Salam Perjuangan…

NGO Cakno Masyarakat


Salam Perjuangan…

PAS Kaji Semula Calon Luar Tanding Di Kelantan


Salam Perjuangan…

Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang pernah mencetuskan ‘kehangatan’ dalam PAS dua bulan lalu dengan meminta agar diadakan muktamar agung khas bagi menyingkirkan pemimpin-pemimpin bermasalah hari ini melontar pendirian baru.

Kata Nik Aziz, PAS Kelantan akan mengkaji sama ada akan terus menerima calon yang bukan anak negeri untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 nanti di negeri itu.
Beliau yang juga Mursyidul Am PAS dan Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata bahawa dalam Islam, tidak ada perbezaan antara orang dalam atau luar.

“Tetapi jika nampak orang luar tidak perlu lagi tolong Kelantan, kita boleh mencalonkan pemimpin anak negeri ini untuk bertanding dalam pilihan raya umum nanti,” kata beliau dipetik Bernama.

Beliau diminta mengulas saranan Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan, Datuk Mohamad Daud Iraqi, yang mahu anak Kelantan dicalonkan dalam pilihan raya umum akan datang.
Antara pemimpin luar yang kini menjadi Ahli Parlimen di Kelantan ialah Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa yang bertanding di Bachok, Naib Presiden Salahuddin Ayub (Kubang Kerian) dan Bendahari Dr Hatta Ramli (Kuala Krai). Nasharudin berasal dari Negeri Sembilan, Salahuddin pula dari Johor manakala Hatta adalah dari Perak.

Mengenai keputusan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan, Dr Rosli Allani Abdul Kadir melepaskan jawatan, Nik Abdul Aziz berkata: “Ikut dialah, itu masalah peribadi.”

Semalam, Rosli mengumumkan peletakan jawatan dalam parti kerana tidak mahu namanya dikaitkan dengan Pas ekoran masalah peribadi selepas beliau diperintah oleh Mahkamah Syariah di sini tinggal berasingan sementara dengan isteri keduanya setelah tersebar berita mengenai kesahihan pernikahan mereka.

Rosli adalah juga orang yang meminta menantu Nik Aziz, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman supaya segera meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Ketika ditanya mengenai perkara itu, Nik Aziz berkata : “Berapa kali nak ulang benda tu. (Orang) nak kata apapun, katalah. Cukuplah, (kita) dah tutup fail.”

“Mari datuk mana sekalipun, saya kena dengar keputusan daripada (PAS) pusat,” katanya. – malaysiainsider

Wacana Perdana : “Islam Di Malaysia Realiti & Harapan”


Salam Perjuangan…