Ramadhan – PRK Kuala Besut


Ramadhan makin tiba, di mana Ramadhan merupakan bulan pesta ibadah yang ditunggu-tunggu oleh orang yang beriman. Bulan gandaan pahala bagi setiap amal kebajikan yang dikerjakan.

Dalam mencari keberkatan Ramadhan, kita mestilah meninggalkan perkara yang tidak baik yang kita perbuatkan sebelum ini dengan kita bertaubat dengan Allah SWT di mana taubat amat berkait rapat dengan kejayaan. Banyak dosa tanpa taubat membuatkan tiada pertolongan daripada Allah kepada hambanya dalam apa jua pekerjaan. Begitu juga salah kita dengan manusia, perlu mohon maaf dengan orang yang kita buat salah.

Teringat akan peperangan Badar yang berlaku pada bulan Ramadhan, di mana ianya begitu menguji iman para sahabat dalam menegakkan Islam.

Hari ini kita telah diseru untuk menghadapi pilihan raya kecil DUN Kuala Besut yang dijadualkan pada 12/7/2013 (penamaan calon), 20/7/2013 (undian awal) dan pilihan raya pada 24/7/2013.

Sama-samalah kita doakan kemenangan untuk Pakatan Rakyat.

Posted on 5 Julai 2013, in Isu Semasa, News, PAS, Politik, Semasa, Siasah and tagged , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan komen