Monthly Archives: Januari 2011

PRK Merlimau : 6 Mac Undi, 26 Feb Penamaan Calon


Tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di Melaka ditetapkan pada 6 Mac depan.

Tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 26 Februari.Perkara itu diumumkan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof melalui satu kenyataan yang dikeluarkan di Labis lewat malam ini.

Abdul Aziz juga berkata SPR menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Melaka pada 21 Januari lepas berhubung kekosongan kerusi DUN itu pada hari sebelumnya, lapor Bernama. Read the rest of this entry

PRK Tenang : Tenang Diberi Projek RM30 Juta, Jangan Silap Pilih


Timbalan Perdana Menteri mengingatkan pengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang agar tidak membuat kesilapan dengan memastikan calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azahar Ibrahim menang Ahad ini.

Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata usaha membawa pembangunan ke DUN Tenang akan berhadapan dengan masalah jika pengundinya memilih calon pembangkang sebagai wakil rakyat mereka.

“Jangan membuat kesilapan dengan mengundi calon PAS, kerana kedua-dua kerajaan negeri dan kerajaan pusat adalah di bawah Barisan Nasional. Jika memilih pembangkang sebagai wakil rakyat maka usaha membangunkan Tenang akan berhadapan dengan masalah,” katanya di sini. Read the rest of this entry

PRK Tenang : Sedang Umno Tolak Islam, MCA Usah Cakap Hal Islam


Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini membidas tindakan MCA — rakan Umno dalam BN — yang terus-menerus membangkitkan isu negara Islam dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

Mursyidul Am PAS mempersoalkan tindakan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang meneruskan agenda untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Islam di kawasan itu.

Kata beliau, sedangkan Umno sendiri menolak pendekatan Islam dalam politik kerana tidak faham, rakannya MCA tidak wajar menyentuh isu Islam dalam kempennya.

“Dia (MCA) tahu ke ajaran Islam? Macam mana dia boleh cakap benda yang dia tidak faham? Read the rest of this entry

Apabila Ibadah Hilang Manisnya


Ibadah adalah jalan mendekatkan diri kepada Allah, baik ibadah-ibadah khusus yang mempunyai aturan-aturan tertentu yang telah digariskan mahupun ibadah-ibadah umum yang lebih luas dan subjektif. Selagi mana sesuatu kebaikan itu dilakukan kerana Allah dan tidak bertentang dengan aturan Allah, maka ia termasuk dalam ibadah.

Firman Allah yang bermaksud :

“Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (beribadah) kepada-Ku.”

(Adz-Dzaariyaat: 56)

Ibadah, baik yang wajib mahupun sunat, seharusnya dapat membawa seseorang merasa lebih nikmat dan indah dalam hidup ini. Setiap kali masuk ke dalam solat, hatinya merasa sungguh tenteram bersama Tuhannya. Apabila keluar daripada solat, hatinya selalu rindu untuk menghadapNya lagi. Tatkala kalam Ilahi dilantunkan, hatinya luluh sehingga mengalirlah butir-butir air daripada pelupuk matanya. Bahkan apabila bibirnya sendiri membaca Al-Quran, hatinya semakin teguh untuk melangkah dalam kehidupan. Itu belum bercerita tentang hal keadaan hamba yang begitu asyik merintih dan memohon rahmat Tuhannya di balik tirai malam. Semuanya terasa begitu mententeramkan, sepatutnya. Read the rest of this entry

Manisnya Perjuangan Dalam Kegetiran


Kerana manisnya perjuangan dalam kegetiran, Muhajirin diangkat darjatnya, ahli Badar diampunkan kesalahan dan dijanjikan syurga. Menjadi kumpulan elit dalam sejarah perjuangan Rasulullah SAW. Yakin apa sahaja yang berlaku adalah atas percaturan Allah SWT. Makhluk tidak dapat memberikan bekas melainkan sekadar yang diizinkan oleh Allah.

Kerana ketaatan yang tidak berbelah bagi kepada Allah, Siti Hajar rela ditinggalkan bersama anaknya Ismail di tanah yang tandus kerana yakin Allah tidak akan mempersia-siakannya dan anaknya.

Kerana ketaatan yang tidak berbelah bagi Nabi Ismail sanggup disembelih oleh Nabi Ibrahim. Read the rest of this entry

Syaitan itu Kreatif !


Pernah satu ketika saya diminta belajar daripada syaitan oleh seorang yang ulama yang dihormati. Saya terkejut. Benarkah ini?

“Belajar tentang kreativiti dan inovasi syaitan menyesatkan manusia,” jelasnya. Saya tersenyum. Ada kebenarannya.

Syaitan begitu kreatif mencipta dan mempromosi kejahatan. Ada-ada sahaja cara dan jalannya. Tidak pernah kaku, jarang yang beku. Sentiasa ligat dan cepat. Sentiasa ada pembaharuan.

Malangnya, acapkali orang yang memperjuangkan kebenaran…tidak se’dinamik’ dia. Tumpul kreativiti dan beku inovasi. Asyik-asyik yang semacam itu juga. Read the rest of this entry

PRK Tenang : Undi Calon PAS Peluang Eratkan Islam, Bukan Islam


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata pengundi di kawasan DUN Tenang perlu memilih calon PAS-Pakatan Rakyat Normala Sudirman bagi mengeratkan perpaduan antara orang Islam dan bukan Islam negara ini.

Menteri Besar Kelantan itu dalam ceramahnya malam tadi berkata kerajaan pimpinan PAS di negeri itu telah melakukan pelbagai kaedah untuk merapatkan jurang antara orang Islam dan orang bukan Islam.

“Bila ada pilihan raya kita perlu pilih (calon), tapi sekarang tidak tahu pilih, sekarang kita ada calon PAS. Read the rest of this entry

PRK Tenang : Azahar Ada Kes Mahkamah, Cikgu Mala Cemerlang


Para pengundi dalam pilihan raya kecil (PRK) Dun Tenang perlu membuat pilihan bijak untuk memilih wakil mereka yang cemerlang dan berintegriti ke Dun Johor pada 30 Januari ini.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, ini kerana calon BN, Mohd Azahar Ibrahim mempunyai kes di mahkamah akibat kecuaiannya melelong tanah seorang lelaki semasa menjawat Penolong Pendaftar Tanah Daerah Segamat.

Ini, katanya berbeza dengan calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, Cikgu Mala yang diiktiraf guru cemerlang oleh Kementerian Pelajaran dan pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

Cikgu Mala pernah menerima Anugerah Guru Aktif sempena Sambutan Hari Guru Daerah Segamat.

Cikgu Mala turut menerima Anugerah Khas sempena Perbahasan Ala Parlimen pada Perayaan Hari Guru. Read the rest of this entry

Kesihan Ummi Hafilda, Lakonannya Mudah Dikesan


Kenapa Ummi tak saman Azmin ?

Kemunculan Ummi Hafilda Ali (adik Azmin Ali) yang mahu menyaman Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bebarapa lagi tokoh politik dilihat hanya untuk mencari publisiti.

Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau yang lebih dikenali sebagai che’GuBard berkata tindakan Ummi yang menyaman pelbagai pihak tetapi tidak menyaman Azmin membuktikan Ummi sendiri tidak konsisten dalam dakwaannya.
“Dia saman Annwar, dia saman Kak Wan, dia saman Pas, dia saman Karpal Singh tapi saya tengok benda ini tak konsisten. Read the rest of this entry

PRK Tenang : Kedatangan TG Nik Aziz Buat BN Tak Tenang


UMNO dalam keadaan bergelora dan tidak tenang apabila mendengar Tuan Guru Nik Aziz aku turun berkempen di Tenang. UMNO ibarat cacing kepanasan.

Walaupun Tok Guru baru sembuh dan masih rawatan, beliau sanggup turun membantu kempen calon PAS. Tok Guru telah sampai ke Tenang pada semalam dan akan berada di Tenang sehingga hari Jumaat. Pelbagai aktiviti kempen akan diadakan. Aktiviti kempen Tok Guru telah bermula setelah sampai tadi. Tok Guru telah menyampaikan ceramah di Dataran Air Panas. Tok Guru menyampaikan ceramah bersama- sama Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud, Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin, Adun dari Perak YB Chan Ming Kai dan beberapa pimpinan lain.
Read the rest of this entry