Monthly Archives: Julai 2008

Rehlah Mahabbah DPP Kelantan


Salam Perjuangan…

Alhamdulillah, jam 10 pagi saya samapai di jeti Lumut untuk menghadiri program Rehlah Mahabbah DPP Kelantan pada 31 Julai – 2 Ogos 2008. Saya bertolak dari Pasir Mas jam 12.30 malam dan check in bilik jam 12 tengahari. Rombongan kami pada mulanya dimaklumkan bahawa feri yang nak ke Pulau Pangkor Telok Dalam adalah jam 12.30 tengahari, tapi kami bernasib baik sebab ada satu feri yang nak ke sana jam 11 pagi. Jadi dapatlah kami berehat secukupnya menanti acara pada malam ini.

Memang memenatkan juga kena pandu sendiri sebab sahabat-sahabat tak mahir bawa kereta automatik. Terpaksalah redah walau pun mata mengantuk sangat. Saya bersama rombongan DPP Pasir Mas yang diketuai oleh saudara Rozi Muhamad, Ketua DPP Pasir Mas dengan 10 orang ajk yang hadir sama dalam program Rehlah Mahabbah Pemuda PAS Negeri Kelantan pada kali ini dengan menaiki 3 buah kereta. Kereta saya, Ustaz Fadhli dan kereta Alaudin.

Read the rest of this entry

Tajol Rosli Rasuah Tawar Jawatan


Salam Perjuangan…

Satu laporan polis telah dibuat jam 2.50 petang tadi oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kubang Kerian ( Mohamad Nuri @ Nuri Bin Mat Yaacob) dan Kota Bharu (Mohd Baharuddin Bin Mohd Noor) mengenai satu berita yang dilaporkan oleh akhbar Berita Harian bertarikh 29hb. Julai 2008 (Selasa) di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu. Saya bersama sahabat saya, Mohd Rosli Abdul Samad turut serta hadir memberi sokongan.

Berita tersebut mengenai satu Tawaran daripada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali, yang boleh disifatkan sebagai satu bentuk RASUAH sebagaimana petikan berita yang dipetik daripada akhbar Berita Harian tersebut sebagaimana berikut ;

Read the rest of this entry

Tiada Kesan Saiful Diliwat


Salam Perjuangan…

Hari ini sebelum menghadiri satu mesyuarat di JKR 10, saya sempat hadir bersama-sama rombongan anak-anak istimewa yang datang melawat kelantan. Mereka ini datang dari Sek. Men. Keb. Kg. Jawa, Klang yang diketuai oleh Cikgu Siti Zubaidah seramai 45 orang.

Rombongan ini diraikan oleh Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan. Sesi taklimat berkenaan dasar kerajaan negeri Kelantan telah disampaikan oleh YB Drs. Zainuddin (ADUN Limbongan).

Berbalik saya pada berita dari Malaysiakini, kenyataan / laporan seorang doktor Hospital Pusrawi, Dr Mohamed Osman Abdul Hamid yang membuat pemeriksaan ke atas Saiful (gambar) yang mengadu mengalami “tenesmus” – kesukaran dan kesakitan membuang air besar. Di dalam laporannya itu, doktor tersebut menyatakan pesakit itu mendakwa diserang dengan dijolok bahan “plastik” di bahagian duburnya.

Read the rest of this entry

YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Terima Anugerah Nobel Keamanan Versi Asia


Salam Perjuangan…

Sekalung Tahniah buat YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik MAt, Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS kerana akan menerima pemberian anugerah daripada Gusi Peace Price Foundation yang beribu pejabat di Manila.

Anugerah keamanan Gusi ini diadakan setiap tahun dan difahamkan 10 hingga 15 tokoh akan dipilih untuk mendapat anugerah yayasan itu.

Annual Bakri juga menyatakan kesediaan Menteri Besar Kelantan itu hadir dalam majlis penyampaian anugerah tersebut, November ini.

“Insya Allah beliau akan menghadirkan diri pada majlis tersebut nanti” katanya.

Read the rest of this entry

Datuk Mustapa Mohamed Ugut UMNO Bahagain Jeli


Salam Perjuangan…

Datuk Mustapa Mohamed, Ketua UMNO Bahagian Jeli merangkap Menteri (gambar) bersedia letak jawatan menteri sekiranya ahli UMNO Bahagian Jeli mencalonkan Tengku Razaleigh Hamzah bertanding Presiden parti Disember ini. Beliau dipetik berkata ; “Jika ahli-ahli UMNO Bahagian Jeli mencalonkan Tengku Razaleigh bertanding Presiden parti, saya terpaksa meletakkan jawatan sebagai komitmen saya kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang melantik saya sebagai menteri.”

Pendirian beliau itu merupakan satu ugutan kepada ahli UMNO Bahagian Jeli supaya patuh dan akur kepada kehendakannya untuk tidak mencalonkan Tengku Razaleigh Hamzah pada pemilihan nanti. Ia juga semacam memberi amaran, kalau nak seorang menteri (pembangunan) di kawasan Jeli, maka pada pemilihan UMNO Bahagian Jeli nanti jangan sekali-kali mengingkari / membelakangi pendirian yang telah beliau buat.

Read the rest of this entry

Zaujah Hj Zuraidin


Salam Perjuangan…

Awal pagi tadi saya menerima panggilan daripada saudara Hj Zuraidin (exco Pemuda PAS Pusat, exco Pemuda PAS Negeri Kelantan dan exco Pemuda PAS Pasir Mas) bagi mengambil ibunya di Kg. To’ Uban untuk saya bawa ke Hopital An Nisa’.  Saya ingatkan zaujah beliau telah melahirkan anak, tapi sebaliknya zaujah beliau keguguran dalam usia kandungan 4 bulan lebih. Menurut beliau, termasuk kali ini sudah 3 kali zaujah beliau keguguran.

Ketika berbual dengan beliau di kantin hospital, beliau mengatakan bahawa mengikut doktor, ada beberapa faktor berlakunya keguguran tersebut. Yang saya dapat tangkap  apa yang Hj Zuraidin cakapkan hanya satu jer iaitu kurangnya antibodi pada tubuh ibu yang mengandung. Mengikut Doktor lagi, sepatutnya suntikan antibodi diberikan bagi menjamin kesihatan bayi dalam kangungan kerana perkara ini telah berulang.

Apa-apapun saya bagi pihak Dewan Pemuda PAS Kawasan Pasir Mas mengharapkan saudara Hj Zuraidin dan zaujah dapat menerima ketentuan Allah ini. Mungkin ada hikmah disebalik semuanya ini.

Suasana Politik Tanah Air


Salam Perjuangan…

Semalam, majlis solat hajat untuk keselamatan kandungan adik iparku. Solat hajat diimami oleh Ustaz Ghazali imam Masjid Gelang Mas. Beliau merupakan bekas ustaz yang pernah ditukarkan oleh JPN ke merata pelusok negeri di Malaysia kerana beliau seorang aktivis PAS yang kuat.

Malas pula rasa nak bicang suasana politik masa kini, tapi dah kata seorang pejuang / orang parti perkara ini tidak dapat dielakkan. Bahkan ia mesti selalu meniti di bibir-bibir seorang yang berpolitik / pengkritik politik.

Pihak media sekarang ini mengambil peluang dalam isu muzakarah UMNO dan PAS, liwat Anwar dengan Saiful, isu pembabitan isteri Najib Tun Razak dalam pembunuhan Altantuya, penyelewangan kuasa oleh Ketua Polis dan Peguam Negara serta Jabatan Imegresen dan akhir sekali berkaitan dengan peralihan kuasa Perdana Menteri kepada Najib Tun Razak.

Semua ini adalah bagi memesongkan pandangan rakyat dalam perkara tersebut di atas, bahkan membuatkan rakyat menjadi cemuh / bosan dengan perkara-perkara yang berlaku. Padangan saya, sudah sampai masanya untuk peralihan kuasa BN kepada PAS / Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat perlu mengambil peluang untuk menguasai / memerintah Malaysia dalam masa terdekat seperti yang diwar-warkan pada bulan September.

Selain itu rakyat perlu mengambil peluang untuk merubah suasana politik / tampuk pemerintahan pada masa akan datang. Sudah sampai masanya rakyat menolak BN yang banyak putar belit macam Pak Lah yang menipu rakyat bila nak bubar Dewan Rakyat. Ayuh rakyat jelata semua, kita bangkit lakukan perubahan untuk negara kita.

Lawatan Pusat Serenti Bachok (Wanita)


Salam Perjuangan…

mat ali

Label pintu masuk utama Pusat Serenti Bachok (W)

Alhamdulillah, semalam saya dan rombongan Nisa’ dari Kuala Krai lebih kurang seramai 40 orang telah melawat ke Pusat Serenti Bachok (W) yang diketuai oleh saudara Mohd Rafie, Pegawai Pembangunan Belia Kerajaan Negeri Kelantan.

Saya sampai jam 10.10 pagi, agak lewat sedikit dari apa yang telah dirancangkan di atas sebab teknikal yang berlaku. Tapi apa pun ianya berbaloi kepada saya. Kebetulan pegawai keselamatan yang bertugas pada pagi tu adalah saudaraku sekampung. Baru tahu dia bertugas di sana lebih kurang 2 tahun.

Read the rest of this entry

Kawanku Kahwin Lagi


Salam Perjuangan…

mat ali

Saudara Dawami (setiausaha kerja DPPNK) bergambar bersama isteri

Siapa Yang Berhak Ganti Pak Lah?


Salam Perjuangan…

Hari merupakan hari lahirku kalau mengikut taqwim masihi. Genap umurku 30 tahun. Terasa tua pulak aku. Dalam kesibukan kerja-kerja parti dan pejabat, ia mematangkanku dalam segenap segi. Moga-moga aku ditambahkan iman, mati dalam iman, rezeki yang halal dan lain-lain lagi nikmat Allah yang tidak membuatkanku lupa padaNya.

Semalam, Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan tarikh peralihan kuasa kepada Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak iaitu pada pertengahan tahun 2010 termasuk presiden parti. Beliau mengumumkan keputusan itu selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO dan taklimat khas bersama Presiden UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Agak lama masanya, macam-macam boleh berlaku dalam tempoh 2 tahun. Mungkin juga Abdullah masih tercari-cari bakal pemimpin yang lebih layak menggantikannya selain dari Najib walaupun Najib telah dicanang bagi menggantikannya. Mungkin Mahyudin Yasin yang lebih bersih dari mana-mana Ahli MT UMNO yang lain. Ada kemungkinan juga perkara ini akan berlaku.

Read the rest of this entry