Monthly Archives: Disember 2008

Ceramah Perdana Mansuhkan ISA


Salam Perjuangan…

Akan Sampai Masanya, Hudud Akan Di Terima


Salam Perjuangan…

Kuala Terengganu – Suatu masa nanti, akan tiba masanya dimana semua pihak akan menerima perlaksanaan undang-undang Islam termasuk Hudud dan Qisas.

“Tak apalah, akan sampai masanya, kita tanam ubi kalau ubi setela kan, ubi keledek ni tiga bulan boleh makan, tapi kalau tanam kelapa sepuluh tahun boleh makan, “projek besar kita tengok, Islam ni projek besar, sepuluh tahun dua puluh tahun, nabi Muhammad 23 tahun, saya ni dua puluh tahun doh, pelik apa kalau lambat sikit,” kata Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato Nik Abd Aziz Nik Mat kepada para wartawan selepas Majlis Pelancaran Jentera Bantuan dari Negeri Kelantan bagi Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu, di Masjid Hiliran, di sini semalam. Read the rest of this entry

Hudud hanya untuk orang Islam


Salam Perjuangan…

SHAH ALAM, 28 Dis – Memahami keresahan masyarakat bukan Islam, Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang menjelaskan bahawa pelaksanaan Hudud hanya melibatkan kalangan yang beragama Islam.

Masyarakat bukan Islam tidak seharusnya berasa bimbang jika hukum Hudud dilaksanakan di negara ini sebaliknya boleh memilih undang-undang yang mereka mahu seperti yang telah tertulis dalam Undang-undang Kanun Jenayah Syariah Kelantan dan Terengganu, katanya.

“PAS tak perlu terangkan (tentang hukum Hudud) kerana undang-undang ini tiada kena mengena dengan orang bukan Islam.

“Pada kita, tidak timbul lagi soal Hudud kerana ia telah diluluskan di DUN (Dewan Undangan Negeri) Kelantan sejak tahun 90-an lagi dan di Terengganu pula telah diwartakan,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan kempen ‘Jom Sertai Pas’ di Dataran Shah Alam semalam.

Ditanya sama ada PAS akan membawa usul mengenai pelaksanaan hukum Hudud di Parlimen untuk dibahaskan, beliau berkata belum tiba masanya untuk berbuat demikian. Read the rest of this entry

Demam Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu


Salam Perjuangan…

Hampir berminggu blog saya tidak ter‘update’ gara-gara demam yang berpanjang bermula pada hari raya qurban yang pertama. Mungkin Allah nak hapuskan dosaku yang terlalu banyak kepadaNya, atau mungkin juga kerana Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu yang hampir tiba, atau mungkin juga kerana zaujah (isteriku) yang tersayang mengandungkan zuriatku yang ketiga.

Mungkin secara kebetulan anakku yang lahir dikandung oleh isteriku semuanya semasa pilihan raya berlaku, anak pertama dalam PRK DUN Pengkalan Pasir, kedua pilihan raya umum ke 12 dan yang ini pula PRK Parlimen Kuala Terengganu. Saya berdoa semoga semua anak-anakku menjadi pejuang Allah pada masa akan datang, insya Allah.

Banyak isu yang hangat berlaku dalam masa saya demam ni, dari isu harga getah dan kelapa sawit merudum, pengeboman yahdi ke atas bumi Palastin yang disokong oleh Amerika (la’natullah), isu hudud yang diambil kesempatan oleh Umno, royalti minyak kembali kepangkuan kerajaan Terangganu menjelang PRK dan banyak lagi yang menghiasi dunia idak dapat saya ulas. Saya rasa ketinggalan sangat dalam semua hal. Read the rest of this entry

Sinar Harian Maran, Kenapa Melatah Jika Hanya Sekadar Teguran Dan Pandangan !!


Salam Perjuangan…

KUANTAN – Susulan daripada laporan kami perihal “Edisi Pahang: Laporan Tidak Adil, Sinar Harian Perlu Siasat Wartawan Jadi Exco Puteri UMNO !!” baru-baru ini. Maka ramailah pihak tertentu yang marah dan tidak berpuas hati dengan laporan tersebut. Ada yang menyokong, memuji dan tidak kurang pula yang mengeji. Kami terima semua itu dengan berlapang dada. Untuk maklumat, laporan itu bukan dibuat sesuka hati semata-mata. Krew kami di Jengka telah mendapat maklumat daripada seorang pemimpin tertinggi PAS di sana. Mana mungkin pemimpin terbabit mahu berbohong dengan semua ini. Tambahan pula beliau cukup di kenali di seluruh negara. Memang segalanya ini kenyataan yang lahir dari kekesalan dan kekecewaan beliau sendiri akan hal ini. Dipendekkan cerita, laporan kami adalah berdasarkan kepada suara seorang pemimpin yang bertaraf ulamak dan sering mengajar pengajian agama disana. Kami tidak mahu bergantung dengan komen puak-puak UMNO dalam hal ini. Kerana kami lebih yakin kepada penjelasan pemimpin terbabit. Kami lebih tahu yang mana intan dan yang mana kaca. Setakat laporan daripada rakan-rakan dalam UMNO bahawa perkara ini tidak terjadi ia tidak boleh diterima bulat-bulat kerana majoriti orang UMNO yang bercakap hal ini adalah terlibat dengan “rasuah” dan “politik” wang, bermakna mereka itu munafik berbanding dengan pemimpin PAS terbabit yang dilihat lebih bersih dari amalan tersebut. Read the rest of this entry

Ceramah Politik


Salam Perjuangan…

Rang Undang-undang Universiti Dan Kolej Universiti (Pindaan) 2008 Dibaca Kali Kedua


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR, 10 Dis – Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2008 yang dibacakan buat kali kedua di Dewan Rakyat hari Rabu akan menambahbaik dan memperluas autonomi universiti, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Katanya, perkara itu akan dilaksanakan dengan memindahkan beberapa kuasa Yang di-Pertuan Agong dan menteri kepada pihak berkuasa universiti yang antara lainnya terdiri daripada Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Senat dan Naib Canselor.

“Melalui rang undang-undang ini, kuasa untuk menubuhkan fakulti dan jabatan yang dahulunya berada di bawah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong diberikan kepada Senat.

“Pindaan ini adalah selaras dengan fungsi Senat sebagai badan utama akademik di universiti,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata rang undang-undang itu juga amat menitikberatkan keterbukaan, ketelusan dan akauntabiliti dalaman serta luaran pentadbiran sesebuah universiti. Read the rest of this entry

Telekom Malaysia : Rugi atau Untung?


Salam Perjuangan…

Utusan melaporkan Telekom Malaysia untung RM 165.8 juta bagi suku ketiga tahun ini;

“Syarikat telekomunikasi tersebut berkata, kos-kos luar biasa itu juga menyebabkan keuntungan bersih merosot kepada RM165.8 juta bagi suku ketiga tahun kewangan berakhir 30 September 2008 berbanding RM658.5 juta, tempoh sebelumnya.”

Tetap untung, tetapi merosot kepada RM 165.8 juta.

Berlainan dengan laporan The Star dan Bernama. Angka sama – RM 165.8 juta – tetapi itu jumlah kerugian Telekom bagi suku ketiga, bukannya keuntungan.

The Star; “KUALA LUMPUR: Telekom Malaysia Bhd posted net loss of RM165.82mil in the third quarter ended Sept 30, weighed down by foreign exchange losses of RM195.7mil.

Announcing a weaker set of results on Tuesday, the net loss was in sharp contrast of the net profit of RM658.51mil year ago.”

Bernama; “KUALA LUMPUR, Nov 11 (Bernama) — Telekom Malaysia, which reported a loss after tax and minority interests of RM165.8 million for the third quarter ended Setpember 30,…” Read the rest of this entry

Kepimpinan TG Nik Aziz Dikagumi Presiden Kesatuan Eropah


Salam Perjuangan…

KOTA BHARU, 11 Dis -Presiden Kesatuan Eropah, Marc Barety melahirkan rasa kagum di atas corak pentadbiran yang diamalkan oleh pimpinan Tuan Guru Dato’Nik Abdul Aziz di negeri Kelantan.

Beliau berkata demikian, ketika mengetuai seramai 14 peserta lawatan sambil belajar terdiri daripada Duta dan wakil kesatuan Eropah (EU) yang berkunjung ke negeri Kelantan baru-baru ini.

Delegasi tersebut terdiri dari negara Perancis, Republik Chech, Poland, Hungary, Slovakia, Austria, Sweden, United Kingdom, Belgium, Romania, Italy, Denmark dan Findland .

Rombongan deligasi tersebut telah disambut oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kompleks Kerajaan Darulnaim.

Sementara itu di sidang media, Tuan Guru berkata kunjungan delegasi dari EU ini memberi erti kerajaan Kelantan mendapat pengiktirafan dan penghormatan dari kaca mata dunia, beliau mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian mereka berkunjung ke negeri Kelantan.

Tuan Guru juga berkata beliau telah ditanya berkaitan dengan perbezaan corak pentadbiran dengan pusat dan beliau menegaskan bahawa selagi corak pentadbiran Pusat tidak berlandaskan Islam, selagi itulah kami akan menegurnya. Read the rest of this entry

Mari belajar sejarah


Salam Perjuangan…

Mari kita belajar sejarah sedikit, baru kita boleh tahu, minyak sekarang boleh turun lagi atau tidak. Walaupun fakta ini agak kurang akademiknya tanpa analisis dan mengambil kira beberapa faktor, namun hakikatnya faktor tersebut akan menjurus kepada persoalan sama, adjusted inflation. Oleh itu, ianya masih boleh digunakan.

Sejarah kenaikan harga runcit petrol di Malaysia.

sebelum 90 – RM 0.89 tahun (tatkala itu harga minyak +-USD30)
1990 – RM 1.10 (kenaikan RM 0.21 )
01/10/2000 – RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 – RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 – RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 – RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 – RM 1.35 (kenaikan RM 0.02 )
01/05/2004 – RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 – RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 – RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 – RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 – RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
04/06/2008 – RM 2.70 (kenaikan RM 0.78)

Sejarah harga minyak mentah dunia (1869-2007) Read the rest of this entry