Monthly Archives: Ogos 2009

Hadiah hari merdeka, harga minyak naik lagi?


Salam Perjuangan…

Rakyat mendapat hadiah istimewa sempena menyambut Hari Kemerdekaan tahun ini apabila harga petrol dipercayai akan mula naik mulai tengah malam ini.

Menurut sumber, Ron 95 akan naik dari RM1.75 ke RM1.80 malam ini manakala F1 akan naik dari RM1,80 ke RM2.05. Bagaimanapun sehingga kini tidak ada sebarang pengumuman rasmi mengenainya.

“Ketika ekonomi rakyat meleset dan bakal berhadapan dengan hari raya Aidil Fitri, inilah hadiah kerajaan BN kepada kita,” kata Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS. Read the rest of this entry

Isu Sebat : Jawapan Kepada Tun Dr Mahathir


Salam Perjuangan…

Negarawan Malaysia, Tun Dr Mahathir, berkata di dalam blognya : Tetapi benarkah hukuman ini tepat bagi jenayah minum arak? Beliau kemudiannya berkata :

“Dalam Al-Quran terdapat 43 ayat yang menegaskan; “Apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil”. Apakah mungkin seorang hakim itu tidak adil ataupun tersilap dalam pertimbangannya? Apakah tidak ada dalam Islam belas kasihan bagi yang bersalah buat kali pertama?

Saya harap pihak-pihak yang pakar dalam perkara ini dapat menunjuk ayat-ayat Al-Quran dan kitab-kitab yang dirujuk oleh hakim apabila hukuman ini dijatuhkan.”

Sebagai menyahut pertanyaan Tun tersebut, saya sediakan artikel ringkas ini memberikan input kepada beliau dan mereka yang masih tertanya-tanya.

Read the rest of this entry

Umno upah, latih pelajar sekolah bencikan Pakatan Rakyat


Salam Perjuangan…

Dibayar antara RM20-30 setiap seorang. Diberikan baju ‘T’ yang bertulisan Pemuda Umno Kepala Batas. Dihantar ke Pahang menghadiri program bencikan PAS, DAP dan KeADILan.

Demikian antara penemuan Harakahdaily dalam siri kempen Barisan Nasional (BN) yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah baru-baru ini.

Setelah disiasat rupa-rupanya Umno mempergunakan murid-murid sekolah yang dipilih daripada beberapa buah sekolah di kawasan Parlimen Kepala Batas untuk tujuan menjadi ‘pasukan sorak’ bagi Barisan Nasional (BN) di hari pembuangan undi Dewan Undangan Negeri (Dun) N11 Permatang Pasir pada 25 Ogos lalu.

Pasukan itu dibentuk oleh Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kepala Batas merangkap Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Dato’ Seri Reezal Merican Naina Merican supaya jentera Umno dan BN nampak ramai sekaligus membuktikan sokongan pemuda terhadap parti itu telah kembali sepertimana yang terjadi di Pilihan raya Kecil Manik Urai, Kelantan. Read the rest of this entry

Solat Terawih : Sejarah – Hukum – Kaifiat


Salam Perjuangan…

Segala puji bagi Allah yang menjadikan kita dikalangan orang-orang yang beriman. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad saw itu pesuruh Allah. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw, ahli keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Alhamdulillah, bulan Ramadhan kembali menemui kita. Banyak ilmu yang perlu kita ulangkaji berkenaan amalan-amalan di dalam bulan Ramadhan, agar kita dapat memperoleh manfaat dan ganjaran yang sepenuhnya pada bulan yang mulia ini.

Risalah ringkas ini akan membincangkan tentang “Solat Terawih” dan perkara yang berhubung kait dengannya. Read the rest of this entry

SPRM: Pejabat Beng Hock Diserbu Tanpa Notis


Salam Perjuangan…

Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengakui menyerbu pejabat ADUN Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah, tanpa menyerahkan notis geledah lebih awal untuk mendapatkan dokumen penting.

Alasan diberikan oleh Penolong penguasa SPRM Mohd Najeib Ahmad Walat, 29,ialah tindakan itu perlu, kerana jika diberitahu lebih awal, berkemungkinan tiada sebarang dokumen akan diperolehi.

Ketika memberi keterangan sebagai saksi ke-17 di inkues kematian Teoh Beng Hock, beliau mengakui kedatangan pegawai SPRM secara agak mengejut itu, mengundang rasa tidak selesa dan kegelisahan di pihak mendiang dan Yong. Read the rest of this entry

AMARAN PAKAR: Jangan bawa kanak-kanak ke hospital


Salam Perjuangan…

Agensi Berita Nasional (BERNAMA) hari ini melaporkan bahawa hospital-hospital awam kini telah mula mengedarkan risalah dan notis yang mengingatkan orang-ramai dan juga pelawat agar tidak membawa kanak-kanak atau bayi ke premis hospital ketika mereka menziarahi sanak saudara ataupun kenalan.

Kempen terbaru ini adalah sebahagian daripada langkah berjaga-jaga yang telah diambil oleh pihak hospital untuk mengelak penyebaran wabak Influenza A H1N1.

Malah lapor BERNAMA, jika tidak kerana H1N1 pun, adalah menjadi peraturan umum hospital yang melarang pelawat daripada membawa kanak-kanak di bawah umur 12 tahun ke premis hospital untuk tujuan lawatan. Read the rest of this entry

Dr Ismail Salleh kembali kerahmatullah


Salam Perjuangan…

Senator Prof Datuk Dr Ismail Salleh telah meninggal dunia dalam penerbangan di Singapura.

Beliau merupakan Senator dari kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) dan cacat penglihatan pertama yang dilantik.

Arwah yang merupakan bapa kepada enam orang anak, pernah menyandang tugas selaku Ketua Pegawai Eksekutif Twintech Holdings dan Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech.

Beliau dilahirkan di Pasir Mas Kelantan pada 1947 dan pernah mendapat pelbagai anugerah atas kecemerlangannya di bidang pengajian antaranya anugerah Guiness Book of Record sebagai orang cacat penglihatan pertama di dunia mendapat Doktor Falsafah. Read the rest of this entry

PRK Permatang Pasir : Adakah Faktor Kemenangan PAS Kerana Serangan Peribadi ?


Salam Perjuangan…

Berbagai komen dan analisa dibuat oleh penganalisis politik mahu pun penulis yang menyokong Umno / BN mengatakan salah satu faktor kemenangan PAS di PRK Permatang Pasir adalah kerana faktor serangan peribadi ke atas calon lawan.

Itulah Umno / BN, bila berjumpa lawan sama gagah dan sama padan sama ada dari sudut ilmu (sijil la kononnya yang calon ada), kredebiliti, tidak terlibat dalam pecah amanah dan sebagainya yang boleh menaikkan imej seorang calon itu, pelbagai alasan digunakan bila mana calon mereka kalah lebih-lebih lagi apabila adanya serangan peribadi terhadap calon.

Adakah salah PAS mencanangkan kepada rakyat supaya tidak memilih calon yang sebegini tidak jujur. Read the rest of this entry

PRK Permatang Pasir : Peratus merosot, SPR digesa ubah hari mengundi ke hari cuti


Salam Perjuangan…

Pengarah Pilihanraya PAS Permatang Pasir Dato’ Mahfuz Omar meminta Suruhanjaya Pilihanraya(SPR) mengambil pengajaran dan mengkaji semula pemilihan hari mengundi pada hari bekerja berikutan kemerosotan peratus keluar mengundi pada pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir semalam.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS dalam satu sidang media di markas induk malam tadi berkata, kesannya telah mengakibatkan kesukaran mereka yang bekerja untuk pulang membuang undi.

“Saya minta supaya ini menjadi pengajaran kepada SPR untuk melihat pada masa akan datang sebarang bentuk pilihanraya khususnya pilihanraya kecil perlu dibuat pada cuti hujung minggu.Dan ini juga merupakan satu faktor yang menyebabkan kekurangan majoriti yang kita perolehi,” katanya pada sidang media selepas SPR mengumumkan kemenangan calon PAS. Read the rest of this entry

PRK Permatang Pasir : Keputusan Rasmi PAS Menang Besar


Salam Perjuangan…

Mohd Salleh Man (PAS) dijulang oleh penyokong-penyokongnya selepas diumumkan memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir di Institit Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam --fotoBERNAMA

Keputusan rasmi Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir telah memihak kepada PAS dengan mengalahkan BN. Umno / BN buat kali ketujuh dalam Pilihan Raya Kecil telah kecundangan kepada Pakatan Rakyat dengan ketentuan Allah setelah kali terakhir mengalami kekalahan kepada PAS dalam PRK Manek Urai dengan majoriti 65 undi.

Keputusan Penuh :
Mohd Salleh Man (PAS) = 9,618
Rohaizat Othman (UMNO / BN) = 5,067
Majoriti = 4,551 Read the rest of this entry