Monthly Archives: Mei 2011

Himpunan Jentera Pilihanraya Pemuda PAS Kelantan


Himpunan 10K Pemuda PAS Kelantan


Himpunan Pemuda PAS Kelantan

Serang Aktivis Gegar : Pemuda PAS gesa siasat segera


Aktivis Gegar ( Hisyamuddin Ghazali ) bersama pimpinan Pemuda PAS Kelantan

PENGKALAN CHEPA – Pihak polis diminta membuat siasatan segera punca sebenarnya aktivis Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Minyak(Gegar) Saudara Hisyamuddin Ghazali yang telah dipukul oleh seorang yang tidak dikenali semasa memasang sepanduk di kawasan masjid Kampung Sireh semalam.

Ketua Pemuda PAS Kelantan Abdul Latif Abdul Rahman ketika ditemui selepas perasmian Muktamar Pemuda PAS Kelantan di Perdana Resort hari ini berharap pihak polis bertindak segera dan gambar samseng tersebut sudahpun diambil dan kini tersebar di Laman Sosial.

Menurut beliau lagi tindakan biadap samseng yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung ( tajaan umno ) itu menggambarkan budaya tersebut masih menebal dalam jiwa orang umno dan ini amat mendukacitakan rakyat Kelantan. Read the rest of this entry

Pemuda PAS perlu lebih aktif – Datuk Husam


PENGKALAN CHEPA – Senario politik masa kini memerlukan Pemuda PAS Kelantan bergerak lebih pantas dalam mempertahankan negeri ini dari menjadi milik umno dan mereka seharusnya berada di hadapan dalam menangani pelbagai isu yang dibangkitkan oleh umno-BN. Perkara ini dijelaskan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan Datuk Husam Musa ketika merasmikan Muktamar Pemuda PAS Kelantan ke 52 bertempat di Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan hari ini.

Turut hadir Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat Khairul Faizi Mohd Kamil, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan Mohd Zaki Ibrahim, Exco Negeri Abdul Fattah Mahmood dan Ketua Pemuda PAS Kelantan Abdul Latiff Abdul Rahman.

Husam juga berharap pemuda diserapkan dengan nilai takwa kepada Allah sebaik mungkin kerana dengan adanya sikap bertakwa ini, pemuda akan lebih bersedia berhadapan dengan perubahan masa kini. Read the rest of this entry

NAJIB TAK CERMAT – MURSYIDUL AM


KUALA LUMPUR: Kenyataan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak yang memuji tindakan Amerika Syarikat membunuh Osama Ben Laden menunjukkan Najib ‘boneka’ perang keganasan negara Rumah Putih itu.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menyifatkan kenyataan Najib yang mendakwa dunia akan lebih selamat dengan kematian Osama boleh disifatkan seperti ‘bapa borek anak rintik,’ suatu sikap mengampu yang melampau.

“PAS memang menentang keganasan, tetapi apakah dengan membunuh Osama ianya akan menyelesaikan perang keganasan yang menjadi agenda Amerika untuk memburukkan Islam?” soal Salahuddin.

Pembabitan Amerika Syarikat dalam keganasan sudah terbukti dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini. Read the rest of this entry

Tahniah Najib : Petrol RON 97 naik 20 sen lagi menjadi RM2.90


Bermula tengah malam ini, petrol RON 97 akan dijual pada harga baru, iaitu RM2.90 seliter, menurut Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM).

Naib presiden PDAM Datuk Zulkifli Mokti berkata, peningkatan ini disebabkan kenaikan harga minyak mentah. Read the rest of this entry

MCA Penentang Islam Sebenar


KOTA BHARU, 4 Mei: Semua pihak diminta mengkaji pendirian politik MCA yang menjadi kawan Umno sejak sekian lama sebelum mempertikaikan hubungan antara PAS dengan DAP dalam Pakatan Rakyat. Ini kerana, kenyataan-kenyataan dari pimpinan MCA terbukti menentang Islam berbanding dengan DAP, kata Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Fadhli Shaari (gambar kanan).

Pegawai Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu mengulas laporan muka depan lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia hari ini yang melaporkan kenyataan Mufti Perlis kononnya siapa yang menentang perpaduan antara Umno dan PAS adalah pengkhianat Islam.

“Mufti Perlis seharusnya memberikan komen apakah hukum kerjasama di antara Umno dengan MCA apabila Presiden MCA menyatakan dengan jelas bahawa mereka boleh menerima kehadiran PAS di dalam BN tetapi dengan syarat PAS menggugurkan agenda perjuangan negara Islam,” katanya.

Begitu juga dengan cadangan MCA untuk menyaman kerajaan negeri Kelantan sekiranya terus menguatkuasakan undang-undang menghalang premis judi beroperasi, apakah hukumnya Umno selaku rakan kongsi MCA dalam Barisan Nasional membisu seribu bahasa? Read the rest of this entry

Kematian Osama bin Laden : Respon Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz


  1. Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam. Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.
  2. Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut. Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti.
  3. Ini jelas dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini. Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin ? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel. Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas.
  4. Inilah yang saya tegaskan kepada Duta Besar Amerika Syarikat yang datang ke pejabat saya pada 28 April 2011 yang lepas, bahawa sepasang selipar pun tidak boleh dirampas dari tuannya yang berhak, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi tidak berhak untuk dirampas oleh Israel.
  5. Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?

Sekian, wassalam.

TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,

Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 30 Jamadil Awal 1432H bersamaan 3 Mei 2011M