Category Archives: BN

Bersih Daftar Pemilih : Pemilih Dengan Nama “.”


Daftar Pemilih : Ada juga yang terdapat dalam daftar pemilih orang yang hanya namanya sekadar dengan “.”, adakah sememangnya nama dia “Titik / Noktah, ringkasnya jadi = .”

Pembersihan daftar pemilih perlu dilakukan.

Xpresi Cinta Nabi S.A.W. & Kuliah Haraki


Insya Allah sama-sama kita untuk membuktikan kecintaan kita kepada Rasulullah s.a.w. Batu, pokok, binatang, kerikil dan lain-lain pun turut sama-sama memuji Rasul Mu Ya Allah. Ayuh kita bangkit tentang mereka yang menghina Rasul kita.

Isu Panas : Ulasan Presiden PAS Terhadap Ucapan Belanjawan 2012 Menteri Kewangan di Dewan Rakyat


  1. Tiada apa-apa perubahan yang mampu melonjakkan negara di mana secara konsepnya ianya masih sama, hanya dipersembahkan dalam bentuk baru.
  1. Ini adalah belanjawan  pilihanraya. Malah majlis pembentangan belanjawan menjadi seumpama majlis pembahagian wang ehsan dengan pembahagian pelbagai one-off. Ini tidak akan menyelesaikan masalah rakyat untuk jangka panjang yang terus terbeban.
  1. Kerajaan masih gagal untuk meletakkan penyelesaian kepada masalah asas Negara dan rakyat iaitu strategi pembangunan dan kos sara hidup rakyat. Contohnya harga minyak, sebagai elemen kos yang paling sensitif dan paling memberi kesan kepada hampir semua struktur kos, masih kekal tinggi dan menjadi beban utama kepada rakyat dan kerajaan masih gagal menanganginya. Ini menyebabkan jurang kaya miskin semakin melebar. Ini tidak termasuk kos-kos lain seperti masalah tol dan sebagainya. Read the rest of this entry

Isu Panas : Lawatan PM ke Kazakhstan bernilai lebih RM1 juta


Kementerian Luar Negara hari ini mendedahkan bahawa lawatan dua hari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Kazakhstan pada bulan Jun lalu bernilai RM1 juta.

Dewan Rakyat diberitahu jumlah keseluruhan sebanyak RM1,072,213.22 dibelanjakan bagi perdana menteri dan rombongannya menghadiri Forum Ekonomi Dunia Islam.

Lawatan itu yang berjaya memeterai lima perjanjian antara Malaysia dan Kazakhstan tetapi menimbulkan bidasan apabila timbul dakwaan ia juga digunakan oleh keluarga Najib bagi merisik bakal menantunya. Read the rest of this entry

ISU HUDUD : DPPNK Bantah Kenyataan Hu Pang Chow


1. Saya ingin memberikan ulasan berkaitan kenyataan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Hu Pang Chow seperti yang tersiar di dalam akhbar Sinar Harian hari ini Isnin 10 Oktober 2011 di halaman N2. Di dalam kenyataannya, Pang Chow memberikan isyarat bahawa akan berlaku tindakan keluar beramai-ramai daripada sayap parti itu jika PAS terus memperjuangkan hudud untuk dilaksanakan di Kelantan.

2. Saya melihat kenyataan Hu Pang Chow sebagai satu kenyataan yang kurang tepat serta tidak realistik dengan senario politik semasa yang sedang berlaku di Malaysia. Justeru, saya ingin mengulangi sekali lagi penegasan yang dibuat oleh pimpinan PAS samada Presiden ataupun Mursyidul Am bahawa hukum hudud hanya dikenakan kepada orang Islam sahaja dengan tidak melibatkan langsung golongan non muslim. Pada hari ini, apa yang diperjuangkan oleh PAS adalah  pelaksanaan hudud di negeri Kelantan sesuai dengan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1993 yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Read the rest of this entry

Himpunan Kesyukuran Perakuan Kanun Jenayah Syari’ah II Kelantan


Kelantan : Jamuan Rakyat & Ceramah Penerangan Isu HUDUD


Tarikh : 8 Zulkaedah 1432H / 6 Oktober 2011 (Khamis)

Tempat : Stadium Sultan Mohamed Ke IV, Kota Bharu

Penceramah : YAB Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tuan Guru Hj Hadi Awang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Prof. Dr. Abdul Aziz Bari Read the rest of this entry

Kartun Menghina Hudud : Utusan Malaysia Buat Kerja Gila Sekali Lagi


1. Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) benar-benar kesal dengan sikap akhbar lidah UMNO, Utusan Malaysia yang sekali lagi melontarkan penghinaan terhadap Islam apabila menyiarkan karikatur yang menghina hukum hudud pada hari ini 26 September 2011. Karikatur yang menunjukkan seorang lelaki berserban, yang dipercayai merujuk kepada Musyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu sedang mendengar lagu sambil berbaring. Irama yang keluar dari alat muzik tersebut pula digambarkan dengan perkataan: “ Hu..hu..hu..dudd..dudd..”

 

2.  DPPNK sifatkan bahawa langkah Utusan Malaysia menyiarkan karikatur ini merupakan satu lagi ‘kerja gila’ Utusan Malaysia selepas menyiarkan karikatur yang turut menghina proses perundangan Islam pada 15 Jun 2011 yang lepas. DPPNK yakin rakyat Malaysia khususnya umat Islam tidak lupa bagaimana Utusan Malaysia pernah menyiarkan karikatur yang memperlekehkan proses penyaksian kes zina di dalam Islam yang memerlukan empat orang saksi. Read the rest of this entry

Hudud : Pakatan akui enakmen syariah Kelantan, Terengganu


KUALA LUMPUR, 29 Sept: DAP, PKR dan PAS hari ini mengambil pendirian akan mempertahankan segala dasar yang dipersetujui bersama disamping menghormati perbezaan ideologi di antara ketiga-tiga parti khususnya dalam isu hudud.

Bercakap pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Pejabat Agung PAS, lewat malam tadi, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mereka mengormati aspirasi PAS mahu melaksanakan hudud disamping menghormati pandangan DAP yang membantahnya ekoran bertentangan dengan perlembagaan.

Kesemua komponen parti katanya memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 sebelum muafakat dalam Pakatan Rakyat wujud.

“Kita mendengar penjelasan Datuk Takiyuddin Hassan yang mewakili kerajaan Kelantan bahawa perlaksaan hudud di negeri itu hanya boleh dibuat dengan pindaan perlembagaan persekutuan.

“Kita tidak boleh menafikan mana-mana hak PAS, DAP dan PKR untuk mengemukakan pandangan termasuk dalam isu syariah.

“Kita jelas menghormati hak dan aspirasi PAS (mahu laksanakan hudud). Cuma dia terikat dengan apa yang kita sebut dasar bersama, semangat perlembagaan dan Buku Jingga,” katanya. Read the rest of this entry

ISU PANAS : Mat Sabu Mengaku Tak Bersalah


Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth atas dakwaan mengeluarkan kenyataan yang memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor, pada 21 Ogos lalu.

Beliau mengaku tidak bersalah, sebentar tadi.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu didakwa mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam.

Selain itu, beliau turut berdepan dengan pertuduhan pilihan mengikut seksyen sama dengan dakwaan memfitnah tiga anggota polis yang mempertahankan diri dalam serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950. Read the rest of this entry