Monthly Archives: Julai 2013

Sedekah Ke Atas Diri Sendiri


Dari Abu Hurairah R.A. katanya : Telah bersabda Rasulullah SAW : “Tiap-tiap anggota dari manusia adalah sedekah atasnya pada tiap-tiap hari yang terbit padanya matahari, engkau berlaku adil antara dua orang (yang berbalah) adalah menjadi sedekah, dan engkau menolong seorang lelaki (yang akan berangkat) naik atas binatangnya (kenderaannya) atau engkau menolong mengangkat barang-barang ke atasnya adalah menjadi sedekah, dan perkataan yang baik itu adalah sedekah, dan pada tiap-tiap langkah engkau langkah berjalan pergi sembahyang itu sedekah, dan engkau membuang bahaya dari jalan juga adalah sedekah. – Hadith riwayat Bukhari dan Muslim

Ramadhan – PRK Kuala Besut


Ramadhan makin tiba, di mana Ramadhan merupakan bulan pesta ibadah yang ditunggu-tunggu oleh orang yang beriman. Bulan gandaan pahala bagi setiap amal kebajikan yang dikerjakan.

Dalam mencari keberkatan Ramadhan, kita mestilah meninggalkan perkara yang tidak baik yang kita perbuatkan sebelum ini dengan kita bertaubat dengan Allah SWT di mana taubat amat berkait rapat dengan kejayaan. Banyak dosa tanpa taubat membuatkan tiada pertolongan daripada Allah kepada hambanya dalam apa jua pekerjaan. Begitu juga salah kita dengan manusia, perlu mohon maaf dengan orang yang kita buat salah.

Teringat akan peperangan Badar yang berlaku pada bulan Ramadhan, di mana ianya begitu menguji iman para sahabat dalam menegakkan Islam.

Hari ini kita telah diseru untuk menghadapi pilihan raya kecil DUN Kuala Besut yang dijadualkan pada 12/7/2013 (penamaan calon), 20/7/2013 (undian awal) dan pilihan raya pada 24/7/2013.

Sama-samalah kita doakan kemenangan untuk Pakatan Rakyat.