Monthly Archives: Julai 2009

ADUN Permatang Pasir Meninggal Dunia


Salam Perjuangan…

Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat (PAS) bagi DUN Permatang Pasir, Pulau Pinang, Dato’ Hj. Mohd. Hamdan Abd.Rahman telah kembali kerahmatullah di IJN KL pagi ini, demikian menurut sumber yang diperolihi, lapor YB Drs. Khalil Idham Lim.

Menurut sumber itu beliau telah mendapat pengesahan dari saudara terdekat almarhum dan Bendahari PAS Pusat, Dr. Hatta Ramli. Malumat itu juga telah mengesahkan bahawa sehingga berita ini diterbitkan, jenazah masih berada di IJN Kuala Lumpur.

Allahyarham telah memenangi DUN Permatang Pasir pada pilihanraya 2004 dan 2008. Di dalam PRU 2004, Allahyarham dari PAS mengalahkan Md.Isa Ramli dari BN dengan majoriti 679 undi dan pada PRU 2008, Allahyarham Datuk Hamdan mengalahkan calon BN, Ahmad Sahar Suhaib dengan majoriti 5,433 undi. Read the rest of this entry

Himpunan Mansuh ISA


Salam Perjuangan…

Pemuda PAS Pasir Mas Jawab Mohamed Farezz


Salam Perjuangan…

Dewan Pemuda PAS Kawasan Pasir Mas hari ini mengingatkan mana-mana pihak agar tidak mempertikaikan tindakan Dewan Pemuda PAS yang membuat laporan polis berhubung dakwaan berlakunya kegiatan membeli undi semasa pilihanraya kecil Manek Urai yang lepas.Ini kerana mana-mana pihak di Malaysia berhak membuat apa jua laporan polis jika mempunyai maklumat tentang kegiatan yang menyalahi undang-undang.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab kenyataan yang dibuat oleh Naib Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Mas, Mohamed Farezz Noor Amran yang disiarkan di dalam akhbar Sinar Harian semalam. Farezz dilaporkan berkata laporan itu seolah-olah menunjukkan Pemuda PAS Kelantan gagal menerima hakikat keputusan yang dibuat oleh pengundi yang menyaksikan PAS menang dengan majoriti yang tipis. Read the rest of this entry

Manek Urai : PAS Menang


Salam Perjuangan…

MOHD. Fauzi Abdullah (dua dari kiri) bersama pemimpin-pemimpin PAS selepas memenangi pilihan raya kecil DUN Manek Urai malam ini. Foto The Star oleh NIK NAIZI HUSIN

MOHD. Fauzi Abdullah (dua dari kiri) bersama pemimpin-pemimpin PAS selepas memenangi pilihan raya kecil DUN Manek Urai malam ini. Foto The Star oleh NIK NAIZI HUSIN

Walaupun jumlah majoriti undi yang sedikit, namun ianya boleh dikira satu penolakan secara total oleh rakyat Dun Manek Urai. Ini kerana Umno/BN telah menggunakan segala jentera samada kerajaan mahupun parti bagi meraih undi rakyat dengan segala janji-janji yang boleh menarik minat rakyat.

TPM telah berjanji akan membina sebuah jambatan untuk menghubungkan Manek Urai Lama dengan Manek Urai Baru dengahn harga RM 7 juta, tetapi sekiranya menang. Jika Umno/BN kalah maka jambatan itu tidak akan dibuat. Read the rest of this entry

Manek Urai : Munajat Jamaei


Salam Perjuangan…

Manek Urai : ISA lebih zalim daripada istilah ‘binatang’


Salam Perjuangan…

Tuan Guru Nik Aziz menyifatkan penggunaan ISA terhadap pemimpin adalah lebih teruk daripada istilah ‘binatang’.

“Kezaliman Umno menggunakan ISA ke atas pembangkang yang tidak bersalah dan menafikan hak bersuara untuk mereka membela diri adalah lebih teruk daripada perkataan itu,” bidas Nik Aziz.

Beliau berkata demikian menjawab serangan media yang menyebut beliau mengeluarkan kata-kata kesat termasuk binatang atau ‘menate’ dalam loghat Kelantan dalam satu ceramah di Manek Urai Dua baru-baru ini. Read the rest of this entry

Manek Urai : Menteri buat tuntutan elaun ketika datang berkempen?


Salam Perjuangan…

Mungkinkah kedatangan begitu ramai menteri ke Manek Urai sekarang menggunakan wang hasil cukai dibayar rakyat. Malah pernah berlaku pemimpin kerajaan dari Melaka membuat tuntutan elaun ketika berkempen pada pilihan raya kecil di utara.

Penasihat Jentera Operasi Pilihan Raya Kecil Dun Manek Urai, Dato’ Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, PAS bimbang dengan kehadiran begitu ramai menteri ke Manek Urai sekarang dikhuatiri menggunakan wang kerajaan.

“Ada kes di mana pemimpin yang datang berkempen membuat tuntutan perjalanan dan pelbagai elaun lain. Ada rekod mengenai perkara itu. Ini yang kita bimbang sekiranya berulang di Manek Urai sekarang.

“Ini secara jelas menggambarkan penggunaan jentera kerajaan begitu berleluasa sekali dalam pilihan raya,” katanya pada persidangan media di Markas Induk PAS di sini, hari ini. Read the rest of this entry

Manek Urai : Umno lepas geram, tuduh tok guru nyanyuk


Salam Perjuangan…

Kenyataan Umno-BN yang menuduh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai nyanyuk kerana tidak bersetuju dengan idea kerajaan perpaduan mencerminkan keadaan mereka yang sedang melepaskan geram.

Menurut Menteri Besar Kelantan itu dalam satu ceramah ketika kempen calon di Padang Chuchuh Puteri A semalam, menyifatkan kenyataan tersebut lahir daripada mereka yang sedang marah serta tidak rasional.

“Itu kenyataan orang yang lepas geram, kalau saya nyanyuk bagaimana saya boleh menyampaikan ceramah pada malam ini?” tegasnya kepada lebih 3,000 orang yang datang mendengar padang ceramah tersebut. Read the rest of this entry

PR Perak Tidak Teringin Untuk Terima Osman dan Jamalauddin


Salam Perjuangan…

Hj Nizar memang cuba menghubungi Jamaluddin dan Osman tengah malam hari tu, tetapi tidak dijawab oleh mereka. Hj Nizar cuba mengubungi bukan nak pelawa mereka berdua menyertai semula PR. Di Ipoh, minggu lepas heboh kononnya dua orang ini menghilangkan diri sehingga tidak dapat dihubungi oleh UMNO.

Dari sumber-sumber UMNO, mereka tidak dapat dihubungi dan tidak dapat dikesan di mana mereka berada. Ada maklumat mengatakan, mereka sengaja berbuat demikian kerana marah terhadap UMNO yang tidak tunaikan janji untuk jawatan EXCO dan sejumlah wang yang ditawarkan kepada mereka. Read the rest of this entry

Manek Urai : Perkembangan Politik Tanah Air Dari Perspektif Nik Aziz


Salam Perjuangan…

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat adalah benteng utama parti itu. Beliau juga adalah pemacu unggul kerajaan Kelantan.

Idea-idea politiknya bernas. Setiap pertimbangan dan perkembangannya digarap bersandarkan al-Quran, Sunnah dan Realiti politik hari ini.

Demi mengetahui bagaimana beliau menafsirkan perkembangan politik tanah air, wartawan SUARA KEADILAN, MOHD NAJIB HASHIM menemubual Menteri Besar Kelantan ini.

Perkembangan politik Malaysia nampaknya menjurus kepada persaingan dua parti iaitu Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat? Apa komen Datuk? Read the rest of this entry