Arkib Blog

Himpunan Jentera Pilihanraya Pemuda PAS Kelantan


Himpunan 10K Pemuda PAS Kelantan


Himpunan Pemuda PAS Kelantan

Pemuda PAS perlu lebih aktif – Datuk Husam


PENGKALAN CHEPA – Senario politik masa kini memerlukan Pemuda PAS Kelantan bergerak lebih pantas dalam mempertahankan negeri ini dari menjadi milik umno dan mereka seharusnya berada di hadapan dalam menangani pelbagai isu yang dibangkitkan oleh umno-BN. Perkara ini dijelaskan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan Datuk Husam Musa ketika merasmikan Muktamar Pemuda PAS Kelantan ke 52 bertempat di Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan hari ini.

Turut hadir Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat Khairul Faizi Mohd Kamil, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan Mohd Zaki Ibrahim, Exco Negeri Abdul Fattah Mahmood dan Ketua Pemuda PAS Kelantan Abdul Latiff Abdul Rahman.

Husam juga berharap pemuda diserapkan dengan nilai takwa kepada Allah sebaik mungkin kerana dengan adanya sikap bertakwa ini, pemuda akan lebih bersedia berhadapan dengan perubahan masa kini. Read the rest of this entry

NAJIB TAK CERMAT – MURSYIDUL AM


KUALA LUMPUR: Kenyataan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak yang memuji tindakan Amerika Syarikat membunuh Osama Ben Laden menunjukkan Najib ‘boneka’ perang keganasan negara Rumah Putih itu.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menyifatkan kenyataan Najib yang mendakwa dunia akan lebih selamat dengan kematian Osama boleh disifatkan seperti ‘bapa borek anak rintik,’ suatu sikap mengampu yang melampau.

“PAS memang menentang keganasan, tetapi apakah dengan membunuh Osama ianya akan menyelesaikan perang keganasan yang menjadi agenda Amerika untuk memburukkan Islam?” soal Salahuddin.

Pembabitan Amerika Syarikat dalam keganasan sudah terbukti dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini. Read the rest of this entry

Tahniah Najib : Petrol RON 97 naik 20 sen lagi menjadi RM2.90


Bermula tengah malam ini, petrol RON 97 akan dijual pada harga baru, iaitu RM2.90 seliter, menurut Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM).

Naib presiden PDAM Datuk Zulkifli Mokti berkata, peningkatan ini disebabkan kenaikan harga minyak mentah. Read the rest of this entry

MCA Penentang Islam Sebenar


KOTA BHARU, 4 Mei: Semua pihak diminta mengkaji pendirian politik MCA yang menjadi kawan Umno sejak sekian lama sebelum mempertikaikan hubungan antara PAS dengan DAP dalam Pakatan Rakyat. Ini kerana, kenyataan-kenyataan dari pimpinan MCA terbukti menentang Islam berbanding dengan DAP, kata Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Fadhli Shaari (gambar kanan).

Pegawai Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu mengulas laporan muka depan lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia hari ini yang melaporkan kenyataan Mufti Perlis kononnya siapa yang menentang perpaduan antara Umno dan PAS adalah pengkhianat Islam.

“Mufti Perlis seharusnya memberikan komen apakah hukum kerjasama di antara Umno dengan MCA apabila Presiden MCA menyatakan dengan jelas bahawa mereka boleh menerima kehadiran PAS di dalam BN tetapi dengan syarat PAS menggugurkan agenda perjuangan negara Islam,” katanya.

Begitu juga dengan cadangan MCA untuk menyaman kerajaan negeri Kelantan sekiranya terus menguatkuasakan undang-undang menghalang premis judi beroperasi, apakah hukumnya Umno selaku rakan kongsi MCA dalam Barisan Nasional membisu seribu bahasa? Read the rest of this entry

Nabi Muhammad SAW tidak guna al-Mubahalah menghadapi fitnah seks


Sumpah Eskay adalah sumpah orang jahil – bekas Mufti WP


Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato Md Hashim Yahya berkata sumpah yang tidak dilakukan menurut hukum syarak, diumpamakan sebagai kerja-kerja orang jahil.

Beliau diminta mengulas tindakan salah seorang trio datuk T, Shazryl Eskay Abdullah yang melakukan sumpah laknat di sebuah masjid di Sentul kira-kira pukul 4.15 petang tadi.

Ulama terkenal itu berkata, tidak ada peruntukan dalam undang-undang Islam yang membenarkan sumpah seperti yang dilakukan Eskay, berhubung tuduhan seks terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Dalam hukum qazaf, iaitu peruntukan untuk sabitan kes zina dan liwat, pihak yang menuduh perlu membawa empat orang saksi terlebih dahulu. Read the rest of this entry

Penganalisis : BN tak sepatutnya rasa selesa


Kemenangan berganda BN di Merlimau dan Kerdau boleh dijadikan penanda aras sokongan rakyat, namun parti itu harus mengambil iktibar daripada tsunami politik yang diharunginya pada pilihan raya umum 2008, kata penganalisis politik, Datuk Dr Zainal Kling.

“Ini kerana sokongan sokongan pengundi di kawasan bandar masih belum dapat dipastikan, namun kini sudah ada tanda-tanda sokongan rakyat mula kembali kepada BN,” katanya ketika mengulas kemenangan BN itu.

Dengan dua kemenangan hari ini, BN menangi lapan daripada 16 pilihan raya kecil yang diadakan sejak pilihan raya umum 2008.

Sebelum ini, BN menang pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, DUN Galas, DUN Tenang, DUn Bagan Pinang, DUN Batang Ai dan parlimen Hulu Selangor. Read the rest of this entry

PRK Kerdau : Pengasas Umno Jengka 25 Masuk PAS


TEMERLOH : Bekas Ketua Umno yang juga Pengasas Umno Jengka 25 telah meninggalkan Umno dan menyertai PAS bersama 11 ahli Umno yang lain malam tadi. Read the rest of this entry