Monthly Archives: Februari 2009

Jangan salah tafsir pandangan Abdul Hadi


Salam Perjuangan…

Nampaknya kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekali lagi telah dilihat sebagai mahu bekerjasama dengan Umno. Padahal apa yang dicadangkan oleh beliau untuk semua pihak di negara dalam menghadapi kegawatan ekonomi dan politik sekarang.

Cadangan ini jauh sekali berbeza dengan cadangan Mac 2008 lalu iaitu muzakarah Pas-Umno. Ini kerana cadangan ini bakal melibatkan semua parti-parti politik dalam Pakatan Rakyat dan juga dalam Barisan Nasional. Ia bukan kerjasama antara Pas dengan Umno semata.

Inilah mesej yang saya sendiri dapat apabila saya turut terlibat dalam wawancara antara Saudara Adib Zalkapli dari The Malaysian Insider, saya dari Siasah dan juga Nazri Abdullah dari Tvpas.com. Wawancara ini berlaku pada jam 2.30 petang di Tingkat 14, Bangunan Parlimen Selasa lepas. Untuk kepentingan ketiga-tiga pihak yang mewawancara ini, kami berjanji ia akan diterbitkan serentak iaitu hari Jumaat semalam.

Sebagai karyawan dari Siasah, saya yang mula memberikan soalan. Soalan saya pula berdasarkan apa yang kami fikirkan di Siasah dan apa yang telah kami buat di Siasah. Read the rest of this entry

Umno-BN tadbir negara dengan hasil judi


Salam Perjuangan…

PAS khuatir tindakan yang dilakukan oleh bakal Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak seolah menggambarkan Umno/BN mentadbir negara dengan hasil wang judi.

Ini berikutan, tindakan Najib yang meluluskan 10 ‘special draw’ judi sebaik sahaja menerajui Kementerian Kewangan menampakkan ‘tembelang’ sebenar bakal Presiden Umno itu.

Demikian kata Bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramli semasa mengulas jawapan bertulis Kementerian Kewangan mengenai kelulusan 10 cabutan ‘special draw’ kepada Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook baru-baru ini.

“Jawapan bertulis yang diberi kepada Loke terdapat 10 kali ‘special draw’ (cabutan khas) yang dibuat selepas Najib menerajui Kementerian Kewangan.

“Dengan cabutan itu kerajaan mendapat hasil cukai itu sebanyak RM77,026,171.04. dan dalam jawapan kementerian itu bahawa cabutan bertujuan untuk dana pendidikan, kesihatan dan sebagainya, “dakwa Hatta. Read the rest of this entry

Menteri Kewangan tak tahu adakah Malaysia boleh elak kemelesetan


Salam Perjuangan…

Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop “benar-benar tak tahu” adakah Malaysia boleh mengelak kemelesetan ekonomi dunia sekarang.

Apabila ditanya sama ada Malaysia boleh mengelak kemelesetan, Bernama memetik beliau berkata, “saya benar-benar tak tahu kerana terdapat terlalu banyak keadaan tidak menentu sekarang. Enam bulan lalu, kita tidak menjangka dunia akan berada dalam situasi berlarutan seperti sekarang dan kita tidak tahu daripada sekarang, bagaimana keadaan dunia di masa depan.”

Menurut beliau, terdapat keadaan tidak menentu yang ketara yang kita harus akui dari segi senario luar terutamanya dari segi sedalam mana, sejauhmana dan selama mana kegawatan ekonomi antarabangsa akan berlaku.

November lalu, Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan yakin bahawa Malaysia tidak akan mengalami kemelesetan ekonomi teknikal tahun ini. Read the rest of this entry

Sejarah Umno khianat Raja-raja Melayu tidak boleh dipadamkan – MB Kedah


Salam Perjuangan…

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak menyifatkan Umno kini cuba menjadi jaguh kononnya mempertahankan Raja-raja Melayu dan cuba menggambarkan PAS sebagai menentang sedangkan Umno mempunyai sejarah pengkhianatan mereka kepada Raja-raja Melayu.

Terbaru, dalam laporan Buletin Utama TV3 pada 25 Februari lalu, Setiausaha Pemuda Umno Kedah, Haris Che Mat mengumumkan untuk membuat laporan polis terhadap seorang Exco Kerajaan Negeri Kedah dengan tuduhan menghina Tuanku Sultan Kedah berdasarkan satu surat layang.

Sehubungan itu, Ustaz Azizan selaku Pesuruhjaya PAS Kedah mencabar Pemuda Umno berkenaan untuk mengemukakan bukti dan sekiranya gagal mereka akan berhadapan dengan saman yang akan dikemukakan.

“Mereka cuba nak jadi ‘hero’ dan ‘champion’, nak buat laporan polis nak heret Exco-exco kita. Kalau perkara ini tidak betul, kita akan saman TV3 dan saman Pemuda Umno. Read the rest of this entry

‘Agen Najib tawar RM20 juta untuk lompat’


Salam Perjuangan…

Adun Malim Nawar, Keshvinder Singh telah mendakwa ditawarkan RM20 juta oleh ‘agen-agen’ Dato’Seri Najib Tun Razak dengan menggunakan nama Jabatan Perdana Menteri.

Beliau mendakwa setiap hari dihubungi oleh agen Najib dan bertanya berapa bayaran yang beliau mahu sekiranya ia tidak terima RM20 juta itu.

Tawaran itu katanya dibuat sebelum Tahun Baru Cina dan mendakwa sekiranya bersetuju beliau dijanjikan dengan jawatan tertentu.

“Pada mulanya beliau tidak percaya dengan tawaran itu tetapi setiap hari dihubungi barulah saya dapati ada satu usaha untuk saya bersetuju melompat ke BN,”katanya.

Menurut beliau, tawaran ini semakin aggresif mendapati ‘agen-agen’ menggunakan jiran, kawan dan saudara beliau untuk mempengaruhinya. Read the rest of this entry

Sidang tergempar DUN Perak Selasa ini


Salam Perjuangan…

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar memanggil sidang tergempar dewan itu Selasa depan (3 Mac) untuk membahaskan dua usul bagi menangani krisis politik negeri tersebut.

Menurut laporan, beliau menggunakan kuasanya di bawah peraturan tetap 8 dan 11 DUN itu untuk membahaskan isu-isu utama yang menjadi ketegangan pokok antara Pakatan Rakyat dan BN sejak awal bulan ini.

Usul pertama, mengesahkan Dato’ Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar yang sah sebelum ditumbangkan dalam rampasan kuasa BN.

Kedua, membubarkan DUN bagi membolehkan satu pilihanraya peringkat negeri diadakan seperti hasrat Pakatan Rakyat sebelum ini. Read the rest of this entry

Siasat Speaker Perak buktikan SPRM tidak faham perlembagaan


Salam Perjuangan…

Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Speaker Perak, V.Sivakumar membayangkan badan itu tidak memahami asas perlembagaan negara dan negeri.

“Tindakan itu jelas menunjukkan bahawa SPRM tidak memahami asas perlembagan negara dan negerai yang mana Speaker Dun Negeri dan Parlimen itu adalah di luar daripada tugas dan bidang kuasa pihak seperti SPRM untuk campur tangan,” kata Setiausaha Agung PAS, Dato’ Kamarudin Jaffar.

Malah katanya, lebih hina lagi apabila SPRM membuat siasatan dan memanggil Speaker untuk disiasat yang mana itu satu kesalahan dari segi perbezaan dan kewibawaan atau kedudukan tinggi Parlimen atau Dun, katanya.

Perkara ini katanya adalah soal keluruhan yang tidak boleh dipersoalankan dan menjadi bahan. Read the rest of this entry

Artikel Buletin An-Nur :Berdusta Yang dibolehkan


Salam Perjuangan…

Semua orang mungkin sepakat kalau berdusta adalah salah satu perbuatan yang sangat tercela. Bukan hanya saja tercela dalam pandangan manusia, tapi juga tercela dalam pandangan Allah subhanahu wata’ala.

Hukum asal dari dusta itu sendiri adalah haram dan wajib untuk dijauhi. Pertanyaannya adalah apakah ada dusta yang dibolehkan dalam ajaran Islam ini? Tentunya ini sangat menarik untuk kita bahas dalam bulletin kita kali ini.

Selama ini yang kita tahu bahwa dusta adalah perbuatan yang sangat buruk dan tidak boleh dikerjakan atau hukumnya haram secara mutlak. Kemudian ada juga yang menganggap bahwa dusta adalah perbuatan yang lumrah dikerjakan, apalagi di zaman sekarang ini, rasanya suatu yang mustahil dan aneh kalau ada orang yang tidak pernah berdusta dalam hidupnya. Dusta bagi mereka merupakan bagian dari kebiasaan hidup mereka, sehingga kita akan menemukan hampir di setiap tempat di situ ada dusta. Apakah di sekolah, di pejabat, di dalam rumah tangga, di pasar-pasar dan banyak lagi tempat-tempat yang tidak mungkin kita sebutkan semuanya. Read the rest of this entry

Mendaki Gunung Stong


Salam Perjuangan…

Hampir seminggu ana tak menulis / mengupdate bolg. Kesibukan kerja dan program saringan “Ekspedisi Menawan Gunung Kinabalu” yang berlangsung di Gunung Stong, Dabong, Kuala Krai amat memenatkan. (Insya Allah gambar-gambar kenangan / kebesaran Allah akan menyusul)

Gembira juga bila 2 hari berada di Gunung Stong (20 & 21 Feb) tanpa apa-apa berita tentang politik mahupun isu-isu semasa mainan Umno / BN untuk memporak-perandakan Pakatan Rakyat.

Bila balik dari mendaki, isu Ibrahim Ali pula yang timbul, rasa ketinggalan pula bila isu itu di tanya oleh rakan-rakan tentang isu itu. Apa pendirian Dewan Pemuda Kawasan Pasir Mas (DPPKPM) dalam isu ini, yang pasti ada pihak yang ingin melepaskan dirinya dari tanggapan pengundi Pasir Mas khasnya dan pimpinan PAS amnya dengan mengeluarkan kenyataan yang mendesak supaya Ibrahim Ali meletakkan jawatannya. Read the rest of this entry

Foto Eli: Oooo, Jadi Namanya Hilmi Hazimin Malek


Salam Perjuangan…

Sebelum ini ramai yang mengandaikan teman lelaki ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong (Eli) ialah dari kaum Cina. Tapi sekarang kita tahu nama teman lelaki Eli ialah Hilmi Hazimin Malek. Umurnya 34 tahun, tinggal di Ampang. Orangnya boleh tahan, tidak hairan jika wanita seperti Eli boleh tergoda dengannya.

Saya tidak kisah jika Hilmi berjaya menggoda Eli hingga jatuh cinta terhadapnya. Saya juga tidak kisah jika Eli yang terlebih dahulu menggoda Hilmi. Biasalah lelaki pasangannya wanita, wanita pasangannya lelaki. Tidak kisahlah dengan cinta berlainan kaum, kita perlu terima realiti negara ini negara multi racial. Lagi pun kata orang cinta itu buta. Malah jika Hilmi berjaya menarik Eli memeluk Islam, kita lagi bangga, bertambah seorang lagi umat Muhammad di dunia ini. Read the rest of this entry