Daily Archives: 1 Februari 2009

Terbongkar syarikat Mesir membekal makanan kepada Israel semasa perang Gaza


Salam Perjuangan…

Ahad, 01/02/2009 – Sebuah akhbar Mesir telah membongkar yang sebuah syarikat Mesir telah membekalkan askar-askar rejim Zionis dengan makanan melalui lintasan Owja semasa perang di Gaza manakala lintasan Rafah telah ditutup untuk bekalan bantuan kepada untuk warga Palestin. Read the rest of this entry

Pilihan Raya Kecil 2 Dun Perak


Salam Perjuangan…

Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang didakwa hilang sejak lima hari lalu telah meletakkan jawatan mereka sebagai wakil rakyat berkuatkuasa hari ini. Ia dinyatakan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar di Ipoh.

Kedua-dua ADUN berkenaan ialah Jamaluddin Mat Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering).

Satu tamparan hebat buat BN yang menaruh harapan kedua-dua Adun tersebut lompat ke parti mereka. Buat kerajaan Pakatan Rakyat ianya merupakan satu ujian untuk menapis kotoran yang ada dalam kerajaan Perak. Read the rest of this entry

Dua Pilihanraya Kecil : Tekanan Baru Untuk BN


Salam Perjuangan…

Pengosongan kerusi oleh dua ADUN PKR di Perak tidak perlu menimbulkan panik bagi penyokong PR. Kerajaan Perak pimpinan PR belum tumbang dengan pengosongan tersebut.

Pertarungan akan berlaku dalam tempoh enam puluh hari. Lebih kurang sama tempoh dengan Perhimpunan Agung UMNO pada 24 hingga 28 Mac depan. Mungkin tarikh pilihanraya datang lebih awal ketika UMNO sedang sibuk dengan urusan rumahtangganya.

Jika PR memenangi kedua-dua kerusi ini, tentunya kedudukan Kerajaan Perak tidak lagi dapat dipertikaikan oleh UMNO/BN. Cubaan menggugat dan menggigit Kerajaan PR pilihan rakyat tidak lagi timbul. Segala onar diskriminasi jahat yang berlangsung kini, termasuk pengumuman oleh Zahid Hamidi tentang pegawai Persekutuan tidak boleh ‘berhubung’ dengan Kerajaan Negeri akan dengan sendirinya terpukul.

Isu dan propaganda yang dihadapkan ke atas Kerajaan Perak juga berpeluang dijelaskan sewaktu pilihanraya kecil nanti berlangsung. Read the rest of this entry

Rosmah Vs Erdogan – Siapa Hebat?


Salam Perjuangan…

Isteri saya pernah bertanya, mengapa hari-hari Rosmah muncul di TV bercakap mengenai Gaza dengan suara manja dan sebak yang kelihatan begitu dibuat-buat, mengapa tidak Jeanne Abdullah sebagai Wanita Pertama yang muncul di TV? Jawapan acuh tak acuh saya mudah: Rosmah bakal Wanita Pertama dan dia sudah tidak sabar menunggu 2 bulan lagi untuk memperagakan aksi.

Bila berbicara mengenai Gaza, tiba-tiba malam tadi bulu roma saya meremang melihat keberanian Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan menempelak sambil menuding jari tepat ke muka Perdana Menteri Israel dalam Sidang Forum Ekonomi Dunia di Davos. Saya juga melihat di TV rakyat Turki beramai-ramai keluar ke jalan raya memberi sokongan terhadap kejantanan Perdana Menteri mereka itu. Tidak terkecuali rakyat Gaza yang juga keluar ke jalanraya membawa sepanduk dan potret Erdogan yang tiba-tiba muncul sebagai hero baru rakyat Palestin. Read the rest of this entry

Realiti politik masa kini dan kejutan politik Najib di Perak


Salam Perjuangan…

Secara peribadi, lazimnya saya sukar untuk menerima dengan mudah dakwaan bahawa Umno-BN sudah hilang pengaruh dan bersiap sedia bagi dikuburkan hanya kerana sesuatu peristiwa, misalnya kalah dalam pilihan raya kecil. Saya lebih suka meramalkan kedudukan terburuk yang bakal dihadapi pembangkang supaya dapat diikhtiarkan jalan keluar sebelum terlambat. Lagi pun, kejutan selepas menang lebih indah dan nikmat berbanding terkejut kerana kalah!

Semasa pilihan raya umum 1999, ketika tuntutan reformasi hebat dilaungkan, ramai kawan-kawan menjangkakan BN akan gulung tikar. Saya sekadar menyimpan impian untuk melihat kerajaan Barisan Alternatif ditubuhkan sambil berasa resah dan bimbang takut-takut BA, seperti parti pembangkang sebelum itu, kalah dengan teruk. Meskipun akhirnya PAS dapat menguasai Terengganu, dan mengekalkan Kelantan, selain menambah kerusi 20 kerusi Parlimen menjadi 27, pengundi bukan Melayu telah menjadi penyelamat kepada BN. Read the rest of this entry

Nizar Dah Boleh Kemas Pejabat?


Salam Perjuangan…

Dua EXCO PKR telah hilang.

Mereka hilang sejak empat hari lalu dan tiada sesiapa yang tahu di mana mereka tetapi mereka bukan ‘hilang’, sebaliknya berada dalam tangan pemimpin Umno.

Dan UMNO mahukan mereka bersetuju kepada satu perjanjian. Terima RM10 juta seorang dan ‘menyeberang’ ke dalam Umno ataupun dihantar ke penjara atas tuduhan rasuah.

Pada hari dimana dua EXCO PKR ini ditahan dan dilindungi oleh Umno, seorang ADUN UMNO melompat kedalam PKR. Ini menghancurkan rancangan Umno. Mereka hanya memerlukan dua ADUN PKR untuk meruntuhkan Pakatan Rakyat diPerak. Tetapi apabila ADUN Umno menyeberang ke dalam PR, perancangan ini tergendala. Sekarang mereka memerlukan tiga.

Read the rest of this entry