Daily Archives: 8 Februari 2009

3 bekas Adun Pakatan perlu letak jawatan


Salam Perjuangan…

Masih ada peluang. Tiga bekas Adun Pakatan Rakyat yang beralih angin memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) perlu membetulkan kesilapan mereka dengan meletak jawatan.

Tanpa tindakan itu Jamaluddin Mohd Radzi, Kapten (B) Mohd Osman Jailu dan Hee Yit Foong akan dicatat pada sejarah sebagai orang yang bertanggungjawab meruntuhkan kerajaan pilihan rakyat pada Mac 2008.

Apa yang pasti jiwa mereka tidak tenteram lagi selepas ini, biar pun bergelumang wang ringgit sebagai ganjaran meninggalkan Pakatan.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat yakin tindakan mereka sebelum ini kerana terpengaruh dengan perancangan rapi dilakukan Umno bagi menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat. Read the rest of this entry

Raja Dan Demokrasi


Salam Perjuangan…

Apabila negara kita mendapat kemerdekaan dari Great Britain pada tahun 1957, negara kita telah menjadi sebuah negara Demokrasi Raja Berpelembagaan dengan mengambil Britain sebagai model dalam membentuk pelembagaannya.

Kalau mengikut perlembagaan Britain, Raja tidak boleh sama sekali mencampuri urusan politik negara, Raja hanya menjadi simbol ketua Negara dan tidak lebih dari itu.

Di zaman silam, kebanyakan negara di dunia ini ditadbir berasaskan sistem raja, sistem raja adalah satu-satunya sistem politik yang ada di masa itu. Read the rest of this entry

Email dari Makkah sokong Kerajaan PR Perak


Salam Perjuangan…

Sekarang ini bekerja di Makkah Al-Mukarramah dan kami sentiasa mengikuti perkembangan blog YB, tahniah dari saya atas istiqamah YB dalam menyampaikan berita dan situasi terkini di negeri Perak. Saya mula mengenali blog YB ini melalui blog Ust Misbahul Munir Masduki S/U politik MB Perak.

Ketika Ust Misbah dtg mengerjakan Haji lepas kami jemaah di Makkah ini sempat bertemu beliau dan dapat menganjurkan ceramah beliau bersama dgn YB Presiden dan YB Ketua pemuda PAS di Makkah ini. Itulah serba sedikit mengenai diri saya.

Di kesempatan ini ada saya sertakan artikel mengenai kejadian di Perak utk di kongsi bersama. Syabas dari saya atas blog YB itu, dan Kami di Makkah sentiasa mendoakan agar Kerajaan Rakyat di Perak dapat kembali berkuasa dan sekiranya perkara sebaliknya berlaku anggaplah itu Tarbiyyah terus dari Allah untuk memantapkan aqidah perjuangan kita di Perak.Selamat Berjuang…. Read the rest of this entry

Krisis Perlembagaan Perak – Sesetengah Pihak Memang Tuli !?


Salam Perjuangan…

Bekas Menteri UMNO, Zaid Ibrahim berkata krisis perlembagaan di Perak boleh di elakkan sekiranya semua ahli politik menerima Malaysia adalah negara demokrasi, dimana permasalahan politik sepatutnya diselesaikan melalui Dewan Undangan Negeri dan bukannya di belakang pintu istana yang tertutup. Read the rest of this entry

Setahun Berlalu, Adakah BN Menipu?


Salam Perjuangan…

Hulu Terengganu – Tanggal 3 Februari, 2008, ketika hampir sebulan dari tarikh pilihanraya umum (PRU) ke 12, bekas Menteri Besar Dato’ Seri Idris Jusoh (Deris) telah mengheret Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Badawi (Pak Lah) untuk merasmikan beberapa program propaganda yang dijangka memberikan impak kepada PRU.

Disamping merasmikan projek mega ratusan juta yang dibiayai oleh wang royalti, Taman Tamadun Islam (TTI), Pak Lah juga terpaksa berlari sekejap ke Hulu Terengganu untuk Majlis Pecah Tanah dan Perletakan Batu Asas Politeknik Hulu Terengganu.

Program hebat bagi ‘orang hulu’ telah di kerah beramai-ramai untuk bersusun berbaris di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Jeneris, menyambut ketibaan Pak Lah, dengan pelbagai aturcara hebat yang dikatakan disusun oleh Deris sendiri. Read the rest of this entry