Daily Archives: 6 Februari 2009

Gambar di sekitar bulatan Kuala kangsar


Salam Perjuangan…

Lebih 1000 orang masih berada disekitar bulatan jam Kuala Kangsar sambil mendapat pengawasan ketat pihak keselamatan termasuk FRU.

Sebentar tadi rombongan yang saya percayai membawa Najib dan pemimpin UMNO lain melintasi kenderaan yang saya naiki di Jalan Kuala Kangsar menghala ke tol dengan kawalan ketat pasukan keselamatan.

gambar tpm ds najib yang terjatuh ke jalanan di pijak2 rakyat sebagai tanda marah

Read the rest of this entry

Pakatan fail saman cabar pelantikan MB Perak


Salam Perjuangan…

PETALING JAYA : PETALING JAYA: Pakatan Rakyat hari ini mengambil keputusan untuk memfailkan saman bagi mencabar kesahihan pelantikan Menteri Besar Perak yang baru dari Barisan Nasional (BN).

Ketua Umum Pakatan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, barisan panel peguam daripada tiga parti komponen Pakatan termasuk Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP akan mengkaji tindakan saman tersebut.

Anwar berkata, Pakatan berpendirian bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin masih lagi Menteri Besar Perak yang sah.

“Keputusan Pakatan Rakyat adalah untuk mempertikaikan kesahihan pelantikan Menteri Besar baru dan kami anggap ia tidak sah,” katanya. Read the rest of this entry

6 orang sah ditangkap, Puluhan Pemberita saksi tregidi Kuala Kangsar


Salam Perjuangan…

Semasa saya melintasi hadapan mesjid ubudiah kelihatan puluhan wartawan yang masih menyaksikan kumpulan manusia yang belum bersurai. Selain itu lebih seratus pasukan keselamatan termasuk FRU masih mengadakan rondaan dan kawalan yang ketat. Read the rest of this entry

Jumaat membawa semangat baru kepada rakyat Perak


Salam Perjuangan…

Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar Perak Yang Mendapat Perkenan oleh DYMM Sultan Perak , hadir sama Tuanku Bainun serta Raja Muda Perak

Rampasan kuasa yang dilakukan oleh UMNO dan BN di Negeri Perak dengan diketuai oleh Najib Tun Razak sehingga ini berjaya melantik seorang yang didakwa sebagai menteri Besar yang baru, Zamry Abdul Kadir.

Sebentar tadi saya mendengar dari Perak FM menyiarkan secara langsung majlis angkat sumpah tersebut, tanpa mereka sedikit mengulas sedikit pun mengenai suasana kecoh dan tidak menentu di sekitar mesjid ubudiah.

Zamri dilaporkan dalam berita jam 4.30 petang, memaklum akan menimbulkan ketenangan di Negeri Perak,beliau mengakui sekarang kita menghadapi cabaran, dan memang kita ada masalah dan yakin dapat membetulkannya. Read the rest of this entry

“Pertahan Perak hingga titisan darah terakhir”


Salam Perjuangan…

“Kita akan mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat Perak sehingga ke titisan darah terakhir,” demikian penegasan Menteri Besar Perak Dato’ Seri Mohd Nizar Jamaludin di hadapan kira-kira 10,000 penyokongnya yang membanjiri kediaman rasmi malam tadi.

Beliau yang memberi ucapan yang berapi dan penuh semangat demi mempertahankan kerajaan rakyat daripada dirampas oleh kerajaan BN.

Nizar dalam ucapan penutupnya itu berjanji akan berjuang habis-habisan untuk merobohkan Umno dan BN yang telah membuat rakyat negeri ini huru-hara.

Beliau juga berkali-kali membuat penegasan tidak akan meletak jawatan Menteri Besar biarpun sudah mendapat arahan daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak. Read the rest of this entry

Rampas Perak, Najib seperti Zionis


Salam Perjuangan…

Tindakan Barisan Nasional yang diterajui Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Abdul Razak dalam merampas kerajaan negeri Perak ibarat Zionis,Israel.

Demikian ulas, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairudin sambil menegaskan, media pro Kerajaan Barisan Nasional (BN) sedang berusaha mengelirukan rakyat tentang situasi di Perak ketika ini.

Beliau ketika ditemui di majlis Tabung Dana Bela Palestin di Masjid Perda Permatang Pauh sebentar tadi membidas sikap kepimpinan BN khususnya Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak yang sengaja melakukan agenda tersembunyi untuk menggalakan suasana tegang.

Menurutnya, apa yang dititahkan oleh Sultan Perak semalam belum lagi diputuskan ekoran Kerajaan Pakatan Rakyat yang sedang berusaha bertemu Baginda Sultan bagi menerangkan keadaan sebenar untuk kali kedua. Read the rest of this entry

Surat Nizar kepada Sultan Perak


Salam Perjuangan…

Mengadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah Paduka Sultan Negeri Perak Darul Ridzuan Yang bersemayam di atas takhta Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan dengan beberapa amat kebesaran dan kemuliaannya.

Assalamualaikum

Ampuan Tuanku,

Dengan hormat dan takzimnya patik merafa’kan sembah dan berdoa kehadrat Allah Suhanahu Wata’ala, mudah-mudahan Duli Yang Maha mulia Tuanku sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kesejahteraan.

Ampuan Tuanku, Read the rest of this entry

MUTAKHIR Nizar bukan yang pertama enggan letak jawatan


Salam Perjuangan…

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bukan Menteri Besar atau Ketua Menteri pertama yang enggan meletak jawatan setelah tidak lagi mendapat sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam keadaan tertentu.

Dalam sejarah politik Malaysia, sebelum ini seorang Menteri Besar dan seorang Ketua Menteri yang enggan meletak jawatan.

Yang pertama Stephen Kalong Ningkan yang menjadi Ketua Menteri pertama Sarawak antara Julai 1963 dan September 1966.

Ningkan mungkin paling dikenali sebagai mencetuskan krisis perlembagaan pertama di negara ini apabila beliau enggan mengosongkan jawatan beliau setelah disingkirkan Yang Dipertua Negeri atau Gabenor Sarawak pada ketika itu. Read the rest of this entry

Rampasan Kuasa Di Perak, Ketua Pemuda PAS Arahkan Pemuda Seluruh Negara Supaya Datang Ke Ipoh Untuk Beri Sokongan !!


Salam Perjuangan…

Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub mengarahkan pemuda PAS di seluruh negara supaya datang ke Ipoh sebagai tanda sokongan kepada Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Muhamad Nizar Jamaluddin dan kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

Salahuddin berkata, selepas ini Pakatan Rakyat akan mengambil tindakan undang-undang bagi mengesahkan status tiga orang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) bebas di Mahkamah. Tiga Adun tersebut ialah, Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang).

Dalam pada itu, Pakatan Rakyat telah bermesyuarat di kediaman Menteri Besar yang membabitkan 28 Adun serta pimpinan tertinggi. Antaranya ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Lo’ Lo’ Ghazali, Ketua Muslimat PAS Pusat, Nuridah Salleh dan dua Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Tian Chua dan Elizebeth Wong. Read the rest of this entry

28 ADUN Pakatan pulau majlis angkat sumpah


Salam Perjuangan…

PENYOKONG Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hadir di ceramah khas di kediaman rasmi Menteri Besar malam ini

PENYOKONG Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hadir di ceramah khas di kediaman rasmi Menteri Besar malam ini

Kesemua 28 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini akan memulaukan majlis angkat sumpah Menteri Besar yang baru esok, kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Read the rest of this entry