Daily Archives: 13 Februari 2009

Kuasa Sulit Sultan?


Salam Perjuangan…

Terima kasih kepada Prof.Aziz Bari yang pakar itu kerana Sultan mempunyai kuasa sulit. Dalam konteks politik di Perak, maka Sultan menggunakan kuasa sulitnya jadi ia tidak boleh dipertikaikan.

Tulisan ini bukan bertujuan untuk mempertikaikannya, jauh dari memperkecilkannya. Kenyataan seperti ini tidak pernah didengar apatah lagi dihebohkan sedemikian rupa di media.

Selama ini sebagai rakyat marhaen, kita patuh dan taat kepada sistem undang-undang manusia yang mana Sultan adalah ketua pemimpin. Tetapi tidak terlintas Sultan mempunyai kuasa sulit sebegitu.

Dalam cerita melayu dulu-dulu, Sultan mempunyai kuasa sakti, ada berbagai-bagai bentuk samada melalui kerisnya atau melalui selimpangnya. Kuasa sakti itu pula diguna apabila berdepan dengan kesulitan. Read the rest of this entry

Siapakah yang patut insaf , Nizar atau Zambry ?


Salam Perjuangan…

Menteri Besar Perak kudeta, Zambry Abd. Kadir ketika diminta mengulas mengenai hasrat Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang mahu mengosongkan kediaman rasmi Menteri Besar tidak lama lagi. berkata ”Saya bersyukur kerana beliau telah sedar dan insaf. Saya mengalu-alukan tindakannya itu”.

Siapakah yang sepatutnya sedar dan insaf dalam perkara ini. Zamry yang memecah tradisi sebagai seorang yang berketurunan India yang pertama menjadi Menteri Besar di Perak. Sebetulnya dialah yang kena sedar dan Insaf kerana dengan cara kudeta dan rampasan kuasa paling kotor dalam sejarah politik Malaysia baru boleh dia menjadi Menteri Besar Perak.

Saya buka bermaksud untuk mengatakan orang berketurunan India tidak boleh menjadi MB Perak. Adakah sudah tidak ada Melayu yang layak dipilih sebagai MB Kudeta.Saya kasihan kepada Dato’ Ramly Zahari yang tidak dipilih sedangkan dialah Exco paling kanan di Zaman Tajol Rosli. Sudah 4 penggal dia jadi Exco. Read the rest of this entry

Umno guna ‘talian hayat’ istana, polis


Salam Perjuangan…

Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu menggangap ‘talian hayat’ Umno kini bergantung pada pasukan keselamatan dan pihak istana ketika membantu peristiwa rampasan kuasa Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

Tambah beliau, Umno sebenarnya takut berhadapan dengan realiti untuk bertanding dalam pilihan raya kecil di mana rakyat yang menjadi hakimnya.

Pakatan Rakyat seperti PAS, KeADILan dan DAP senantiasa menanti untuk bersemuka dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) bagi mengatakan yang hak untuk rakyat menilai yang mana betul dan yang mana dikatakan rakus, katanya.

“Tragedi yang melanda Kerajaan Perak minggu lalu adalah pintu untuk Umno menuju ajal sebenar dalam masa singkat. Read the rest of this entry

RM720,000.00 setahun ‘biayai’ tiga penasihat Perak


Salam Perjuangan…

“Jumlah tersebut termasuk gaji bulanan RM15,000, elaun percutian (RM20,000), sebuah kereta berserta pemandu, elaun bayaran bil bulanan (RM1,000), elaun pakaian bulanan (RM3,500) dan lesen untuk memiliki senjata api.”

“Bagi jumlah keseluruhannya, kerajaan negeri akan berbelanja sebanyak RM720,000 setiap tahun untuk membayar gaji dan elaun tiga penasihat tersebut.”

Demikian dinyatakan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming yang membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Menteri Besar Perak, Dato’ Dr Zamby Abd Kadir yang dituduh menyalahguna kuasanya dengan melantik tiga orang penasihat yang bertaraf exco. Read the rest of this entry