Daily Archives: 16 Februari 2009

Eli, jangan letak jawatan


Salam Perjuangan…

Inilah kenyataan demi kenyataan yang dibuat kepada YB Elizabeth Wong, Adun Bukit Lanjan, berikutan tersebarnya gambar beliau sedang tidur dalam keadaan kurang sopan.

Media mulai beberapa hari lalu menerima gambar-gambar ini. Yang menariknya, hanya media yang ada kaitan dengan parti-parti dalam BN yang menerima gambar ini.

Malam tadi, 15 Februari, Elizabeth membuat laporan polis di Balai Polis Petaling Jaya. Mengikut Datuk Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Selangor, kenyataan itu ringkas sahaja dan pihaknya akan mendapatkan kenyataan lebih lanjut dari Eli selepas ini.

Sebelum akhbar The Sun menyiarkan kisah ini, orang ramai tidak mengetahuinya. Namun selepas disiarkan muka depan hari ini dan laporan polis Eli pada malam tadi, semua pihak mula memperkatakannya. Read the rest of this entry

Abdullah diminta kekal jawatan PM sehingga PRU 13 – Nik Aziz


Salam Perjuangan…

Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi diminta mengekalkan jawatan sebagai Perdana Menteri selepas perhimpunan agung Umno Mac depan bagi mengelakkan politik negara terus menjadi kalut.

Ini kerana PAS melihat Dato’ Seri Najib Razak sudah terpalit dengan banyak isu dan kepemimpinannya semakin tidak dihormati rakyat di negara ini.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Abdullah usah mudah menyerah kalah kepada Najib biar pun pada perhimpunan agung Mac depan Presiden Umno sudah beralih kepada anggota parlimen Pekan itu.

“Kejadian penculikan tiga bekas Adun Pakatan Rakyat di Perak merupakan rancangan jahat Umno yang dikatakan turut melibatkan Najib. Ini kerana setelah menghilang diri beberapa hari mereka muncul bersama Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya. Read the rest of this entry

Patutkah Najib Meletak Jawatan Jika Gambar Beliau Sedang Mandi Tersebar?


Salam Perjuangan…

Malaysiakini melaporkan EXCO Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong, yang juga wakil rakyat Bukit Lanjan, membuat laporan di balai polis Damansara, Petaling Jaya kira-kira jam 11 malam tadi berkaitan gambar-gambarnya yang sedang tidur berbogel yang kini tersebar di internet dan MMS. Difahamkan foto-foto yang dirakam di atas sofa rumahnya itu diambil tanpa kebenarannya itu kemungkinan diambil oleh seorang bekas teman lelakinya.

Bagai mengantuk disorong bantal, Ketua pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo bingkas mendesak Elizabeth meletak jawatan EXCO dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan.

“Ini (tidur berbogel) adalah masalah moral. Dulu Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pun letak jawatan,” katanya kepada Malaysiakini.

Sama ada perbuatan Elizabeth tidur telanjang itu boleh digambarkan sebagai tidak bermoral bergantung kepada beberapa keadaan : Read the rest of this entry

Antara prinsip ketaatan dan prinsip musyawarah


Salam Perjuangan…

Ketika Ratu Balqis menerima sepucuk surat daripada Raja Sulaiman a.s, ratu itu telah bermesyuarat terlebih dahulu dengan mengumpulkan pendapat berhubung pendirian yang harus ditegakkan untuk mendepani seruan Tauhid oleh raja Bani Israel tersebut.

Ratu Balqis menyedari akan perihal kekuatan bala tentera Raja Sulaiman. Ratu telah mendengar kekuasaan dan kekuatan Raja Sulaiman itu bukan calang-calang. Bani Israel itu pernah ditakluk Jalut. Kemudian dibangkitkan Talut untuk mendepani Jalut.

Setelah itu, Jalut terbunuh oleh salah seorang tentera bernama Daud. Dan dengan kerana itulah Daud akhirnya diangkat sebagai raja yang bijaksana. Kini, anaknya Sulaiman telah mengambil takhta dan kedudukannya sebagai raja Bani Israel yang baru.

Ratu Balqis pernah mendengar kehebatan Daud. Baginda boleh melembutkan besi keras dengan tangannya. Tetapi, Daud juga gemar bersuluk sendirian menyanyikan lagu pujian kepada Tuhan dengan kitab Zabur (Mazmur).

Read the rest of this entry