Monthly Archives: Januari 2009

Terbongkar, Misi Rahsia Tersirat Atas Perlantikan Dato’ Najib Razak Sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak Yang Baru !!


Salam Perjuangan…

Perlantikan Najib Razak sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak yang baru nampaknya bakal menyaksikan satu perubahan drastik dalam politik di Perak. Ramai pihak yang sebelum ini menganggap perlantikan Najib bakal mempercepatkan lagi kehancuran UMNO Perak. Kini mereka semakin sangsi dengan isu perlantikan tersebut, walhal Najib dilihat gagal menyakinkan rakyat untuk menyokong UMNO dan Barisan Nasional berdasarkan kepada prestasi dua pilihanraya kecil di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu baru-baru ini. Namun, hakikatnya kita harus akui bahawa Najib mengambil alih jawatan itu dengan dua misi yang amat besar. Pertamanya, menumbangkan serta merampas negeri Perak dari Pakatan Rakyat dengan merasuah dan mengugut pemimpin-pemimpin tertentu. Manakala keduanya pula ialah membawa masuk semula mana-mana pemimpin UMNO yang didapati mula untuk menyokong dan berpihak kepada pembangkang termasuk juga ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim. Inilah dia dua agenda besar Najib yang gagal dilakukan oleh Tajol Rosli sebelum ini. Mengapa beliau percaya yang dirinya dapat melakukan semua ini. Kerana Najib adalah Menteri Kewangan sekarang, dan beliau juga bakal ditabalkan sebagai Perdana Menteri Mac ini. Lantaran itulah beliau terfikir bahawa limpahan kemewahan dan kewangan wajar ditaburkan kepada mana-mana ADUN Pakatan Rakyat dan BN yang mahu berhijrah. Tajol Rosli dilihat gagal kerana beliau tiada jawatan diperingkat pusat dan tidak boleh membuat keputusan berkaitan ekonomi dan kewangan sebelum ini. Maka itulah tugasan ini diberikan kepada Najib. Read the rest of this entry

Umno tidak setuju SPRM siasat pemimpin


Salam Perjuangan…

Walaupun tanpa isu dakwaan penderaan seorang pemimpin bahagian Umno sewaktu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Umno umumnya tidak bersetuju campur tangan badan itu dalam membanteras gejala politik wang dalam parti.

Pemuda Umno Padang Serai menyifatkan siasatan SPRM “tidak tepat pada masanya”, lebih-lebih lagi hampir dengan pemilihan parti, Mac ini.

Ketua Pemudanya Ismadi Abu Talib turut mempertikaikan tangkapan suruhanjaya itu terhadap sejumlah pemimpin Umno peringkat pertengahan baru-baru ini tetapi tidak menfokuskan pemimpin parti-parti lain.

“Tangkapan SPRM fokus pemimpin Umno sewaktu dekat dengan pemilihan, seolah-olah ahli Umno sahaja yang yang rasuah. Read the rest of this entry

Pemimpin UMNO Sapu RM 20 juta, Projek Jambatan Sultan Yahya Petra 2 Terbengkalai


Salam Perjuangan…

Gejala rasuah yang berlaku dikalangan pemimpin UMNO mengakibatkan kebocoran dan ketirisan berlaku dalam projek kerajaan.

Projek besar dan kecil ditipu oleh pemimpin UMNO menyebabkan ia menelan belanja lebih besar dari yang sepatutnya. Read the rest of this entry

Sistem Kouta Mungkin Dihapuskan?


Salam Perjuangan…

Majlis Tertinggi (MT) Umno telah membincangkan syor bagi membolehkan lebih tiga juta ahli parti itu secara langsung memilih barisan kepimpinan termasuk peringkat pusat kelak. Syor yang turut disentuh ialah menghapuskan sistem kuota yang diperkenalkan hampir dua dekad lalu.

Ia merupakan antara pelbagai syor dan saranan yang disentuh oleh MT malam kelmarin, hasil sesi retreat tahun lalu – susulan prestasi buruk Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-12 Mac lalu. Bagaimanapun MT tidak mengambil sebarang keputusan muktamad mengenai cadangan itu, sebaliknya perkara tersebut akan diteliti secara mendalam selepas perhimpunan agung dan pemilihan Mac ini.

Syor-syor itu yang dikemukakan pada mesyuarat itu, antara lain bertujuan menangani masalah gejala politik wang yang dilihat sebagai semakin serius selain mahu memperkukuhkan parti dari pelbagai sudut bagi menghadapi cabaran semasa dan masa depan. Read the rest of this entry

Kepimpinan : Amanah Yang Berat!


Salam Perjuangan…

Ketika Abu Zarr meminta Rasulullah SAW supaya meletakkan dirinya dalam barisan kepimpinan dan pentadbiran negara, Baginda lantas menyatakan bahawa Abu Zar memiliki kelemahan yang tidak melayakkannya untuk menjawat jawatan sebagai pentadbir negara. Baginda Rasulullah SAW mengingatkan bahawa jawatan sebenarnya amanah yang sangat berat dan amanah ini hanya akan menyebabkan kekesalan dan duka cita semata-mata, kecuali jika jawatan tersebut disandang oleh kalangan yang layak.

Pada ketika yang lain Rasulullah SAW melarang Abdur Rahman bin Samurah r.a daripada meminta-minta untuk menjadi pentadbir negara. Ini kerana penyandangan jawatan atas sebab permintaan adalah suatu tugas yang sukar untuk dilaksanakan. Sebaliknya jika jawatan tersebut disandang atas keperluan negara, tugasan tersebut merupakan sesuatu yang sifatnya lebih mudah untuk dilaksanakan dan ia juga akan menerima bantuan dalam pelaksanaan tugas tersebut. Read the rest of this entry

Mahathir Masih Berkuasa Di Malaysia?


Salam Perjuangan…

Jika anda merasakan Tun Mahathir sudah tidak berkuasa di Malaysia, anda mungkin silap. Biarpun beliau telah disekat di situ dan di sini, namun beliau bijak menggunakan segala ruang yang ada untuk menyalurkan pendapatnya kepada umum.

Dengan bantuan kumpulan blogger ‘tertentu’, pendapat beliau diperkemas dan dipanjangkan lagi agar ianya tampak seperti pendapat ‘perdana’ atas litar alternatif. Karisma dan legasi beliau masih lagi bertenaga seperti enjin lama yang disokong kuasa turbo. Setiap kali beliau menekan pedal ‘minyak’, pasukan Pak Lah terpaksa berhempas-pulas memintas kereta beliau.

Memang benar Tun sudah tidak memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan. Namun suaranya masih lagi didengar rakyat Malaysia dan pandangannya pula masih bisa melakar lanskap politik Malaysia. Read the rest of this entry

Jangan dipandang air mata yang mengalir Tapi pandanglah tangan yang melakukan


Salam Perjuangan…

Bukanlah satu perkara yang ajaib kalau kita dapati ada golongan yang cuba menyekat perlaksanaan Islam dari segenap aspek kehidupan dan cuba untuk memburukkannya dengan berbagai cara, tapi yang ajaibnya ada dikalangan orang muslim yang mempercayai dakwaan mereka kerana perbuatan itu menyalahi apa yang mereka ucapkan dalam pengakuan syahadah, wala’ atau kesetiaan yang mereka berikan kepada musuh Islam menyingkap kesesatan dan tipudaya yang mereka lalui, ramai pemimpin umat Islam berucap mengatakan kebaikan dan keelokan Islam, menangis dan berdukacita terhadap bala bencana yang menimpa umat Islam, mereka mendakwa telah melaksanakan syariat dan nilai-nilai Islam, tapi dalam masa yang sama penjara mereka dipenuhi oleh para pendakwah Islam, darah orang yang baik mengalir dengan murah dan ramai yang terpaksa berpisah dengan keluarga dan kampung halaman. Kita dapati juga mereka yang berucap: telah muncul di kalangan orang Islam mereka yang akan mengembalikan kegemilangan Islam.

Nabi Yaacob a.s tidak menerima air mata anak-anaknya sebagai bukti untuk membenarkan dakwaan mereka kerana kehilangan Yusuf a.s, ketika mereka datang waktu malam dalam keadaan menangis, Yusuf dimakan oleh serigala, bahkan Baginda juga tidak menerima darah dibaju Yusuf yang mereka bawa sebagai bukti. Read the rest of this entry

ADUN Bota : “Saya terbuka untuk disiasat”


Salam Perjuangan…

PETALING JAYA : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerusi Bota, Datuk Nasarudin Hashim berkata, beliau terbuka untuk disiasat oleh mana-mana pihak termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Niat saya adalah jelas dan pendirian yang menyertai (Parti Keadilan Rakyat) adalah untuk mencari platform baru untuk berkhidmat kepada rakyat.

“Tidak lebih daripada… bolah siasat, saya terbuka untuk siasatan,” kata beliau ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata, pihaknya akan menyiasat Nasarudin jika wujud elemen rasuah dalam keputusannya menyertai PKR dan Pakatan Rakyat. Read the rest of this entry

Lihat & Contohilah Pemerintahan Umar Al-Khattab r.a.


Salam Perjuangan…

Pemimpin adil lagi beriman amat dirindui.

Kita kerap kali menyebut berkenaan kehebatan Khalifah Umar bin Abd Aziz dalam pentadbirannya sebagai pemerintah, sehinggakan masarakat bukan Islam turut mengetahui berkenaannya serba sedikit lalu menjadikannya role model dalam ucapan-ucapannya, saya berharap agar ia bukan hanya terhenti setakat di dalam ucapan sahaja dalam tindakannya. Tidak dinafikan usaha ke arah itu dapat dilihat sedikit demi sedikit, tahniah.

Read the rest of this entry

Bala Atau Ujian, Muhasabah Dalam Hidup Mukmin


Salam Perjuangan…

Firman Allah swt dalam surah al-Syura ayat 30 maksudnya : “Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.”

Jika diperhatikan ayat di atas dengan cermat kita secara jujur akan dapat menangkap pesan-pesan moral ilahi dengan kesedaran bahawa Tuhan menimpakan azab dengan tujuan mengingatkan hambaNya yang selalu lalai.

Hakikatnya musibah yang berlaku ini begitu sulit untuk dihapuskan dari memori kolektif, bukan sahaja oleh penduduk di Palestin yang diserang zionis, tetapi oleh kita semua. Kesan serangan ini terlalu dahsyat hingga infrastruktur di negeri-negeri terlibat menjadi lumpuh.Trauma serangan yang berlaku belum selesai, tiba-tiba ia berterusan dengan lebih teruk berganda lebih dari yang dijangkakan. Read the rest of this entry