Monthly Archives: Januari 2010

Keistimewaan Wanita


Salam Perjuangan…

Oleh kerana wanita amat dimuliakan di dalam Islam, maka Allah memberi kepada mereka beberapa keistimewaan di antaranya :

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 orang lelaki soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubunhya. Read the rest of this entry

Antara Sabar Dan Mengeluh


Salam Perjuangan…

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.

“Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati.”

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, “Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini.”

Abu Hassan bertanya, “Bagaimana hal yang merisaukanmu?” Read the rest of this entry

Himpunan Menuntut “Royalti Minyak”


Salam Perjuangan…

Himpunan Bersama MB Kelantan


Salam Perjuangan…

Dunia Lelaki Yang Berbeza Dari Wanita


Salam Perjuangan…

“Seorang lelaki tidak sama dengan seorang wanita. Lelaki juga tidak akan menjadi wanita, dan begitulah sebaliknya. Ramai wanita menganggap lelaki sukar difahami, begitu jugalah pendapat lelaki. Berikut dinyatakan bebarapa sifat lelaki secara umum agar anda mudah memahami mereka:

Hidup lelaki lebih mudah

Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding dengan wanita. Kerana itu lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasa oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham. Tetapi, lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah, dan secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.

Bahasa lelaki adalah berlainan

Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanitasukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang lahir dari kata-katanya jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkan. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukan berbanding dari apa yang dikatakan. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata. Read the rest of this entry

Hak Asasi Manusia Di Malaysia Buruk


Salam Perjuangan…

Pemimpin Umno tetap mempertahankan bahawa mereka telah melakukan yang terbaik untuk rakyat tapi badan hak asasi manusia antarabangsa memandang yang sebaliknya.

Mereka menganggap pemimpin Umno-Bn yang perintah Malaysia masih bersikap zalim terhadap rakyat Malaysia, menekan -nekan pihak pembangkang yang tidak dapat kuasai kerajaan pusat dan tidak berlaku adil walaupun PM Najib cuba menonjolkan imej bersih pada peringkat awal beliau dilantik sebagai PM.

Pemimpin Umno boleh bohongi orang kampung tetapi mereka tidak dapat bohongi badan-badan antarabangsa yang menilai tahap pemerintahan Umno-Bn daripada perspektif yang tidak memihak. Kalau orang luar pandang kita tak bersih bolehkah kita kata kami tetap berlaku adil terhadap hak-hak asasi manusia di Malaysia? Read the rest of this entry

Sultan Johor Mangkat


Sultan Johor, Sultan Iskandar Al-Marhum Sultan Ismail mangkat di Hospital Pakar Puteri, jam 7.15 malam tadi.

Kemangkatan baginda diumumkan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman pada sidang akhbar, sebentar tadi.

Jenazah Al-Marhum Sultan Iskandar akan disemayamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah jam 2 petang esok.

Tengku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar, yang dilantik Pemangku Raja petang tadi, akan dimasyurkan sebagai Sultan Johor pada jam 1 petang di Istana Besar esok.

Esok juga diisytiharkan cuti umum untuk seluruh negeri dan Johor akan berkabung selama tujuh hari.

Terdahulu, Tegnku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail mengangkat sumpah sebagai Pemangku Raja selepas dilantik Jumaah Majlis Diraja Johor bagi menjalankan tugas Raja dalam satu majlis di Istana Besar, di sini petang tadi. Read the rest of this entry

Sayang Isteri-isteriku


Salam Perjuangan…

Aku seorang ahli perniagaan yang punya empat isteri. Pada kesempatan ini aku ingin bercerita tentang isteri-isteriku. Berminat? Ayuh, mari ikuti kisahku. Kumulakan dengan isteri yang paling kusayang. Siapa lagi, kalau bukan isteri yang keempat. Dia paling muda, paling bertenaga. Dialah isteri yang paling kucintai. Justeru dia sangat banyak membantuku. Kalau aku keletihan, dialah yang meyelesaikan segala kerja yang melibatkan tenaga. Dia macam tidak pernah keletihan. Oh, bertuah sungguh punya isteri muda yang kuat dan bertenaga. Dia adalah pujaanku yang sentiasa kujaga dan kudambakan kasihnya.

Isteriku yang ketiga tak kurang hebatnya. Di antara keempat-empat isteriku, dialah yang paling cantik. Wajahnya sangat memikat siapa sahaja yang melihat. Pandai berhias dan bergaul dalam majlis. Dialah yang selalu menemaniku ke majlis-majlis penting. Oh, bangga dalam hati…apabila memperkenalkannya kepada teman-teman. Muka dan tuturnya sangat manis kelihatan.

Isteriku yang kedua apa kurangnya. Walaupun tidak secantik dan bertenaga seperti ketiga dan keempat, dia punya akal yang cerdas. Sangat pandai dan pintar dalam menyelesaikan masalah. Oh, sungguh bertuah…jika aku buntu, dialah yang menjadi tempat rujukku. Ada sahaja buah fikiran dan jalan penyelesaian yang dia ketengahkan. Read the rest of this entry