Monthly Archives: Mac 2009

Datuk Seri Mohamad Nizar Dapat Cucu Pertama


Salam Perjuangan…

Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin sepatutnya mendapat cucu pertamanya 7 April ini iaitu pada hari membuang undi pilihan raya kecil Bukit Gantang.

Namun, belum sampai tarikh tersebut, pada jam 4.55 petang tadi anak perempuan sulongnya melahirkan anak pertamanya di Pusat Rawatan Ar-Ridzuan di Jalan Seruan Ipoh, Perak.

Ini bermakna, Haji Nizar calon PAS di Bukit Gantang itu memperolehi cucu sulongnya selepas dua hari beliau dicalonkan iaitu seminggu lebih awal dari tarikh yang sepatutnya iaitu 7 April nanti.

Anak sulong beliau, Nur Faatihah baru sahaja melahirkan seorang bayi perempuan jam 4.55 petang ini.

Read the rest of this entry

Haram Guna Isu Altantuya, Istana, Sultan Dalam PRK Bukit Gantang


Salam Perjuangan…

Dalam bukti paling jelas agensi persekutuan diheret ke kancah politik, polis kini dilaporkan melarang penceramah di Bukit Gantang mengulas isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang sering dikaitkan dengan Timbalan Perdana Menteri Najib Razak.

Selain isu Altantuya, penceramah juga dilarang menengahkan “sebarang keputusan yang dibuat oleh institusi raja” bersabit kemelut dua Menteri Besar Perak, Malaysiakini melaporkan.

Pembantu ADUN Sepetang, Tai Sing Ng diberikan senarai larangan tambahan itu ke atas penceramah untuk pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang pada 7 April.

Larangan itu sudah tentu akan mengekang usaha Pakatan Rakyat menjelaskan krisis perlembagaan dan rampasan kuasa yang membawa kepada kemelut politik paling buruk dalam sejarah Perak. Read the rest of this entry

Kenaikan Tariff Air : Selangor Mungkin Ambil Tindakan Undang- Undang


Salam Perjuangan…

Kerajaan Negeri Selangor menimbang mengambil tindakan undang-undang jika Kerajaan Persekutuan masih berkeras membenarkan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) terus beroperasi dan bersetuju menaikkan harga air sehingga 31 peratus.

Cadangan untuk kenaikan tariff air itu akan dikemukakan oleh Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi untuk diperinchi oleh Jemaah Menteri pada mesyuarat minggunannya esok.

Menurut kenyataan Pejabat Menteri Besar Selangor, kerajaan negeri tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan undang-undang bagi melindungi pengguna daripada dibebankan dengan kenaikan harga air.

Malah, Kerajaan Selangor berpendapat Syabas tidak layak diberikan lesen kerana ia gagal mencapai prestasi memberangsangkan sebagaimana dikehendaki mengikut Akta Perkhidmatan Industri Air 2006. Read the rest of this entry

“Umno berubah dari kurang baik kepada teruk”


Salam Perjuangan…

Umno hanya berubah daripada pemimpin yang kurang baik kepada yang lebih teruk, tegas Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato’ Dr Haron Din.

Perubahan yang diuar-uarkan oleh pemimpin Umno selepas pemilihan parti itu baru-baru ini tegas beliau tidak berlaku sebaliknya pelbagai masalah sedang dihadapi kesan dari keputusan pemilihan tersebut.

“Apa yang berubah kalau pemimpin yang disahkan oleh Lembaga Displin Umno sendiri pun masih boleh menang dalam merebut jawatan Ketua Pemuda Umno.

“Perubahan yang mereka gembar gemburkan itu hanyalah semata-mata untuk menutup pergolakan yang sedang berlaku dalam Umno,” tegas beliau. Read the rest of this entry

AMK kesan Banyak Kes Pengundi Hantu Di Bukit Selambau


Salam Perjuangan…

Fenomena pengundi hantu menular sekali lagi pada pilihanraya kecil Bukit Selambau, Kedah.

Angkatan Muda Keadilan mengesan 63 peratus pengundi di satu kawasan perumahan sebenarnya pengundi hantu dari beberapa negeri lain.

Timbalan Ketua AMK Fariz Musa berkata Sistem Menang Pilihanraya (Sismep) PKR mengenalpasti 76 buah rumah di Taman Bandar Baru, Sungai Lalang menempatkan 16 hingga 60 pengundi hantu.

“Di lokaliti Taman Bandar Baru yang mempunyai 3544 penduduk, sebanyak 2, 215 daripada pengundi di kawasan ini adalah pengundi ragu, atau lebih dikenali pengundi hantu,” kata Fariz.

Read the rest of this entry

Kes ADUN lompat didengar pada hari ini


Salam Perjuangan…

IPOH : Kes saman mengenai 3 orang ADUN Lompat yang dikemukakan oleh Speaker Kerajaan Negeri, V. Sivakumar sedang dibicarakan dalam kamar hakim di IPOH. sementara itu ketiga pihak itu juga telah mengfailkan sebelum ini bahawa status mereka masih lagi sah sebagai ADUN di kawasan masing-masing.

Kes itu telah didengar sejak pagi tadi dan saya menerima berita dari pembantu Sivakumar memaklumkan perbicaraan dikamar hakin di sambung lagi pada petang ini.

Setakat ini belum ada apa-apa keputusan yang diputuskan oleh hakim. – Idhamlim

Fatwa Mengundi


Salam Perjuangan…

Mengundi Serupa Dengan Memberi Kesaksian

Menurut ulamak terkenal masa kini, Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Islam menganggap penyertaan seseorang dalam pilihan raya dan pungutan suara serupa dengan memberi kesaksian bahawa calon yang dipilih adalah baik. Pada pandangan beliau lagi, sesiapa yang memberikan undian/suaranya kepada seorang calon kerana alasan kerabat dekat, atau sekampung, atau kerana berharap dapat mengambil manfaat bila calon itu terpilih nanti, maka dia telah menentang firman Allah di dalam surah at-Talaq, ayat ke 2 yang bermaksud,

‘Dan hendaklah kalian dirikan kesaksian itu kerana Allah’.

Read the rest of this entry

Lelaki Yang Hebat


Salam Perjuangan…

Seorang lelaki telah berumahtangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.

Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, dia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan takziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

Read the rest of this entry

Bahayanya bila isu perkauman dijaja di Bukit Gantang


Salam Perjuangan…

Siapakah di belakang penempatan penyokong parti-parti yang bertanding di Bukit Gantang Ahad semalam (29 Mac) kini menarik perhatian pelbagai pihak. Ini kerana, meletakkan penyokong Pakatan Rakyat di bukit umpama meletakkan pasukan pemanah di Bukit Uhud dalam sejarah Islam yang terkenal itu.

Ekoran kedudukan yang strategik, di mana-mana sahaja dalam blog atau laman web, gambar para penyokong Pakatan Rakyat di hari penamaan calon Bukit Gantang menarik perhatian. Ini kerana kedudukan yang baik menyebabkan ia jelas kelihatan dan nampak ramai pula.

Oleh kerana penyokong BN berada di bawah bukit, maka ia tidak kelihatan. Dan yang terlebih penting lagi memang jelas, para para penyokong Pakatan Rakyat jauh lebih ramai. Ia diakui oleh Timbalan Presiden Umno yang baru, Tan Sri Muhyidin Yasin apabila berkata, jumlah kedatangan penyokong tidak penting yang penting adalah pengundi. Read the rest of this entry

Shahrir Abdul Samad Lebih Bermaruah Dari Umno


Salam Perjuangan…

Setelah tewas dalam pemilihan agung Umno semalam, Datuk Shahrir Abdul Samad akan mengemukakan surat peletakan jawatannya sebagai menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna, Rabu ini.

Alasan beliau adalah kerana “Ini adalah prinsipnya berparti dan sekiranya tidak dapat sokongan di kalangan perwakilan untuk menjadi anggota MT, perlu sanggup berundur dari jawatan menteri,”.

Shahrir merupakan seorang yang berperinsip, tapi sayangnya dia berada dalam Umno. Tapi dia akan menjadi menjadi contoh kepada rakyat Malaysia untuk menilai mana pemimpin yang baik atau tidak. Read the rest of this entry