Daily Archives: 1 Mac 2009

Kenyataan SU Dewan atau kenyataan siapa ?


Salam Perjuangan…

Setiausaha Dewan Negeri Perak, Abdullah Antong Sabri dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini berkata, cadangan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak, V. Sivakumar untuk memanggil satu sidang tergempar dewan itu pada Selasa ini adalah tidak sah.

Ia tidak boleh diadakan kerana tidak mendapat perkenan Sultan Perak berdasarkan Perintah Tetap Dewan Negeri serta Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Pada pandangan saya kalau inilah yang dikatakan kenyataan dari SU Dewan ianya adalah satu kekeliruan dan mustahil boleh berlaku melainkan kenyataan ini adalah kenyataan yang mengkambing hitamkan SU Dewan.

Semua langkah yang diambil jelas tidak menyalahi peraturan dewan dan undang-undang tubuh kerajaan negeri itulah yang saya ketahui, cuma ada usaha untuk mengagalkan sidang ini oleh Penasihat Undang-undang kerajaan negeri. Read the rest of this entry

Sudah Tiba Saat Zambry Menentukan Jantinanya


Salam Perjuangan…

Krisis perlembagaan Perak semakin gawat apabila Jawatankuasa Kira-Kira Wang Perak (PAC) akan memanggil Menteri Besar dan mantan Menteri Besar untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan penggunaan wang kerajaan sepanjang krisis politik di negeri itu. Demikian menurut berita yang dipetik dari Malaysiakini.

Selain Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, PAC turut memanggil barisan exco mereka untuk memberi keterangan pada mesyuarat khas yang akan diadakan pada pukul 4 petang, 5 Mac ini.

Pengerusi PAC Wong Kah Woh berkata PAC boleh mengeluarkan arahan untuk waran tangkap terhadap individu yang enggan hadir, lapor Bernama. Katanya, PAC yang mengadakan mesyuarat di bilik mesyuarat kewangan negeri di Ipoh kelmarin memutuskan terdapat dua perkara sepanjang krisis kerajaan negeri yang perlu ditangani segera iaitu berkaitan pelantikan tiga penasihat menteri mesar baru dan ketua penerangan kerajaan negeri. Read the rest of this entry

Ajar BN-Umno di peti undi


Salam Perjuangan…

Rakyat disaran menggunakan ‘bahasa undi’ untuk mengajar pimpinan Melayu yang ‘membunuh’ bahasa ibundanya (Melayu) sendiri demi menyelamat bangsa dan bahasa dari kepupusan.

Sasterawan Negara, Dato’ A Samad Said, 76, berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penerangan Isu Pengajaran Pembelajaran Sains & Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di pekarangan Surau Tuan Guru Zainal Abidin, Sura Gate, Dungun, kelmarin.

Katanya, pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) hanya boleh diajar dengan kuasa undi dalam pilihan raya.

“Saya menyarankan jika kita (rakyat) sayangkan bahasa kita. Jika mahu bahasa (Melayu) kita dilanjutkan dan dilestarikan. Gunakanlah undi anda (kita), gunakan undi anda. Read the rest of this entry

YDP PAS Tumpat Kembali Ke Rahmatullah


Salam Perjuangan…

Yang Dipertua PAS Tumpat, Ustaz Wan Jamil Wan Mahmood, 63 meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian kira-kira jam 1 pagi kelmarin.

Beliau dirawat di hospital berkenaan sejak lebih sebulan lalu akibat jangkitan kuman di bahagian buah pinggang.

Sebelum ini Allahyarham yang juga mantan anggota Parlimen Tumpat sudah beberapa kali dirawat di hospital tersebut sejak tahun lalu.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Arniwati Sabirin merupakan anggota jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Kelantan. Read the rest of this entry

Perhimpunan Raksasa 100 Ribu


Salam Perjuangan…

Wasiat ke-7 Al-Banna, elakkan bercakap nyaring


Salam Perjuangan…

Jangan bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kita. Demikianlah antara wasiat Imam Hasan al-Banna.

Percakapan yang nyaring dan kuat banyak mengundang masalah seperti mengundang kemarahan orang dan menyuburkan takbur di hati para penceramah dan pendakwah itu sendiri.

Dalam hal ini, seorang bapa yang bijaksana, Luqman al-Hakim menasihatkan anak-anaknya sebagai berikut :-

“Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.” [Luqman: 19] Read the rest of this entry

Takziah buat Dato Seri Hj. Nizar & keluarga


Salam Perjuangan…

Dimaklumkan bahwa Ibu Mertua YAB Menteri Besar Perak Dato’ Seri Ir Nizar telah kembali ke rahmatullah pada jam 10:00 malam tadi di rumah anaknya di Jalan Damai, Tapah.

Jenazah akan disembahyangkan pada jam 11.00 pagi ini di Masjid Jamek Daerah Tapah.

Al- Fatihah….

Langkah sumbang Khir Toyo


Salam Perjuangan…

HANYA semata-mata mahu mengaut politik murahan untuk mendapat sokongan perwakilan pemuda dalam perebutan jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Dato’ Seri Mohamad Khir Toyo cuba berlagak hero.

Tetapi malangnya langkahnya sumbang. Khir mahu menjadi jaguh, untuk memerangi rasuah dan penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Khir sebenarnya hanyalah seorang jaguh kampung yang desprado. Menghentam Pakatan Rakyat secara semberono, hasil maklumat juak-juak Umno yang masih berjawatan dalam kerajaan dan anak-anak sytarikat kerajaan negeri Selangor.

Khir tidak layak menjuarai isu-isu rasuah kerana sepanjang dua penggal pemerintahannya beliau dipalitkan dengan puluhan tuduhan kes-kes rasuah di Selangor. Read the rest of this entry

Kalau Speaker salah kenapa cuma ada penafian saja ?


Salam Perjuangan…

Di Taiping, Zambry terus mendakwa tindakan Sivakumar sekali ini bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri dan peraturan Perintah Tetap persidangan itu.

Katanya terdapat peruntukan peraturan yang terkandung dalam Perintah Tetap dewan yang jelas menunjukkan sebarang persidangan yang mahu diadakan di DUN hendaklah mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah terlebih dahulu.

Dakwa ‘Cerita karut’

“Dia (Speaker) boleh kata dan baca ikut Perintah Tetap (perkara) 8, 11. Cuba dia baca betul-betul dan lihat pula Perintah Tetap (perkara) 36, baca dan sebagainya. Ini tidak, dia ikut suka hati dia saja.Dakwanya. Read the rest of this entry

PAC Perak panggil Zambry, Nizar dan Exco


Salam Perjuangan…

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Perak (PAC) akan memanggil menteri besar dan menteri besar kudeta untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan penggunaan wang kerajaan sepanjang krisis politik di negeri itu.

Selain Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, PAC turut memanggil barisan exco mereka untuk memberi keterangan pada mesyuarat khas yang akan diadakan pada pukul 4 petang, 5 Mac ini.

Pengerusi PAC Wong Kah Woh berkata PAC boleh mengeluarkan arahan untuk waran tangkap terhadap individu yang enggan hadir, lapor Bernama.

Katanya, PAC yang mengadakan mesyuarat di bilik mesyuarat kewangan negeri di Ipoh kelmarin memutuskan terdapat dua perkara sepanjang krisis kerajaan negeri yang perlu ditangani segera iaitu berkaitan pelantikan tiga penasihat menteri besar kudeta dan ketua penerangan kerajaan negeri. Read the rest of this entry