Monthly Archives: September 2008

Siapa PM Yang Lebih Baik ?


Salam Syawal…

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul sebagai pilihan popular untuk menjadi perdana menteri, diikuti oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, demikian menurut hasil tinjauan pendapat oleh Merdeka Center.

Hasil tinjauan tersebut menunjukkan 40 peratus memilih Anwar manakala Najib memperolehi 34 peratus. Manakala satu perempat responden tidak dapat memilih atau yakin dengan kedua-dua calon tersebut.

Dalam soalan berasingan, 39 peratus bersetuju Najib boleh menjadi perdana menteri hyang baik, manakala 44 peratus lagi tidak bersetuju.

Ini dianggap sebagai satu berita baik untuk timbalan perdana menteri itu walaupun ketinggalan di belakang Anwar kerana peratusan penerimaannya sebagai perdana menteri telah meningkat lima peratus berbanding dengan tinjauan pendapat Julai lalu. Manakala peratusan untuk Anwar pula turun tiga peratus.

Ketika dihubungi, pengarah eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffin berkata ini adalah kali pertama mereka membandingkan Anwar dengan Najib.

Read the rest of this entry

Aidil Fitri Hari Kemenangan Dan Kesyukuran


Salam Syawal…

Kedatangan satu Syawal adalah saat yang dinanti-nantikan oleh umat Islam setelah sebulan melalui ujian Allah S.W.T. Melalui segala rintangan agar dapat merasai keperitan hidup insan yang kurang bernasib baik. Satu Syawal adalah natijah untuk kita melahirkan kesyukuran di atas segala kesempurnaan melalui ujian Allah itu.

Elok diterangkan serba sedikit sejarah bermulanya hari raya dalam syariat Islam sebelum membicarakan tata susila amalan menghidupkan Aidil Fitri ini.

Mengikut catatan yang muktabar, hari raya yang kita raikan kini telah disyariatkan oleh Islam secara sempurna sejak tahun kedua hijrah Rasulullah s.a.w. ke Madinah Al-Munawarah.

Di peringkat awal kedatangan Islam, masyarakat ketika itu sama ada sudah memeluk Islam atau tidak mempunyai hari perayaan dan kebesaran yang dinamakan “nairuuz” dan “mahrajan”. Kedua-dua hari perayaan ini disambut dengan mengadakan majlis suka ria.

Rasulullah s.a.w. sebagai pemimpin agung dan pembawa rahmat sekelian alam tidak mengambil tindakan yang boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak untuk mengubah tradisi ini. Baginda sebaliknya melakukan penelitian dan kemudian bersabda ; “Sesungguhnya Allah telah menggantikan dua hari raya itu dengan dua hari raya yang lebih baik dan kedua-duanya itu ialah hari raya Aidilfitri dan hari raya Aidiladha.”

Masyarakat ketika itu tidak membantah apa yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya itu.

Read the rest of this entry

Amalan Sunnah Sempena Aidilfitri


Salam Syawal…

Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah serta agama paling sempurna.

Firman Allah S.W.T ; “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redha Islam itu menjadi agamamu.”

Surah al-Maaidah : 3

Kesempurnaan Islam itu terserlah apabila ia mampu menangani segala permasalahan manusia secara menyeluruh. Islam telah membicarakan isu-isu bersifat global seperti sistem ekonomi, sistem pemerintahan malah ia juga membicarakan sekecil-kecil perkaraseperti adab masuk ke tandas dan beristinjak. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya Islam juga telah memberikan garis panduan berkaitan tatacara menyambut hari-hari kebesarannya seperti hari raya Aidilfitri ini.

Adalah penting bagi kita untuk sentiasa menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai petunjuk dalam mengendalikan upacara sambutan Aidilfitri kerana inilah masa untuk kita semua membuktikan bahawa kita benar-benar telah menjadi seorang insan yang bertakwa setelah melalui bulan Ramadan kerana padanya terdapat ibadah puasa yang berupaya membentuk golongan muttaqin(orang yang bertakwa). Justeru itu, ada baiknya sekiranya kita mengetahui apakah amalan-amalan yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w. sempena menyambutketibaan hari lebaran Aidilfitri ini.

Read the rest of this entry

Nujum Pak Belalang


Salam Ramadhan…

Soalan 1 :

Tukang Soal : ‘Di dalam baju hamba, ada sebatang kayu yang telah dipilih,bagaimanakah kita mahu tahu yang mana UMNO dan yang mana PAS..??’

Ahli Nujum Negara : ‘Mintak pada hamba..!! Apabila sebatang kayu diletakkan di dalam air, yang condong ke bawah itulah UMNO dan yang menegak ke atas itulah PAS..’

Tukang Soal : ‘Sebabnya… !!??’

Ahli Nujum Negara : ‘Sebabnya… Kita pun telah tahu sekarang ini parti UMNO hampir tenggelam manakala PAS makin tinggi kedudukannya. ..

Soalan 2

Tukang Soal : ‘Dua ekor anak itik yang baru menetas, yang manakah UMNO dan yang manakah PAS..??

Ahli Nujum Negara : ‘Ini senang saja, kita letakkan kedua anak itik ke dalam bekas berisi air, yang mengejar itulah PAS dan yang lari itulah UMNO..

Tukang Soal : ‘Sebabnya… !!??

Ahli Nujum Negara : ‘Sebab di dalam negara kita, musuh PAS hanyalah UMNO yang patut kita kejar.. Bukan Parti Amanat Bangsa di Indonesia atau Parti Rak Tai di Thailand..!!!

Read the rest of this entry

Tertekan : Pemilihan UMNO Ditangguhkan Hingga Mac


Salam Ramadhan…

Majlis Tertinggi Umno memutuskan hari ini untuk menangguhkan perhimpunan agung serta pemilihan parti dari Disember ke Mac tahun depan.

Penundaan ini bertujuan memastikan proses peralihan kuasa berjalan lebih awal.

Ia dilihat sebagai usaha mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan kuasa kepada Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tempoh enam bulan.

Sebelum ini, Abdullah – dalam pelan peralihan kuasanya – bersetuju untuk menyerah kuasa kepada Najib pada pertengahan 2010.

Bagaimanapun, pemimpin akar umbi Umno tidak sekata mengenai tarikh tersebut dan ramai yang mendesak supaya tarikh itu dipercepatkan lagi.

Abdullah yang juga presiden Umno bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang peralihan kuasa.

“Apa juga yang diperlukan, peraturan-peraturan, apa yang hendak saya laksanakan nanti, apa juga, akan diputuskan (bersama) antara saya dan (timbalan presiden) Datuk Seri Najib (Razak),” katanya.

Pemilihan pucuk pimpinan Umno sebelum ini dijadualkan pada 16 hingga 21 Disember depan.

Abdullah turut menafikan mendapat tekanan suapaya peralihan kuasa itu disegerakan, sebaliknya perkara itu, menurutnya, “berkaitan dengan kerjanya” sebagai presiden Umno.

Read the rest of this entry

Ku Li : Ganti Kuasa PM – Najib Macam Budak-budak


Salam Ramadhan…

Tengku Razaleigh Hamzah, yang berminat merebut kerusi presiden Umno, menyifatkan pelan peralihan kuasa terbaru antara dua pemimpin tertinggi parti itu sebagai “permainan budak-budak yang tidak habis-habis berebut barang kau dan aku”.

“Sekarang kita sedar Malaysia menjadi negara yang mempunyai prasarana Dunia Pertama dan politik Dunia Ketiga, dengan para pemimpinnya menjadikan negara ini republik pisang,” katanya, mengutip kenyataan perdana menteri yang pernah menggesa rakyat mempunyai “mentaliti kelas pertama” dengan kemudahan infrastruktur kelas pertama.

“Republik pisang” merupakan istilah sindiran, asalnya merujuk kepada perkembangan di Amerikan Latin, kepada negara yang kurang stabil dan mundur yang dikuasai oleh segelintir elit yang korup, kaya dan pentingkan diri sendiri.

Tengku Razaleigh juga mendakwa dua pemimpin negara itu terlalu ghairah dengan perebutan kuasa sehingga mengabaikan aspek perundangan dan kerosakan yang ditimbulkan mereka ke atas negara ini.

“Bukannya menumpukan pada perancangan ekonomi negara atau sebarang reformasi, sebaliknya apa yang kepemimpinan Umno berikan kepada kita sejak (pilihanraya umum) 8 Mac hanyalah pelan peralihan kuasa yang direka untuk menyelamatkan dua orang daripada serba salah menghadapi pemilihan (Umno),” katanya, dalam satu kenyataan pendek tetapi pedas.

Read the rest of this entry

Jangan Bangga Diri


Salam Ramadhan…

Diceritakan orang pada suatu ketika dahulu terdapat seorang professor yang tersangatlah pandainya dalam hal ilmu-ilmu sains duniawi. Pada suatu hari professor tersebut teringin membuat satu kajian masyarakat di pendalaman yang tinggal di tepi sungai. Maka si professor tadi menyewa sebuah sampan untuk ke hulu sungai.

Sepanjang perjalanan memudiki sungai si professor terpesona dengan keindahan alam serta kekayaan flora dan fauna di bumi Malaysia Boleh ini. Si Professor bertanya kepada pak cik pendayung sampan ; “Apa yang pak cik tahu tentang ilmu botani ?” Lalu pak cik itu menjawab ; “entah la nak, pak cik tak sekolah.” Professor berkata lagi ; “Kalau begitu pak cik telah kehilangan 10% dari hidup pak cik kerana tak tahu ilmu botani.” Professor bertanya lagi ; “Apa yang pak cik tahu tentang zoologi ?” PAk cik itu menjawab ; “Entahlah, pak cik tak sekolah.” Professor mengulas lagi ; “Pak cik kehilangan 10% lagi dari hidup pak cik kerana tak tahu zoologi.”

Sedang professor memerhatikan flora dan fauna, si pakcik bertanya ; “Professor tahu berenang ?” Professor tu jawab ; “Tak tahu, saya tak ada masa nak belajar berenang.” Lalu pak cik itu mengulas ; “Professor akan kehilangan 100% hidup professor kerana sampan ini bocor dan kita tak sempat sampai ke tebing.”

WalLahua’lam.

Minyak Turun 10 Sen Mengecewakan Rakyat


Salam Ramadhan…

Hari ini kerajaan pimpinan BN telah mengumumkan penurunan harga petrol dan diesel 10 sen mulai esok, masing-masing kepada RM2.45 dan RM2.40 seliter, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau berkata dengan penurunan itu, harga runcit petrol RON92 pula akan menjadi RM2.30 seliter berbanding RM2.40 seliter sebelumnya.

Hal ini amat mengecewakan rakyat jelata. Apa yang diharapkan oleh rakyat seboleh-bolehnya harga minyak kembali kepada harga asal sebelum kenaikan baru-baru ini.

Jelas sekali hal ini amat mengecewakan rakyat bahkan bakal menaikkan kemarahan rakyat yang selama ini masih boleh bertahan dengan karenah kerajaan pimpinan BN. Kerajaan sepatutnya menimbang kembali penurunan minyak yang di buat ini kerana hasil penurunan harga minyak 15 sen dahulu pun harga barang masih belum turun lagi hasil dari kenaikan minyak dulu.

Kalau sekadar 10 sen, dapatkah kerjaan jamin harga barang pasti akan turun. Pikir-pikirkan bersama.

Bocor Info MT UMNO Satu Petanda


Salam Ramadhan…

Muhammad Muhd Taib menyifatkan anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno yang membocorkan sebarang maklumat perbincangan tertutup majlis itu sebagai “petualang”, lapor Bernama.

Bagi saya pembelot dalam Majlis Tertinggi (MT) UMNO itu tidak dapat lari kerana sudah ada yang sudah meluat / insaf dengan perjuangan mereka selama ini. Kalau kita mengimbau sirah nabi Musa a.s. seorang MT Firaun telah datang kepada nabi Musa supaya baginda melarikan diri kerana Firaun telah mengeluarkan perintah supaya membunuh baginda.

Tindakan yang dibuat oleh MT Firaun itu dapat menyelamatkan nabi Musa a.s. daripada ditangkap. Begitu juga dengan maklumat dari MT UMNO dapat membantu gerakan Islam di Malaysia dan dapat menyedarkan rakyat tentang apa yang berlaku dalam UMNO iyu sendiri.

Pak Lah patut sedar bahawa UMNO sekarang ini sudah dipenghujung usia, dah tak larat nak kendong negara Malaysia ini. Sebab itulah berlaku banyak kekecohan / perpecahan dalam itu sendiri. Bahkan sekarang ini banyak ahli-ahli UMNO begitu juga dengan ahli MT sudah berani memprotes Presiden mereka iaitu Pak Lah. Jauh sekali bezanya semasa pemerintahan di bawah Dr. Mathir.

Minta-minta / berdoalah supaya Allah mempercepatkan peralihan kuasa daripada BN kepada Pakatan Rakyat (PR). Dapatlah dibukti betul atau tidak yang selama ini diwar-warkan oleh pimpinan UMNO, hanya BN sahaja yang dapat memerintah Malaysia ini. Syirik sungguh pimpinan ini, hingga dapat menentukan sama ada layak atau tidak layak sesebuah parti itu memerintah Malaysia ini. Nampaknya mereka ini lebih hebat daripada Allah S.W.T.

Petisyen Umno bagi Dun Ladang ditolak


Salam Ramadhan…

KUALA TERENGGANU, 22 Sept (Hrkh) – Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini, menolak petisyen pilihan raya oleh Umno Terengganu yang memohon pemeriksaan rapi dan pengiraan undi pos bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Ladang.

Bernama melaporkan, keputusan itu dibacakan oleh Hakim Dato’ Ramly Ali berikutan kegagalan pempetisyen mengemukakan bukti munasabah berhubung dakwaan bahawa kerani Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak melaksanakan tugas dalam mengendalikan kertas undi pos tersebut.

“Setelah menimbang semua keterangan, pempetisyen gagal membuktikan petisyen (yang memohon pemeriksaan rapi dan pengiraan undi pos). Dengan ini petisyen (Umno Terengganu) ditolak,” katanya.

Pada 28 April lepas, Umno Terengganu memfailkan petisyen memohon pemeriksaan semula dilakukan terhadap 127 undi pos bagi Dun Ladang yang ditolak SPR pada hari pengundian 8 Mac lepas.

Petisyen tersebut dikemukakan oleh Ketua Umno Cawangan Lorong Kemunting, Mahari Endut yang menamakan tiga pihak iaitu Pegawai Pengurusan Pilihan Raya bagi Parlimen Kuala Terengganu, Dato’ Md Razali Kassim, SPR dan Anggota Dewan Undangan Negeri Ladang, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar sebagai responden.

Mahari diwakili oleh barisan peguam diketuai Dato’ Muhammad Shafee Abdullah manakala Peguam Kanan Persekutuan, Dato’ Kamaluddin Mohd Said mewakili SPR dan Tengku Hassan pula diwakili peguam Dato’ Wan Abdul Muttalib Embong.

Read the rest of this entry