Monthly Archives: Februari 2011

Pengarah SPR Pahang Meninggal Dunia


Pengarah Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) Pahang, Datuk Ismail Mohd Yusoff meninggal dunia di Hospital Sultan Ahmad Shah di sini petang Isnin kerana serangan jantung.

Pegawai pengurus pilihan raya kecil Kerdau, Datuk Tarif Abdul Rahman berkata, Ismail, 57, yang meninggal dunia pada pukul 3.15 petang, dimasukkan ke hospital itu pagi tadi.

Beliau berada di sini bagi melihat persiapan pilihan raya kecil Kerdau yangakan diadakan Ahad ini, yang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Syed Ibrahim Syed Ahmad dan calon PAS, Hassanuddin Salim.

DUN Kerdau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim daripada BN akibat penyakit jantung pada 12 Feb lepas. – BERNAMA

PRK Merlimau : UMNO / BN Hina Tok Guru & Anwar Ibrahim


Salam Perjuangan…

Proses penamaan calon di DUN Merlimau selesai. Tapi banyak provokasi yang dibuat oleh pihak BN / UMNO tidak diambil tindakan langsung oleh pihak berkuasa. Misal contohnya gambar Tuan Guru Dato’ Mursyidul Am Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim (gambar di bawah) dengan menunjukkan mereka sedang meliwat. Apakah ini bentuk kempen yang akan di bawa oleh BN di DUN Merlimau nanti.

Kalau itulah yang menjadi taruhan / bentuk kempen untuk merai simpati rakyat untuk mengundi BN, maka sesuailah dengan Islam Sederhana yang dicanang Najib. Semoga Allah SWT melaknati mereka yang menghina Tuan Guru Dato’ Mursyidul Am PAS.

Lihat betapa kurang hajarnya penyokong UMNO / BN menghina Tuan Guru Dato' Mursyidul Am PAS dengan melakar gambar Tok Guru diliwat Anwar. Ihsan TPU

Read the rest of this entry

Seminar Mahasiswa Mahasiswi Mesir


Kelantan : Kualiah Perdana, Medan Ilmu


Husam Musa : Mualid Nabi Muhammad SAW


UMNO yang menjahanamkan Melayu & Islam – YB Saifuddin Nasution


Husam Musa : Tragedi di Pengkalan Kubor


Isu Bazar Tok Guru – YB Nik Amar


Siapa Yang Mengkafirkan Umno?


Kelantan : Apa Itu ‘Skim Gerbang Az-Ziwaaj?


Apa itu ‘Skim Gerbang Az-Ziwaaj?

“Skim Gerbang Az-Ziwaaj adalah satu skim / saguhati khas kepada Pasangan Pengantin baru yang telah diluluskan oleh pihak Kerajaan Negeri.

 

Apakah Objektif Skim Gerbang Az-Ziwaaj?

Menjaga kebajikan rakyat, meringankan beban kewangan dan mengelak daripada terjebak dengan gejala sosial.

 

Apakah bentuk pemberian yang diberikan oleh Kerajaan Negeri?

Wang tunai bernilai Ringgit Malaysia : Satu Ribu Sahaja (RM1,000.00) dalam bentuk cek (atas nama calon) diberikan kepada calon yang layak berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.

Read the rest of this entry