Monthly Archives: Mei 2009

Penamaan Calon 6 Julai Pilihanraya 14 Julai


Salam Perjuangan…

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan akan diadakan pada 14 Julai 2009, manakala hari penamaan calon ditetapkan pada 6 Julai 2009.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu pejabat SPR, sebentar tadi.

Kekosongan kerusi DUN itu berlaku berikutan kematian penyandangnya, Ismail Yaacob, Jumaat lalu.

Seramai 12,293 pemilih termasuk 25 pemilih pos dijangka membuang undi dalam kerusi kawasan pedalaman itu di kawasan parlimen Kuala Krai. Read the rest of this entry

Ezam Si Badut Baru UMNO Yang Berkokok Sendirian Dalam Hujah


Salam Perjuangan…

Awal malam tadi mungkin ramai yang tertunggu-tunggu rancangan Hujah di TV9 yang bakal menampilkan calon Timbalan Presiden PAS iaitu YB Husam Musa dengan Menteri Pertahanan iaitu YB Zahid Hamidi yang juga bekas anak didik DS Anwar. Saya terlalu yakin bahawa Zahid Hamidi pasti akan muncul dalam rancangan tersebut kerana beliau dikenali di dalam Umno sebagai tokoh politik yang berani, pandai berpidato serta kelihatan ‘bersih’ keperibadiannya.

Apatah lagi, topik yang akan dibincangkan adalah berkenaan dengan politik wang, masakan Zahid mahu mengelak diri dari memperkatakan topik tersebut kerana beliau sendiri pernah menyatakan Umno teramat serius untuk membenteras politik wang.

Sudah tentu bukan sahaja penyokong-penyokong pembangkang yang ingin melihat kehebatan Husam Musa di dalam mengulas isu ini, tetapi saya percaya ramai di kalangan ahli-ahli Umno dan Bn yang ingin mendengar bagaimana formula Zahid untuk menghapuskan politik wang yang sudah sebati dengan Umno ketika ini. Read the rest of this entry

Senarai calon Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (terkini)


Salam Perjuangan…

SENARAI CALON YANG AKAN BERTANDING
JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT BAGI SESI 2009-2011

PENGERUSI TETAP (MTB)

1. Abu Kasim Bin Abdullah, Ustaz Haji

TIMBALAN PENGERUSI TETAP (3)

1. Hussin Bin Haji Ismail, Haji
2. Ishak Bin Surin, Haji
3. Tengku Puji Bin Tengku Abd Hamid, Hj

PRESIDEN (MTB)

1. Abdul Hadi Hj Awang , YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji

TIMBALAN PRESIDEN (3)

1. Husam Musa, YB Dato’ Haji
2. Mohamad Sabu, Haji
3. Nasharudin Mat Isa, YB Ustaz Haji

Read the rest of this entry

Zahid Hamidi : Naib Presiden UMNO Yang Pengecut


Salam Perjuangan…

Malu orang Bagan Datoh, Ahli Parlimen yang jadi Menteri Pertahanan rupanya seorang yang pengecut. Tak berani berdebat dalam siri hujjah di TV9 malam ini. Seluruh rakyat Malaysia dihampakan oleh Zahid Hamidi. Husam Musa telahpun berada di Kuala Lumpur untuk berdebat dengannya, malangnya petang tadi pihak TV9 memaklumkan Zahid menarik diri daripada menyertai program tersebut. Sedangkan jutaan rakyat sudah beberapa hari menunggu bagi mengikut program suka ramai itu.

Menurut Husam, pengurusan TV9 telah memaklumkan mengenai keputusan Menteri Pertahanan terbabit membatalkan penyertaannya pada saat-saat akhir kerana sebab-sebab tertentu, dan mencadangkan Ezam Mohd Noor sebagai penganti Zahid. Husam tidak bersetuju, hasratnya hanya ingin berdebat dengan Zahid yang sama-sama terlibat memimpin parti politik dan kerajaan. Tajuknya juga sangat sesuai dengan situasi politik wang yang sedang membudaya dalam UMNO dan kerajaan. Read the rest of this entry

Penduduk adakan “talkin” untuk UMNO di kawasan Shafie Apdal


Salam Perjuangan…

Akibat tidak puas hati dengan isu tanah, penduduk Semporna, Sabah telah “mentalkinkan mayat Umno” di kawasan parlimen Naib Presiden parti itu Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Sekeping gambar yang merakamkan upacara bantahan itu kini mula beredar di internet.

Gambar itu memaparkan empat lelaki berbaring diselimuti bendera Umno di atas sebuah pentas.

Sekumpulan kira-kira 40 penduduk kampung, berdiri di hadapan “mayat” berkenaan dan mengangkat tangan seolah-olah sedang berdoa.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Badrul Hisham Saharin, berkata beliau difahamkan bahawa gambar itu dirakam di kawasan Mohd Shafie, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Read the rest of this entry

BN wajar tanding, kata Nik Aziz


Salam Perjuangan…

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, parti itu tidak pernah ketandusan calon untuk diletakkan dalam mana-mana pilihan raya.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, PAS mempunyai ramai calon yang berkelayakan untuk mewakili parti itu dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.

“Calon sudah ada, ramai, tua muda semuanya ada dan layak, PAS tidak pernah ketandusan calon terbaik.

“Insya-Allah, kita akan letakkan calon tempatan,” katanya selepas merasmikan Sambutan Jubli Perak Kepimpinan Ulama di markas PAS Taman Melewar, Gombak dekat sini, hari ini. Read the rest of this entry

ADUN Manek Urai Kembali Ke Rahmatullah


Salam Perjuangan…

Ismail Yaacob, Adun PAS Manek Urai telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 5.55 pagi tadi di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu akibat komplikasi jantung, buah pingang tidak berfungsi dan kencing manis. Al-Fatihah.

Jenazah telah disembahyangkan selepas solat jumaat oleh YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Turut kelihatan YB Exco dan YB-YB Negeri Kelantan.

Najib Altantuya Mengaku Beliau “Penyamun Paling Besar”


Salam Perjuangan…

Perdana Menteri Najib Razak berkata beliau adalah penyamun terbesar apabila ditanya mengenai sama ada kepimpinan dan ahli Umno yang dipimpin beliau benar-benar faham akan keperluan melakukan reformasi dalam dasar-dasar ekonomi dan pentadbiran negara.

Beliau membuat kenyataan tersebut dalam satu temuramah dengan akhbar Singapura, The Straits Times semasa lawatan beliau dua hari ke Singappura bermula hari ini. Read the rest of this entry

Terkini Di Mahkamah Rayuan


Salam Perjuangan…

MStar melaporkan Mahkamah Rayuan pagi ini akan mendengar permohonan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bagi mengetepikan keputusan mahkamah itu yang membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengesahkan beliau sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir telah membuat rayuan berhubung keputusan itu pada 12 Mei lalu dan Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi sehingga rayuan Dr Zambry terhadap keputusan itu selesai. Read the rest of this entry

Hadi menang presiden, 5 layak tanding timbalan


Salam Perjuangan…

Datuk Seri Abdul Hadi Awang bolehlah dikira menang tanpa bertanding sebagai presiden PAS apabila hanya beliau sahaja yang mendapat pencalonan lebih dari satu dan layak untuk bertanding jawatan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, sehingga tarikh tutup 8 Mei lalu, hanya nama beliau dikira layak untuk bertanding jawatan itu.

Mustafa memaklumkan, surat tawaran untuk bertanding telah dihantar kepada Abdul Hadi dan beliau mempunyai masa sehingga 25 Mei untuk membuat keputusan.

Untuk jawatan timbalan presiden pula, ada lima calon yang layak bertanding iaitu mereka yang mendapat pencalonan sekurang-kurangnya dari dua kawasan PAS. Read the rest of this entry