Monthly Archives: November 2008

Zaid Ibrahim antara yang hadir dalam perasmian Kongres KeADILan pagi ini


Salam Perjuangan…

SHAH ALAM, 29 Nov – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Zaid Ibrahim turut menjadi tetamu yang hadir dalam Perasmian Kongres Tahunan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) di Stadium Malawati Shah Alam pagi ini.

Kehadiran Zaid bersama beberapa lagi tokoh politik termasuk Dato’ Yong Teck Lee dari SAPP dan Setiausaha Agung PAS, Dato’ Kamaruddin Jaffar mendapat tepukan gemuruh kalangan perwakilan yang menunggu di dalam Stadium.

Beberapa minit selang selepas kehadiran Zaid, Ketua Umum KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim tiba dengan disambut laungan reformasi.

Sebelum ini Zaid menjadi menteri yang mencetus kontroversi berikutan meletakkan jawatan dalam isu ISA.

Peletakan jawatan beliau menjadi tanda tanya hingga ada yang menyatakan kemungkinan beliau akan menyertai Pakatan Rakyat.

Kongres pagi ini akan dirasmikan oleh Presiden KeADILan, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sekali gus beliau akan menyampaikan ucapan dasar kongres. Read the rest of this entry

Bersihkan segera anasir BN di negeri Pakatan Rakyat – Ketua AMK


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR, 29 Nov – Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin menggesa kerajaan Pakatan Rakyat di lima negeri segera membersihkan kerajaan negeri daripada nasir Barisan Nasional (BN).

“AMK dengan ini memberikan peringatan kepada kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Jangan berdolak-dalik dengan seribu satu alasan. Pembersihan kerajaan daripada anasir BN mesti dilaksanakan tanpa bertangguh,” kata beliau.

“Kita tidak boleh terpukau dan terpedaya dengan pemimpin dan ahli BN yang bertukar kulit hanya semata-mata untuk terus membolot peluang, tanpa menghayati falsafah perjuangan kita, tanpa menunjukkan komitmen untuk menghayati prinsip-prinsip perjuangan yang kita dukung.”

Shamsul Iskandar mengkritik kerajaan gabungan KeADILan, DAP dan PAS yang didakwanya “cuai melaksanakan janji” untuk membuat pembersihan dalam pentadbiran “sehingga ke akar”.

“Sekarang rakyat telah memilih kita. Rakyat mahu kita melakukan perubahan. Salah satu perubahan yang telah kita janjikan ialah untuk membersihkan kerajaan daripada kebobrokan Umno-BN. Read the rest of this entry

Mawi Nafi Jadi Ahli PKR


Salam Perjuangan…

SHAH ALAM, 29 Nov – Nama penyanyi lekaki popular, Asmawi Ani (Mawi) mencuit tumpuan dalam Kongres Tahunan Angkatan Muda KeADILan (AMK) di Stadium Malawati Shah Alam semalam.

Ia berikutan pendedahan dakwaan seorang perwakilan AMK Johor yang menyatakan Mawi kononnya pernah bersama-sama KeADILan pada pilihan raya umum 1999 dalam kerja-kerja menampal poster.

Zabidie Abas yang menjadi pembahas bagi AMK Johor mendakwa, Mawi pernah menampal poster bersama jentera KeADILan di negerinya.

“Kita hendak imbas kembali nostalgia beliau (Mawi) panjat pokok kelapa (menampal poster) bersama kita,” katanya sewaktu membahaskan ucapan dasar ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin bertemakan ‘Memimpin Harapan Rakyat’.

“Saya dari Kulai, Mawi dari Kulai. Tuan-tuan tahu, dulu beliau bersama-sama saya tampal poster. Dia jentera bawah saya,” katanya, disambut tepukan gemuruh daripada hampir 600 perwakilan pergerakan itu dari seluruh negara. Read the rest of this entry

Mat Sabu Menang Jika Diberi Peluang


Salam Perjuangan…

Pilihanraya kecil bagi Parlimen Kuala Terengganu tidak dapat dielakkan sama ada ia diadakan dalam masa terdekat (tahun ini) atau tahun hadapan. Harap-harap SPR dengan pelantikan pengerusi yang baru tidak ada penyelewengan sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini dalam usaha untuk memenangkan parti BN yang memerintah.

Jika diberi peluang sekali lagi kepada Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu mungkin akan berlaku perubahan besar yang akan memihak kepada beliau.

Jika dilihat dari sudut majoriti yang diperolehi Datuk Razali Ismail (Umno) semasa memenangi parlimen tersebut dalam pilihanraya umum baru-baru ini adalah agak sedikit iaitu dengan majoriti 628 sahaja. Jika diukur dengan kebangkitan rakyat sekarang ini yang beralih arah kepada pembangkang (Pakatan Rakyat), maka ia menjadi satu kayu pengukur kepada rakyat untuk berubah rasa dengan memberikan kerusi parlimen Kuala Terengganu kepada PAS. Read the rest of this entry

‘Merenjis, bersanding juga ada unsur agama lain’


KUALA LUMPUR, 27 Nov – Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin. telah menegur pihak Majlis Fatwa Kebangsaan supaya memberi alternatif pada fatwa yoga dengan membuang unsur yang bertentangan dengan agama Islam.

Beliau menasihatkan agar Majlis Fatwa tidak terlalu kaku dalam mengeluarkan fatwa dan memberi alternatif yang memisahkan amalan yoga yang mengandungi unsur agama dengan amalan yoga untuk kebaikan kesihatan. “Saya bukan kata fatwa itu salah. Memanglah apa saja perlakuan yang menyerupai agama lain itu haram. Kita sepatutnya pisahkan bacaan atau mentera dalam senaman yoga itu sendiri. Jangan ada sebarang unsur-unsur syirik yang menyamai agama lain.

“Majlis Fatwa jangan hanya mengharamkan saja tapi berilah alternatif,” katanya yang dipetik daripada laman web. Katanya banyak lagi amalan-amalan sukan yang diambil dari budaya lain seperti tai chi, judo, taekwando dan semua sukan tersebut bukan asal usul Islam tetapi diamalkan kerana ianya baik untuk kesihatan. Katanya seseorang perlu meningggalkan yang bertentangan sahaja, samada pergerakan, bacaan atau kepercayaan namun boleh mengekalkan pergerakan yoga yang baik untuk kesihatan.

“Semua sukan ini bukan asal usul Islam tetapi diamalkan kerana ianya baik untuk kesihatan. “Kenapa tak kaji amalan-amalan lain yang ada unsur Hindu seperti tepung tawar, bersanding, merenjis. Semua ini boleh dibahaskan…,” kata Dr Asri. – harakahdaily

Alkohol : Kejayaan pertama PAS di Shah Alam


Salam Perjuangan…

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) yang pertama di Selangor – di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat – yang akan membataskan jualan minuman keras berkuatkuasa Januari depan.

Ia telah diluluskan dalam mesyuarat MBSA hujung bulan lepas, kata sumber-sumber majlis itu kepada Malaysiakini hari ini.

Langkah ini dianggap sebagai kejayaan pertama usaha PAS – salah sebuah parti komponen Pakatan – untuk menguatkuasakan peraturan tersebut seperti mana diperkenalkan di Kelantan yang ditadbir oleh parti itu.

Sebelum ini, dilaporkan mesyuarat exco kerajaan Selangor telah menolak cadangan tersebut yang dikemukakan oleh pihak PAS.

Berikutan itu, timbul desas-desus yang mengatakan PAS akan meneruskan usahanya dengan meminta ahli-ahli majlis dari parti itu supaya mengemukakan cadangan tersebut di PBT yang mereka wakili.

Menurut sumber-sumber MBSA lagi, berikutan itu, pengeluaran lesen bagi tiga premis – kedai runcit, restoran dan kedai serbaguna 24 jam – akan disemak semula.

“Mereka perlu mengemukakan rayuan yang akan dipertimbangkan oleh jawatankuasa pelesenan yang juga dianggotai ahli MBSA,” kata sumber-sumber tersebut. – malaysiakini

Alkohol: PAS ‘bongkak’, kata DAP


Salam Perjuangan…

PAS dianggap “bongkak dan sukar bekerjasama” apabila cuba memperkenalkan peraturan membataskan jualan alkohol di Selangor tanpa merujuk parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat.

Tindakan parti Islam yang membelakang sentimen sokongan pengundi bukan Islam yang memberikan kemenangan kepada Pakatan boleh melemahkan kerajaan gabungan itu, kata ketua publisiti DAP Tony Pua.

Ahli parlimen Petaling Jaya Utara menambah, tindakan PAS sedemikian boleh membawa keretakan dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Tony mengulas laporan akhbar-akhbar berbahasa Cina hari ini yang menyebut PAS sedang memperkenalkan langkah sedemikian di restoran, kedai runcit dan kedai serbaguna 24 jam melalui anggota-anggotanya yang berada di majlis-majlis pihak berkuasa tempatan. – malaysiakini

‘Saya setuju diganti’


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR, 26 Nov – Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad menjelaskan bahawa beliau bersetuju diganti jawatan sedia ada bagi memberi peluang Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor Dato’ Dr. Hassan Ali membuktikan keberkesanan kepimpinan beliau dalam menjayakan kerajaan negeri Pakan Rakyat.

Katanya, Hassan Ali berhak untuk mempunyai kumpulan yang memberi sokongan penuh kepadanya agar beliau dapat melakukan apa yang difikirkan terbaik untuk memenuhi objektif yang telah dipersetujui parti di dalam muktamar lepas iaitu memastikan agar kerajaan Pakatan Rakyat Selangor berjaya.

“Perkara ini telah dibincangkan didalam mesyuarat Dewan Harian yang dihadiri seramai 11 orang, yang mana saya turut hadir. Bila mana Pesuruhjaya Negeri mencadangkan agar saya diganti, saya setuju,” katanya dalam laman web beliau yang menjelaskan kedudukan sebenar isu terbabit.

Namun katanya beliau masih kekal sebagi Yang DiPertua PAS Shah Alam dan tetap akan bertemu Pesuruhjaya didalam mesyuarat badan perhubungan negeri yang diadakan setiap bulan.

Oleh itu katanya, perkara ini bukanlah soal mengongkong perbezaan pendapat tetapi untuk memberi peluang kepada kepimpinan yang ada bagi melakukan yang terbaik untuk Ngeri Selangor.

“Ia adalah soal memberikan Dato’Dr. Hassan Ali peluang sepenuhnya untuk membuktikan keberkesanan kepimpinan beliau dalam menjayakan kerajaan negeri Pakatan Rakyat,” katanya yang akan sentiasa memantau polisi yang diketengahkan supaya tidak mengundang masalah kepada Pakatan Rakyat. – harakahdaily

Pendirian Mahathir dalam isu PPSMI memang telah diduga


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR, 26 Nov – Pandangan Tun Dr. Mahathir dalam Wacana Dilema Melayu anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) pada 22 November lalu bahawa pengajaran dan pembelajaran subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) patut diteruskan tidaklah memeranjatkan kerana beliaulah pencetus, pemutus dan pelaksana dasar tersebut.

Perkara tersebut disuarakan oleh Penyandang Kursi Pengajian Melayu Malaysia – China Universiti Pengajian Asing Beijing, Prof. Dr Awang Sariyan.

Beliau berpandangan, bekas Perdana Menteri itu masih dengan dengan sikap biasanya yang tidak sesekali berubah atau berpatah balik apabila telah membuat keputusan.

“Ketika beliau membuat keputusan untuk melaksanakan PPSMI, tiada kajian yang dibuat yang menunjukkan bahawa kelemahan penguasaan sains dan matematik dalam kalangan pelajar Melayu, jika benar anak-anak Melayu begitu lemah dalam kedua-dua subjek ini adakah ia disebabkan pengajarannya dalam bahasa Melayu.

“Sebenarnya negara kita telah melahirkan ribuan sarjana dalam bidang sains dan teknologi yang berwibawa dan bertaraf antarabangsa melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan bahasa Melayu,” katanya. Read the rest of this entry

Ceramah RM8,000 sejam : Hasil siasatan Disember ini


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR, 26 Nov – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) akan mengumumkan hasil laporan siasatan dakwaan angkasawan pertama negara, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha mengenakan bayaran RM8,000 bagi satu jam sesi berceramah, Disember ini.

Timbalan Menterinya, Fadillah Yusof, berkata pihaknya sedang meneliti laporan, termasuk keterangan yang diberikan angkasawan itu minggu lalu bagi memastikan imej negara tidak tercemar berikutan dakwaan itu.

Beliau berkata, laporan diterima pihak Agensi Angkasa Kebangsaan (Angkasa) juga tidak disertakan bukti dan jumlah aduan diterima kurang daripada lima.

“Orang ramai boleh buat laporan kepada kementerian dengan mengemukakan invois, resit dan surat menyurat urusan mereka dengan angkasawan terbabit bagi program yang dianjurkan.

“Kita memerlukan bukti bagi menyokong setiap dakwaan dan sedang meneliti serta menyiasat aduan diterima dan siasatan akan berakhir hujung minggu ini. Kemungkinan besar, Isnin depan saya akan menghantar laporan siasatan kepada menteri untuk diambil tindakan seterusnya. Read the rest of this entry