Monthly Archives: Jun 2009

Royalti Minyak: Umno-BN tipu rakyat Kelantan!


Salam Perjuangan…

Pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) terus berbohong dalam kempen pilihan raya kecil DUN Manek Urai dengan mengatakan tidak wujud minyak dan gas serta industrinya di negeri Kelantan.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendedahkan beliau sendiri telah pergi ke pelantar cari gali minyak dan gas di perairan Kelantan sebaik sahaja mendapat berita tentang wujudnya ’emas hitam’ itu di negeri tersebut, sedikit masa dahulu.

“Kebetulan saya duduk tepi pantai, bersama orang ke laut (nelayan) (saya telah pergi) melawat pelantar minyak, tengok pelantar minyak (dan) pelantar gas di situ. Read the rest of this entry

Latarbelakang Calon PAS Fauzi Abdullah


Salam Perjuangan…

PAS malam tadi mengumumkan seorang usahawan perniagaan ikan, yang juga bendahari parti itu kawasan Kuala Krai, Fauzi Abdullah sebagai calon dalam pilihanraya kecil yang bermula 6 Julai ini.

Pengisytiharan itu dibuat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat pada ceramah di Kampung Manek Urai Lama, yang sendat dengan ribuan manusia

Hadir sama Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan lain-lain pemimpin Pakatan Rakyat. Read the rest of this entry

Bila Mufti Perak Macam Menteri


Salam Perjuangan…

Sebermula tersebutlah kata yang empunya ceritera Orangkaya Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkatalah ia kegagalan mahu mengadakan kerajaan perpaduan itu kerana harakah Islam (PAS). Maka terkejutlah sekalian orang banyak, kerana Orangkaya Mufti itu bercakap seperti berkedudukan menteri, adanya.

Adapun akan harakah Melayu (UMNO) di Perak selepas bepenghulukan Orangkaya Pangkor Dato’ Dr Zambry Abdul Kadir, dibiarkan Tan Sri Harussani bercakap melawan harakah Islam. Maka tak diketahui Orangkaya Mufti sama ada ianya tara menteri, atau diperintah oleh Duli Yang Dipertuan menjaga hal ehwal agama sahaja. Read the rest of this entry

UMNO Masih Bermimpikan Kerajaan Perpaduan


Salam Perjuangan…

Walaupun Pas telah mengambil keputusan untuk menarik semula idea Kerajaan Perpaduan bersama Umno, nampaknya Umno terlalu mengharap kepada Pas. Harapan Ketua Penerangan Umno yang menganggap bahawa impian Kerajaan Perpaduan tidak berkubur begitu sahaja membuktikan bahawa Umno terlalu `lapar’ kepada Pas. Alangkah baiknya jika ini berlaku empat lima tahun yang lalu di waktu Umno benar-benar dilihat terlalu gagah.

Tahun 2004 sehingga awal 2008 adalah tahun Umno berada di kemuncak. Kerajaan Pas Kelantan ketika itu hanya bersandarkan kepada kelebihan satu kerusi untuk mengharungi segala perit getir di bawahan tekanan Umno. Di waktu itu, Umno sentiasa mencari jalan untuk meruntuhkan Kerajaan Pas di bawah Tuan Guru Nik Aziz. Read the rest of this entry

Fauzi Abdullah Calon PAS


Salam Perjuangan…

Seperti yang diramalkan seorang peniaga ikan yang juga AJK PAS Kawasan Kuala Krai, Mohd. Fauzi Abdullah telah diumumkan sebagai calon PAS untuk N41 Manek Urai.

Pengumuman itu dilakukan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebenatar tadi di dalam satu majilis yang dihadiri oleh pemimpim-pemimpin PAS Pusat dan negeri kelantan juga disertai oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Presiden PAS Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang turut bersama di dalam majlis berkenaan berserta Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Fauzi yang berusia dalam lingkungan 40-an adalah seorang peniaga ikan dan anak tempatan. Read the rest of this entry

Kelantan Tuntut Royalti Minyak RM1 Billion


Salam Perjuangan…

Kerajaan Negeri Kelantan akan membuat tuntutan sebanyak RM1 bilion kepada kerajaan pusat untuk bayaran royalti minyak yang didakwa tertunggak sejak 2004.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri Datuk Husam Musa berkata mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini bersetuju supaya Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menulis surat rasmi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perkara itu.

Beliau berkata menurut laporan Jabatan Perdana Menteri yang diedarkan kepada pegawai kerajaan negeri, anggaran pengeluaran petroleum di Kelantan dalam satu tahun adalah RM2.5 bilion. Read the rest of this entry

Himpunan Pemuda PAS Manek Urai


Salam Perjuangan…

Kerajaan Perpaduan : Nasharudin Mat Isa Digesa Keluar PAS


Salam Perjuangan…

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abduk Aziz Nik Mat menggesa timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa meninggalkan parti itu dan meletakkan ahli parlimen Bachok jika masih ingin kerajaan perpaduan.

“Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas Pakatan Rakyat.

“Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok. Read the rest of this entry

Umno Samseng


Salam Perjuangan…

Kelakar bunyinya bila PAS pula yang dituduh oleh Annuar Sufian (Ketua Pemuda Umno Kelantan) telah menggunakan pendekatan samseng di PRK Manek Urai. Mungkin beliau ini orang yang lupa ingatan ataupun orang yang lupa tentang sejarah hitam yang pernah meraka (Umno) lakukan sebelum ini.

Kalau diimbas kembali, bagaimana PRK Pengkalan Pasir pada tahun 2005, guru-guru telah diberikan amaran supaya tidak mengundi parti PAS. Jika terdapat kes ini berlaku, guru tersebut akan diambil tindakan dengan menghantar guru tersebut mengajar di sekolah di pendalaman. Hal ini mengakibatkan ramai guru yang takut untuk mengundi PAS dan ada yang tidak keluar mengundi kerana tidak mahu menyokong Umno. Read the rest of this entry

PRK Manek Urai : Forum Perdana


Salam Perjuangan…