Daily Archives: 12 Februari 2009

Hukum Rai Valentine & Jual Bunga


Salam Perjuangan…

Soalan

Assalamualaikum ustaz,

Benarkah hukum menyambut hari Valentine adalah haram, bagaimana pula hukum menjual hadiah dan bunga kepada pasangan-pasangan bukan Islam?

JAWAPAN

Saya telah menyertakan jawab di ruangan artikel bahasa Inggeris, bagi membantu rakan-rakan yang kurang selesa memahami bahasa inggeris, disertakan jawapan ringkas saya berkenaan sambutan hari valentine.

Read the rest of this entry

Umno guna strategi kotor kucar-kacir Pakatan Rakyat Selangor


Salam Perjuangan…

Umno-BN sebagai pembangkang di Selangor terus berusaha menimbulkan kekeliruan dan mengucarkacirkan kepercayaan rakyat negeri ini terhadap kesepaduan kerajaan Pakatan Rakyat dengan menyebarkan berita palsu kononnya Adun KeADILan telah keluar daripada partinya.

Sehubungan itu, salah seorang tokoh yang difitnah, Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdul sedang berbincang dengan panel peguam dan penasihat undang-undang parti (KeADILan) untuk mengambil tindakan terhadap media yang membuat laporan palsu.

Dalam sidang media yang turut dihadiri oleh Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali di Dewan Annex, Shah Alam hari ini, beliau menegaskan pendiriannya masih tetap bersama dengan Pakatan Rakyat. Read the rest of this entry

Nizar akan failkan saman di Mahkamah Tinggi esok


Salam Perjuangan…

Menteri Besar Perak Dato’ Seri Mohd Nizar Jamaluddin akan memfailkan saman terhadap pelantikan Menteri Besar baru, Dato’ Dr Zambry Abdul Kadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada jam 11 pagi esok.

Menteri Besar Perak Dato’ Seri Mohd Nizar Jamaluddin mengumumkan hari ini bahawa beliau akan keluar dari kediaman rasmi menteri besar 10 hari lagi.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Ipoh, Nizar berkata beliau telah menerima surat dari Setiausaha Kerajaan Perak, Dato’ Abdul Rahman Hashim meminta beliau mengosongkan kediaman tersebut.

Nizar berkata, beliau akan menghormati permintaan tersebut dan akan memulangkan semula kesemua 11 kereta Toyota Camry. Read the rest of this entry

Ke Mana Hendak Dibuang Negeri 1.63 Juta Rakyat Perak Yang Menderhakai Sultan?


Salam Perjuangan…

Saya hanya tersenyum simpul apabila membaca berita mengenai keputusan Persatuan Kerabat Di Raja Kedah (PKDK) yang mencadangkan agar Pengerusi DAP, Karpal Singh diharamkan daripada menjejaki kaki ke Perak kerana kebiadapannya terhadap Sultan Perak. Karpal dikatakan menderhaka kerana ingin mengheret Sultan Perak ke mahkamah berikutan langkah baginda enggan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Tetapi bukan Karpal sahaja yang berpandangan demikian. Bukan Karpal sahaja yang berpandangan bahawa langkah Sultan Perak enggan membubarkan DUN adalah kurang bijak. Berdasarkan sembang-sembang di warung, kantin pejabat dan pasar, kebanyakannya memberi pendapat yang sama dengan Karpal, cuma pendapat mereka tidak pernah disiarkan. Jika disiarkan pasti mereka juga dianggap penderhaka, bahaya!!

Read the rest of this entry

Kajian : Majoriti mahu DUN Perak dibubar


Salam Perjuangan…

Hampir dua pertiga pengundi Perak mahu Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya tergempar diadakan di negeri itu ekoran krisis politik sejak penghujung bulan lalu.

Kajian pendapat umum kendalian Merdeka Center, yang dikeluarkan hari ini, menunjukkan hampir 74 peratus mahukan DUN dibubarkan manakala 76 peratus pengundi juga ingin melihat “pilihan raya menerusi rakyat” diadakan untuk menentukan kerajaan pilihan mereka.

Hanya 21 peratus responden mengatakan bahawa pihak istana mempunyai “hak” untuk menentukan kerajaan bagi rakyat jelata.

“Malah, 62 peratus lagi responden merasakan bahawa peranan istana dalam kes ini (perubahan kerajaan) tidak mencerminkan kehendak rakyat negeri Perak,” kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Merdeka Center hari ini. Read the rest of this entry

Banner menarik di Changkat Jering


Salam Perjuangan…

Setelah beberapa hari Osman Jailu mengumumkan keluar dari Pakatan Rakyat dan menyokong BN dengan mengatakan dia Bebas, banner-banner seperti di bawah mula diletakkan di banyak tempat di Changkat Jering.

Read the rest of this entry

Nak Tanya Najib: Antara 97% dan 3%, Mana Lebih Besar?


Salam Perjuangan…

Apabila Najib memulakan kempen merampas kuasa di Perak, beliau mungkin tidak sedar kebanyakan rakyat Perak tidak menyukai tindakannya merampas kuasa seperti junta yang tidak demokratik itu. Kajian terbaru seperti yang dipaparkan dalam Harakahdaily hari ini menyatakan sebanyak 97% rakyat Perak mahukan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan iaitu sebagai cara terbaik mengatasi kemelut politik di negeri itu serta memberi peluang mereka ‘meraikan’ demokrasi.

Demikian hasil kajian yang dilakukan oleh Penganalis Politik dan Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah terhadap penduduk di negeri itu yang bermula di Pasir Salak sehingga ke Kuala Gula. Abu Hassan menjelaskan, peratusan tersebut yang menunjukkan desakan rakyat Perak yang merupakan natijah gerakan massa rakyat yang merasa tertekan, penghidupan terganggu serta seluruh sistem ekonomi, politik dan sosial yang sudah punah.

“Bagi mereka, rakyat harus bangkit semula memperbetulkan keadaan bagi memberi peluang kepada rakyat memilih tokoh-tokoh politik yang mereka inginkan. Rakyat mengatakan bagi peluang kepada kedua-dua pihak. Jika rakyat memilih salah satu pihak, maka pihak itulah pilihan rakyat Perak. Kata mereka, sebagaimana sebuah acara kematian, begitulah acara demokrasi. Read the rest of this entry

PR Selangor bermesyuarat hari ini, bincang ADUN hilang ?


Salam Perjuangan…

Pakatan Rakyat Negeri Selangor akan mengadakan satu mesyuarat hari ini bagi membincangkan bagaimana untuk menghentikan semua spekulasi yang timbul termasuk kehilangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, mesyuarat yang akan dihadiri Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat itu turut akan membincangkan isu-isu semasa berkaitan negeri itu.

Beliau turut menafikan mengenai berita kehilangan Badrul Hisham seperti yang ‘dibimbangi’ Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Klang, Aziz Johari.

”Tak ada …Saya rasa di Klang pun mereka tak jumpa satu sama lain… Tapi sekarang oleh kerana beberapa insiden yang berlaku di Perak kita agak sensitif tentang perkara ini. Read the rest of this entry

Salah guna kuasa Zambry, dilapor ke SPRM


Salam Perjuangan…

Satu laporan salah guna kuasa oleh Menteri Besar Kudeta Perak, Zambry Abdul Kadir telah dilakukan oleh Pimpinan Parti Pakatan Rakyat di Pejabat Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia (SPRM) pada jam 11.05 minit pagi tadi .

Pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir ialah Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming, ADUN yang hadir pula ialah, Khalil Idham Lim (Titi Serong), Chang Lih kang(Teja), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), Loke Chee Yan (Kepayang), Ong Boon Piow (Tebing Tinggi),dan Siva Subramaniam (Buntong). Hadir sama ialah Ketua Pemuda PAS Perak, Ust. Norazli Musa, Ketua Wanita PKR Perak, Pn Fatmawati dan penyokong PR yang lain.

Kehadiran rombongan dinanti oleh sekitar 30 orang wartawan dan berbagai akhbar. Read the rest of this entry

Ulang Tahun Pemergian As Syahid Hasan Al Banna


Salam Perjuangan…

Tanggal 12 Februari 1949 telah meninggalkan sejarah hitam bagi gerakan Islam seluruhnya. Dunia kehilangan seorang ulama’ ulung yang mempelopori gerakan mengembalikan Islam ke puncak kegemilangannya.

As Syahid Hassan Al Banna belum sempat melihat Islam didaulatkan kembali setelah kejatuhan khilafah Othmaniyyah, tetapi beliau telah menang dalam pertarungan mendapatkan syahid. Pemergian beliau bukan secara kebetulan, tetapi ia merupakan pembunuhan kejam yang terhasil daripada perancangan musuh-musuh Islam yang berselindung di belakang Raja Faroq.

Dua bulan sebelum kejadian, gerakan Islam yang diasaskan oleh As Syahid Hasan Al Banna telah diharamkan oleh kerajaan Mesir. Kesemua cawangannya di sana yang berjumlah lebih daripada 3,000 diarahkan supaya dibubarkan dan sekiranya masih beroperasi akan dikira sebagai pertubuhan haram, pelampau dan pengganas.

Bukanlah suatu yang baru bagi pemimpin Mesir menjadi “pak turut” kepada negara-negara Barat. Dalam mengharamkan gerakan Islam ini, kerajaan Mesir secara jelas mengikut telunjuk Amerika Syarikat, Perancis dan Britain. Read the rest of this entry