Category Archives: Analisis Isu

Bersih Daftar Pemilih : Pemilih Dengan Nama “.”


Daftar Pemilih : Ada juga yang terdapat dalam daftar pemilih orang yang hanya namanya sekadar dengan “.”, adakah sememangnya nama dia “Titik / Noktah, ringkasnya jadi = .”

Pembersihan daftar pemilih perlu dilakukan.

Nak Tanya Najib: Antara 97% dan 3%, Mana Lebih Besar?


Salam Perjuangan…

Apabila Najib memulakan kempen merampas kuasa di Perak, beliau mungkin tidak sedar kebanyakan rakyat Perak tidak menyukai tindakannya merampas kuasa seperti junta yang tidak demokratik itu. Kajian terbaru seperti yang dipaparkan dalam Harakahdaily hari ini menyatakan sebanyak 97% rakyat Perak mahukan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan iaitu sebagai cara terbaik mengatasi kemelut politik di negeri itu serta memberi peluang mereka ‘meraikan’ demokrasi.

Demikian hasil kajian yang dilakukan oleh Penganalis Politik dan Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah terhadap penduduk di negeri itu yang bermula di Pasir Salak sehingga ke Kuala Gula. Abu Hassan menjelaskan, peratusan tersebut yang menunjukkan desakan rakyat Perak yang merupakan natijah gerakan massa rakyat yang merasa tertekan, penghidupan terganggu serta seluruh sistem ekonomi, politik dan sosial yang sudah punah.

“Bagi mereka, rakyat harus bangkit semula memperbetulkan keadaan bagi memberi peluang kepada rakyat memilih tokoh-tokoh politik yang mereka inginkan. Rakyat mengatakan bagi peluang kepada kedua-dua pihak. Jika rakyat memilih salah satu pihak, maka pihak itulah pilihan rakyat Perak. Kata mereka, sebagaimana sebuah acara kematian, begitulah acara demokrasi. Read the rest of this entry

Najib Akan Hapuskan Hak Bumiputra?


Salam Perjuangan…

Najib telah memutuskan untuk membenarkan syarikat yang mempunyai penyertaan ekuiti bumiputera yang kurang 30 peratus untuk disenaraikan di Bursa Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata, kelonggaran yang berkuatkuasa serta-merta itu diberi bagi memastikan pasaran modal di Malaysia terus berdaya saing dan kompetitif.

Bagaimanapun, syarikat berkenaan jelas beliau, harus melalui beberapa langkah dan syarat tertentu serta perlu melalui proses semak semula.

Beliau berkata demikian kepada [pemberita] ketika membuat lawatan ke Suruhanjaya Sekuriti di sini hari ini.

Sebelum ini, MCA telah mencadangkan agar 30% kuota bumiputra dalam pemilikan ekuiti bagi syarikat-syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia dikaji semula.

Cadangan tersebut telah mendapat tentangan daripada beberapa pemimpin UMNO yang menganggap cadangan MCA itu sebagai melampau serta bertentangan dengan semangat DEB yang mahu membantu kaum bumiputra di negara ini.

Read the rest of this entry

Eurocopter: ‘Game High Profile’ Yang Ranapkan Wang Rakyat?


Salam Perjuangan…

Pengumuman Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) bahawa urusan pembelian Eurokopter EC725 Cougar tiada berlakunya penyelewengan mengundang pelbagai reaksi daripada pelbagai lapisan kepimpinan.

Sebelum pengumuman itu pun, banyak pihak mempertikaikan beberapa kenyataan dua pemimpin utama negara, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Dato’ Seri Najib Razak yang sangat bercanggah antara mereka.

Pada mulanya, 27 September 2008, Abdullah mengumumkan bahawa syarikat pengeluar helikopter, Eurocopter Malaysia Sdn. Bhd. telah memenangi tender terbuka antarabangsa untuk menggantikan helikopter Nuri dengan Eurocopter EC725 Cougar.

Ramai yang melihat pengumuman tersebut memberikan sedikit kelegaan kepada keluarga angkatan tentera khususnya kepada yang ahli keluarganya pernah terkorban dalam kemalangan melibatkan Nuri. Read the rest of this entry

Dinar Emas


Salam Perjuangan…

Ramai juga yang bertanya berkenaan Dinar Emas termasuk juga BBC yang mengadakan wawancara dengan saya (Mahathir) baru-baru ini.

Apa yang sudah jadi kenyataan yang tidak lagi dapat dinafi oleh negara-negara di dunia ialah sistem kewangan yang ada sekarang sudah gagal untuk diguna dalam ekonomi dan dagangan baik dalam negeri atau antarabangsa.

Keputusan Bretton-Woods selepas Perang Dunia Kedua ialah semua matawang negara di dunia ditentukan nilainya mengikut nilai tukaran dengan matawang Amerika Syarikat.

Tetapi di tentukan juga yang nilai Dolar Amerika ialah sebanyak 35 Dollar untuk satu ouns emas. Ini bermakna secara tidak langsung semua matawang dinilai mengikut sekian banyak emas.

Di masa itu semua matawang adalah kukuh. Tetapi Britain, pada tahun 1966 telah turunkan nilai Pound British. Malaysia telah rugi banyak kerana simpanan (reserve) kita adalah dalam matawang Pound. Pada satu masa Pound yang bernilai Ringgit Malaysia 8.30 telah turun kepada Ringgit Malaysia 3.60.

Kemudian Presiden Richard Nixon membuat keputusan bahawa Dollar Amerika tidak lagi terikat dengan emas. Amerika telah tolak apa yang dipanggil sebagai “Gold Standard”. Amerika juga memutuskan bahawa pasaran akan tentukan nilai Dolar Amerika. Read the rest of this entry

Ujian Buat MP BN


Salam Perjuangan…

Esok merupakan hari-hari yang ditunggu oleh semua orang yang mengambil berat tentang kedudukan negara kita yang tercinta Malaysia. Esok merupakan hari pengundian untuk meluluskan bajet 2009 yang dibentang di parlimen baru-baru ini.

Kejujuran dan janji serta keberanian MP BN untuk memberi komitmen bersama Pakatan Rakyat bakal teruji dengan pengundian yang akan dibuat esok oleh speaker dewan bagi meluluskan bajet 2009. Sekiranya MP BN ini benar-benar ingin menyokong Pakatan Rakyat, maka seWAJIBnya lah mereka mengundi untuk tidak menyokong untuk meluluskan bajet tersebut.

Jika hal ini berlaku, ianya mungkin akan menjadi satu tampar hebat buat BN amnya dan Umno khasnya, terlebih-lebih lagi Najib yang teringin sangat untuk menjadi presiden Umno dan PM Malaysia. Jika MP BN tidak mahu negara yang tercinta ini lebih parah lagi, maka peluang mereka hanyalah dengan mengundi untuk tidak meluluskan bajet 2009. Jika tidak,faham-fahamlah bagaimana perangai Najib ni.

Sementara itu, petang tadi berlangsung pengulungan yang dibuat oleh menteri kewangan yang baru iaitu Najib Tun Razak agak panas sedikit kerana didakwa tidak memberi peluang kepada MP Pakatan Rakyat untuk mencelah ketika sesi penggulungan perbahasan bajet 2009. Read the rest of this entry

Najib Menang Tapi Awas Politik Wang


Salam Perjuangan…

DARIPADA nostalgia dan kontrak sosial, mari kita kembali kepada realiti dan janji-janji yang wajib dipenuhi. Terima kasih kerana panas berbahas.

Timbalan Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, sudah pun menang jawatan Presiden Umno dan, insya-Allah, Mac ini jadi Perdana Menteri.

Jadi dia kenalah tunai janji sejahtera, aman dan makmur yang dibuat oleh Barisan Nasional tempoh hari.

(Maaflah kalau rencana ini panjang sikit.)

Dengan bilangan pencalonan bahagian yang diperolehnya setakat ini, tidak ada lagi calon lain yang boleh mendapat kuota minimum 58 pencalonan untuk menentang beliau.

Bekas Menteri Kewangan dan bekas Naib Presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah, hanya memperoleh satu pencalonan sehingga kini.

Ini akan memperkukuhkan lagi kedudukan Mohd Najib dan membolehkan beliau menumpukan lebih banyak masa dan perhatian kepada hal-hal pentadbiran, khasnya pengurusan ekonomi.

Berasaskan kepada keputusan pencalonan sehingga saat ini, kesimpulan berikut boleh dibuat : Read the rest of this entry

Apa Beza FEI-WEC Dan Monsoon Cup


Salam Perjuangan…

Ada dua kejohanan taraf dunia yang dianjurkan oleh kerajaan Terengganu iaitu kejohanan Kuda Lasak Dunia (FEI-WEC) dan Kejohanan Perahu Layar Piala Monsun (Monsoon Cup).

Sejarah FEI-WEC bermula pada bulan Ogos 2005, dimana empat orang pimpinan kerajaan negeri Terengganu telah pergi ke Compiegne, Peranchis untuk membantu melobi penganjuran Kejohanan Kuda Lasak Dunia sejauh 160km (World Endurance Championship – WEC) yang dianjurkan oleh Persesekutuan Equesterian Antarabangsa (Federation Equestere Internationale – FEI) World Endurance Championship (WEC).

Pemergian empat orangtermasuk Menteri Besar Dato’ Seri Idris Jusoh, adalah untuk membantu Sultan Mizan merealisasikan hasratnya bagi mendapatkan hak penganjuran kehohanan tersebut bagi sesi 2008.

Kesungguhan Sultan Mizan untuk menganjurkan sukan berkuda tiu akhirnya mendapat jawapan dimana pada Lembaga FEI yang bersidang pada 18 Disember 2005 di Switzerland telah memberikan perakuan dan meluluskan permohonan Yayasan DiRaja Sultan Mizan untuk menjadi penganjur FEI WEC. Read the rest of this entry

Menanti Kejatuhan Kerajaan BN


Salam Perjuangan…

Kerajaan yang dipimpin oleh BN bakal tumbang sama ada dalam masa terdekat mahu pun dalam pilihan raya ke 13 nanti hasil daripada keputusan yang dibuat oleh kerajaan sekarang tidak langsung menyebelahi rakyat. Begitu juga dengan isu semasa sekarang yang dilihat oleh rakyat satu penipuan yang diada-adakan untuk mengaburi mata rakyat.

Isu semasa kini semakin hangat dengan pelbagai isu. Isu pembebasan Rajak Baginda (RB) daripada tuduhan bersubahat membunuh Altantuya Shaariibuu, penurunan harga minyak yang terlalu sedikit, penurunan harga beras sekadar 20 sen sahaja dan lain-lain lagi.

Isu pembebasan RB yang dipersoalkan keputusan mahkamah yang selari dengan sms Najib cukup menampakkan semacam ada mainan politik (tangan-tangan ghaib) yang membolehkan pembebasan itu dibuat. Ketua Penerangan PAS Haji Mahfuz Omar membangkitkan perkara itu mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam yang membebaskan penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda dari tuduhan bersubahat membunuh ahli perniagaan Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Dalam SMSnya kepada peguam Abdul Razak ketika itu Datuk Shafie Abdullah, Najib memberitahu “Pls do not say anything to the press today. i will explain later. RB will have to face a tentative charge but all is not lost”. Read the rest of this entry

Jual Mahal Berkali Ganda : Bolehkah ?


Salam Perjuangan…

Ramai bertanya sama ada terdapat dalil khusus yang menghadkan keuntungan halal dalam transaksi jual beli.

Jawapan ringkasnya ; tiada dalil khusus dalam hal ini sebagai contoh tiada penyataan dalam nas atau dalil yang melarang kadar untung tidak boleh melebihi 20 %, 30 % dari modal atau lain-lain peratusan. Ini kerana penetapan keuntungan ini akan melencongkan transaksi tersebut dari memberi keadilan buat pihak yang menjual dan membeli.

Di dalam Islam, setiap penjual berhak menentukan harga barangan yang dimilikinya, namun demikian ia masih terikat dengan harga pasaran. Read the rest of this entry