Category Archives: Pemilihan UMNO

Umno tidak setuju SPRM siasat pemimpin


Salam Perjuangan…

Walaupun tanpa isu dakwaan penderaan seorang pemimpin bahagian Umno sewaktu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Umno umumnya tidak bersetuju campur tangan badan itu dalam membanteras gejala politik wang dalam parti.

Pemuda Umno Padang Serai menyifatkan siasatan SPRM “tidak tepat pada masanya”, lebih-lebih lagi hampir dengan pemilihan parti, Mac ini.

Ketua Pemudanya Ismadi Abu Talib turut mempertikaikan tangkapan suruhanjaya itu terhadap sejumlah pemimpin Umno peringkat pertengahan baru-baru ini tetapi tidak menfokuskan pemimpin parti-parti lain.

“Tangkapan SPRM fokus pemimpin Umno sewaktu dekat dengan pemilihan, seolah-olah ahli Umno sahaja yang yang rasuah. Read the rest of this entry

Sistem Kouta Mungkin Dihapuskan?


Salam Perjuangan…

Majlis Tertinggi (MT) Umno telah membincangkan syor bagi membolehkan lebih tiga juta ahli parti itu secara langsung memilih barisan kepimpinan termasuk peringkat pusat kelak. Syor yang turut disentuh ialah menghapuskan sistem kuota yang diperkenalkan hampir dua dekad lalu.

Ia merupakan antara pelbagai syor dan saranan yang disentuh oleh MT malam kelmarin, hasil sesi retreat tahun lalu – susulan prestasi buruk Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-12 Mac lalu. Bagaimanapun MT tidak mengambil sebarang keputusan muktamad mengenai cadangan itu, sebaliknya perkara tersebut akan diteliti secara mendalam selepas perhimpunan agung dan pemilihan Mac ini.

Syor-syor itu yang dikemukakan pada mesyuarat itu, antara lain bertujuan menangani masalah gejala politik wang yang dilihat sebagai semakin serius selain mahu memperkukuhkan parti dari pelbagai sudut bagi menghadapi cabaran semasa dan masa depan. Read the rest of this entry

Sah Shahrizat vs Rafidah Rebut Ketua Wanita Umno


Salam Perjuangan…

Shahrizat sah tanding Ketua Wanita Umno


PETALING JAYA : Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini mengumumkan beliau akan bertanding menentang ketuanya, Tan Sri Rafidah Aziz bagi jawatan Ketua pergerakan itu pada pemilihan parti Mac depan.

Shahrizat melalui kenyataan dua perengganya hari ini mengesahkan bahawa beliau menerima pencalonan dan sokongan untuk bertanding jawatan itu.

“Wanita Umno mesti bersatu dalam mengukuhkan parti serta berani membawa perubahan dan pembaharuan,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Keputusan beliau itu sekaligus melenyapkan pelan peralihan kuasa yang dirancang oleh Rafidah untuk menyerahkan kepimpinan pergerakan itu pada Shahrizat pada Jun depan.

Dengan keputusan itu juga bermakna akan memberi laluan kepada satu-satunya saingan Shahrizat bagi jawatan Naib Ketua iaitu Datuk Kamilia Ibrahim untuk menang tanpa bertanding pada pemilihan akan datang.

Kamilia sebelum ini telah berulang kali berkata beliau tidak menyetujui pelan peralihan Jun itu dengan alasan ia bertentangan dengan perlembangaan Umno. Read the rest of this entry

Bawa Kes Ke Mahkamah, Umno Pecat AJK Tanah Merah


Salam Perjuangan…

Ahli jawatankuasa Umno bahagian Tanah Merah, Abdul Rahman Ibrahim telah dipecat daripada Umno ekoran tindakannya mengemukakan saman pemula dan mendapat perintah Mahkamah Tinggi Kota Bharu bagi menghalang 32 ahli termasuk bekas Ketua Pemuda, Ikmal Hisham Abdul Aziz menghadiri mesyuarat bahagian tersebut.

Beliau mendapatkan perintah itu pada 4 November lalu yang berkuatkuasa sehingga esok.

Menurut surat dari ibupejabat Umno yang bertarikh 18 November, pemecatan Abdul Rahman berkuatkuasa pada 4 November lalu.

Surat tersebut ditandatangani oleh Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Ia antara lain menyebut, mesyuarat jawatankuasa pengurusa Majlis Tertinggi Umno yang bersidang kelmarin memutuskan keahlian Abdul Rahman gugur berkuatkuasa 4 November mengikut Fasal 20.7 Perlembagaan Umno kerana membawa perkara parti ke mahkamah.

Ketika dihubungi petang ini, Abdul Rahman mengesahkan beliau menerima surat tersebut semalam. Read the rest of this entry

Wanita Perak Dakwa Diarah Calonkan Rafidah


Salam Perjuangan…

Pencalonan yang diberikan oleh Wanita Umno bahagian kepada Tan Sri Rafidah Aziz untuk mempertahankan jawatan ketua Wanita Umno adalah kerana arahan dan bukannya kehendak sebenar ahli akar umbi, kata Naib Ketua Wanita Umno Perak, Datuk Rusnah Kassim.

Kenyataan beliau disokong oleh anggota exco Wanita Umno, Datuk Khamsiyah Yeop yang menjelaskan bahawa 117 pencalonan yang diterima oleh Rafidah adalah “sekadar di atas kertas” dan tidak boleh diguna pakai untuk mencerminkan kehendak sebenar ahli pergerakan itu yang mahukan gandingan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Datuk Kamilia Ibrahim.

Mereka berkata demikian pada satu sidang akhbar di Ipoh bagi mengumumkan bahawa 22 daripada 24 bahagian Wanita Umno di Perak kini mahu agar peralihan kuasa daripada Rafidah kepada Shahrizat dipercepatkan dari Jun ke Mac tahun depan.

“Kami berhasrat untuk mempunyai ketua pada Mac ini dan bukannya pemangku,” kata Rusnah, demikian menurut laporan Bernama.

Beliau berkata bahawa dalam mesyuarat perwakilan masing-masing dari 9 Oktober hingga 9 November lalu, bahagian-bahagian yang mencalonkan Rafidah bagi jawatan Ketua Wanita berbuat demikian bukan berdasarkan kehendak sebenar akar umbi sebaliknya kerana mengikut arahan. Read the rest of this entry

Jika Shahrizat Lawan Rafidah, Kamilia Dapat Untung?


Salam Perjuangan…

Perang antara kelompok Ketua Wanita Umno dengan Naibnya, masih berterusan, malah terbaru Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil dikatakan bakal mengumumkan akan bertanding menentang ketuanya, Dato’ Seri Rafidah Aziz Mac ini.

Dari sumber tertentu menyatakan esok (khamis) Shahrizat bakal membuat pengumuman tersebut yang sekaligus menamatkan Pelan Peralihan Kuasa Jun 2009.

Sumber-sumber itu berkata Shahrizat juga didorong oleh keputusan anggota exco Wanita Dato’ Kamilia Ibrahim untuk bertanding jawatan Naib Ketua yang disandang Shahrizat sekarang.

Kamilia berulang kali berkata beliau tidak menyetujui pelan peralihan Jun itu dengan alasan ia bertentangan dengan perlembangaan Umno.

“Malah pendirian tegas Datuk Kamilia itu tidak memberi pilihan kepada Datuk Seri Shahrizat selain daripada bertanding jawatan ketua Wanita Umno.

“Pada masa yang sama ia telah juga memudahkan beliau membuat keputusan itu,” kata sumber-sumber itu.

Shahrizat, menurut sumber-sumber itu lagi, telah memberitahu keputusannya kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Read the rest of this entry

Shahrizat Dijangka Umum Tanding Ketua Wanita Umno Khamis Ini


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR : Naib Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah membuat keputusan untuk bertanding jawatan Ketua pergerakan itu pada pemilihan parti Mac depan, menurut sumber-sumber.

Shahrizat dijangka mengumumkan keputusannya Khamis ini yang sekaligus akan melenyapkan pelan peralihan kuasa yang dirancang oleh Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz untuk menyerahkan kepimpinan pergerakan itu pada Shahrizat pada Jun depan.

Sumber-sumber itu memberitahu Bernama, Shahrizat berpendapat bertanding jawatan itu adalah keputusan yang terbaik baginya memandangkan Rafidah tetap bertegas untuk melepaskannya hanya pada Jun dan menolak desakan dari banyak pihak dalam parti supaya peralihan kuasa Wanita Umno diselaraskan dengan pelan peralihan Umno induk iaitu pada Mac.

Pada Mac, Presiden Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menyerahkan kedua-dua jawatan itu kepada timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak. Read the rest of this entry

Maznah : Shahrizat Mampu Tumpaskan Rafidah….


Salam Perjuangan…

Makluman balas dari akar umbi menunjukkan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mampu menumpaskan Tan Sri Rafidah Aziz sekiranya berlaku pertandingan bagi jawatan ketua Wanita Umno, kata bekas exco pergerakan itu, Datuk Maznah Hamid.

“Kalau nak bertanding, kami dapat maklum balas dan kajian, kami pasti kemenangan berpihak kepada gandingan Shahrizat dan Datuk Kamilia Ibrahim.

“Semua mata tertumpu kepada Rafidah dan menilai keikhlasan daripadanya,” kata Maznah ketika dihubungi hari ini

Malaysiakini difahamkan Maznah yang juga ketua Wanita Umno Jerlun, turut terlibat dalam perbincangan untuk menyelesaikan isu peralihan kuasa dalam sayap Umno itu.

Beliau juga mencadangkan diwujudkan situasi menang-menang bagi menyelesaikan masalah peralihan kuasa dalam pergerakan itu, di samping mengelakan perpecahan dalam Wanita Umno. Read the rest of this entry

Rasuah Tertinggi, Boikot Sahaja Pemilihan Umno Mac Ini – Mahfuz


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR, 18 Nov – Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar menyeru ahli dan perwakilan Umno memboikot pemilihan jawatan parti itu Mac ini berikutan barah rasuah yang berlaku dalam pencalonan.

Mahfuz yang ditemui di Parlimen semalam menyatakan, beliau terkejut dengan pendedahan Pengerusi Perhubungan Umno Pahang, Dato’ Seri Adnan Yaakob bahawa lebih 900 aduan kes rasuah diterima setakat ini.

“Ini senario paling parah dalam sejarah Umno, ini yang dilaporkan yang tidak dilaporkan kita tidak tahun berapa banyak lagi, dan ia mungkin melibatkan jutaan wang,” katanya ketika mengulas isu rasuah dalam pemilihan Umno yang kini semakin mendapat perhatian media.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena juga melahirkan kebimbangan dengan senario rasuah yang membarah dalam Umno ini kerana pemimpin yang bakal dipilih adalah kalangan mereka yang menang dengan rasuah.

“Rasuah ini boleh jadi dengan sogokan wang atau janji-janji kuasa atau projek oleh seseorang wakil kepada calon. Dalam Umno hal ini secara terang kini didedahkan pelbagai lapisan pemimpin parti,” katanya. Read the rest of this entry

PM Mahu Temui Wanita Umno Selesai Krisis


Salam Perjuangan…

TASHKENT (Uzbekistan) : Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menemui pemimpin-pemimpin Wanita Umno sekembali beliau ke tanah air daripada lawatan ke dua buah negara Asia Tengah sekarang untuk menyelesaikan isu kepimpinan dalam pergerakan itu.

Perdana Menteri berkata pada mulanya beliau berharap Wanita Umno dapat menyelesaikan sendiri masalah peralihan kuasa dalam pergerakan itu sebelum tarikh pelaksanaannya pada Jun tahun lepas.

“Namun, masalah ini masih berlarutan dan tidak ada tanda ia akan reda, saya akan cuba bantu mereka,” katanya kepada pemberita yang mengikuti lawatannya itu.

Beliau kini berada di Uzbekistan untuk lawatan empat hari dan akan berlepas ke Turkmenistan esok sebelum pulang pada Khamis.

Abdullah, yang juga Presiden Umno, berkata beliau berharap pemilihan dalam Wanita Umno tidak akan menyebabkan perpecahan kerana ini boleh melemahkan parti. Read the rest of this entry