Daily Archives: 7 Februari 2009

Bala Atau Ujian, Muhasabah Dalam Hidup Mukmin


Salam Perjuangan…

Firman Allah swt dalam surah al-Syura ayat 30 maksudnya : Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.

Jika diperhatikan ayat di atas dengan cermat kita secara jujur akan dapat menangkap pesan-pesan moral ilahi dengan kesedaran bahawa Tuhan menimpakan azab dengan tujuan mengingatkan hambaNya yang selalu lalai.

Hakikatnya musibah yang berlaku ini begitu sulit untuk dihapuskan dari memori kolektif, bukan sahaja oleh penduduk di Palestin yang diserang zionis, tetapi oleh kita semua. Kesan serangan ini terlalu dahsyat hingga infrastruktur di negeri-negeri terlibat menjadi lumpuh.Trauma serangan yang berlaku belum selesai, tiba-tiba ia berterusan dengan lebih teruk berganda lebih dari yang dijangkakan. Read the rest of this entry

Apa membezakan upacara LOMPAT ANWAR dengan LOMPAT NAJIB


Salam Perjuangan…

Bersalahkah Anwar Bin Ibrahim?

Ketika keputusan pilihanraya pada 8 Mac 2008 diumumkan, semua rakyat bersorak kegembiraan. BN hilang 2/3 majoriti, BN hilang 5 negeri, Samy Vellu kalah, Sharizat kalah, KJ pada kiraan awal kalah lepas itu menang dengan penurunan majoriti dengan begitu mendadak. Semuanya disambut dengan penuh rasa kegembiraan, tangisan, dan sambutan terhadap kemenangan tersebut diraikan dengan penuh rasa syukur.

Namun apabila kerajaan Pakatan Rakyat di Perak goyah dan telah dirampas kekuasaannya dengan tidak mengikut undang – undang. Mula kedengaran suara – suara busuk mengeji Anwar Bin Ibrahim. Ada yang mengatakan beliau tidak pandai memilih calon. Ada yang mengatakan sebab beliau yang sibuk – sibuk cakap fasal 16 September maka inilah hasilnya. Perak hilang. Read the rest of this entry

Wasiat ke-5 al-Banna, kurangkanlah ketawa


Salam Perjuangan…

Jangan banyak ketawa sebab hati yang selalu berkomunikasi dengan Allah (zikir) sangat tenang dan tenteram. Hasan al-Banna.

Ada riwayat yang menunjukkan bahawa kebanyakan ketawanya ialah dengan tersenyum, dan apabila baginda ketawa, baginda ketawa seperti embun yang dingin. Sementara itu, ada juga riwayat yang menyebutkan bahawa ketawa Rasulullah tidak menunjukkan gigi.

Bagaimanapun, semua perlakuan itu cuma sekadar mengingatkan umat Islam selaku umat pendakwah bahawa gurauan, ketawa itu cuma amalan untuk mengurangi ketegangan jiwa.

Saidina Ali k.w juga menyebutkan bahawa sesekali kita perlu bergurau untuk menyebabkan jiwa rasa terhibur. Tetapi, ini tidak bererti kita perlu berhibur secara keterlaluan. Read the rest of this entry

Jangan banyak berdebat, wasiat ke-4 Hasan al-Banna


Salam Perjuangan…

Janganlah memperbanyak perdebatan dalam berbagai bidang pembicaraan kecuali dalam hal yang penting. Pertengkaran ini semata-mata tak akan mendatangkan kebaikan, demikian wasiat Hasan al-Banna.

Sememangnya, perdebatan lebih banyak mengundang kehancuran kerana pada realiti hari ini, umat Islam terdedah dengan sifat angkuh, kurang ilmu serta tidak menghormati kebenaran. Mereka lebih suka berdebat sekadar menonjol-nonjolkan kehebatan diri.

Sedangkan, yang jujur berdebat mengenai hal-hal dasar sangat kurang. Dalam pada itu, kita lihat ramai sekali yang suka berdebat akan memilih tajuk-tajuk yang ringan, bersifat rantingan dan ini tentunya membuang masa. Read the rest of this entry

Wasiat al-Banna ke-3, berusahalah berbahasa Arab dengan fasih


Salam Perjuangan…

Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang betul. Hasan al-Banna.

Asy-Syahid Imam Hasan al-Banna dalam wasiatnya yang ketiga meminta kita dapat mempelajari dan berusaha keras memahami bahasa Arab. Kenapakah pentingnya umat Islam memahami bahasa Arab dengan fasih itu?

Berikut, kami paparkan kepentingan bahasa Arab sebagai yang disebutkan dalam al-Quran.

Yusuf
[1] Alif, Laam, Raa’. Ini ialah ayat-ayat Kitab Al-Quran yang menyatakan kebenaran. [2] Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya. Read the rest of this entry

Baca al-Quran, jangan buang masa, wasiat ke-2 al-Banna


Salam Perjuangan…

“Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik atau amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dengan hal-hal yang tidak berfaedah.” Wasiat kedua Imam Hasan al-Banna.

Program tarbiyyah kedua yang terjelma melalui wasiat Hasan al-Banna ialah perihal mempertingkat daya faham umat Islam melalui bacaan al-Quran, membaca buku-buku, mendengar ceramah agama, mengamalkan zikrullah.

Pendek kata, Imam Hasan al-Banna tidak mahu anggota ikhwan atau umat Islam itu akan terbuang waktunya walau sedikit pun dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Di dalam surah al-Asr, disebutkan mengenai kerugian yang dikaitkan dengan masa. Pada asalnya, semua manusia itu hidup sentiasa dalam kerugian. Read the rest of this entry

Solat asas keteguhan keperibadian Muslimin, wasiat pertama al-Banna


Salam Perjuangan…

“Apabila mendengar azan bangun serta-merta walau dalam keadaan bagaimana sekali pun,” kata asy-Syahid Imam Hasan al-Banna lewat wasiatnya yang pertama.

Di dalam 10 wasiat asy-Syahid Imam Hasan al-Banna, beliau mengingatkan ikhwan berhubung solat. Solat terletak di tempat yang pertama, mengatasi segala yang lain.

Hal ini sesuai sekali dengan kisah bagaimana pendirian baginda Rasulullah s.a.w tentang solat. Solat adalah antara ucapan terakhir yang kerap disebut oleh baginda menjelang hari terakhir kewafatannya.

“Apabila mendengar azan bangunlah serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun,” demikian pesan al-Banna. Kenapa sang mujaddid ini meletakkan ungkapan sebegitu? Read the rest of this entry

Himpunan 100 ribu rakyat bantah PPSMI


Salam Perjuangan…

Satu himpunan 100 ribu rakyat untuk menyerahkan memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong di Istana Negara akan diadakan bagi membantah pelaksanaan Pengajaran & Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

Himpunan yang akan diadakan pada 7 Mac bermula jam 2 petang itu anjuran Lajnah Penerangan PAS Pusat bersama Lajnah Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat & Gerakan Memansuh PPSMI.

Demikian menurut Setiausaha Gerakan Memansuh PPSMI (GMP), Hasni Abas dalam majlis penerangan bantahan terhadap pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di Taman Melewar.

Himpunan yang diadakan akan memberi tekanan kepada kerajaan dan Umno yang akan mengadakan pemilihan dalam mesyuarat Agung Umno pada 24 hingga 28 Mac nanti. Read the rest of this entry

Rakyat Murka, Sultan Derhaka! Malaysiakini


Salam Perjuangan…

Tiba-tiba rakyat bangkit murka
tidak sangka sultan menderhaka
meminggir sepi suara keramat
memperkenan sembah barisan bangsat

Keadilan bukan kanun retorik
hiasan perlembagaan kosmetik
dari busuk ketulan taik-taik
pertubuhan bersatu melayu fasik
Read the rest of this entry

Mahathir : Sultan boleh disaman


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR : Undang-undang membolehkan seseorang Sultan untuk dibawa ke mahkamah, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

“Dari segi etika, ia tidak baik tetapi dari segi perundangan, tiada siapa yang boleh dihalang daripada menyaman (Sultan)… ini undang-undang,” katanya.

Berhubung soalan sama ada Dewan Undangan Negeri (DUN) sewajarnya telah dibubarkan, bekas Presiden umno itu memberitahu, DUN Perak seharusnya telah bertemu dan memutuskan undi tidak percaya ke atas Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kerana ia satu-satunya cara untuk menjatuhkan kerajaan negeri pimpinannya.

“Bagaimanapun jika Menteri Besar (Nizar) enggan mengadakan sidang DUN, tiada siapa yang boleh memaksa beliau,” katanya. Read the rest of this entry