Daily Archives: 17 April 2009

Dun Perak bersidang 7 Mei?


Salam Perjuangan…

Setiausaha Dewan Undangan Negeri Perak yang digantung perkhidmatannya, Abdullah Antong Sabri memanggil sidang Dewan Undangan Negeri Perak 7 Mei ini, tujuh hari sebelum tarikhnya luput.

Langkah ini diambil ekoran keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak keputusan Jawatankuasa Terpilih Dun yang diketuai Speaker menggantung Datuk Dr Zambry dan barisan Exconya dari menjadi Adun Perak.

Seminggu lalu, Zambry pernah berkata, fokus utama kerajaannya sekarang adalah mengadakan sidang Dun sebelum ianya luput tarikh 15 Mei nanti.

Beliau berharap tidak ada mana-mana pihak khasnya Speaker yang membuat perangai tidak baik. Read the rest of this entry

Pilihanraya kecil : Siapa Penakut?


Salam Perjuangan…

KERAJAAN Selangor takut, kata Ketua Pemuda Umno Selangor, Abdul Shukor Idrus. Sebab itu, ia memujuk Elizabeth Wong kembali sebagai Ahli Dewan Negeri Bukit Lanjan dan Exco kerajaan negeri.

Shukor berkata, jika peletakan jawatan Wong diterima, maka kerajaan negeri akan menghadapi rakyat yang kini tahu bagaimana menilai prestasinya sejak setahun memerintah negeri berkenaan. Katanya, rekod kerajaan negeri buruk dan itu jadi punca ketakutannya melepaskan Wong.

Shukor juga berkata, langkah kerajaan negeri itu juga menunjukkan kerajaan negeri tiada mempunyai pemimpin yang sesuai untuk diketengahkan jika berlaku pilihanraya kecil. Read the rest of this entry

Belum Lawan BN Sudah Angkat Bendera Putih


Salam Perjuangan…

Cuba baca dua berita ini. Kemudian cuba anda buat ksimpulan, apa yang tersirat di hati dua pemimpin BN ini :

  1. Tindakan bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin meletak jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti, menunjukkan tembelang Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang lebih gemar mencari populariti politik, berbanding membantu rakyat. Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abd Jalil Majid dalam satu kenyataan di sini, hari ini berkata tindakan wakil rakyat pembangkang berkenaan juga hanya merugikan rakyat, termasuk pembaziran wang. “Tindakan beliau (Mohammad Fairus) itu hanya akan menyusahkan dan menghampakan rakyat, selain membazirkan wang mereka (Sumber : Berita Harian Online) Read the rest of this entry

Selagi Kes Nizar Belum Diputuskan Isu Perak Masih Hidup dan Subur


Salam Perjuangan…

Sekalipun Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar tidak mempunyai kuasa untuk menggantung Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam Exco yang lain daripada menghadiri sidang DUN, namun peguam yang mengetuai pasukan Sivakumar, Sulaiman Abdullah berkata, “Saya dan client saya tidak kecewa dengan keputusan mahkamah hari ini.”

“Apa yang kita akan lakukan adalah untuk berbincang dan melihat apa yang diputuskan mahkamah dan apa yang boleh dilakukan seterusnya.

“Saya dapati tidak ada pihak yang menang semuanya dan tidak ada yang kalah semuanya kerana masih ada ruang untuk berbincang dan bertindak walaupun mahkamah telah membuat keputusan. Read the rest of this entry

Keangkuhan UMNO Bakal Terbenam Di Penanti


Salam Perjuangan…

Pilihanraya kecil N12 Penanti adalah satu lagi anugerah bagi memanifestasikan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat disamping membenamkan keangkuhan UMNO-BN. Dalam tempoh 60 hari dari sekarang bakal berlangsung satu lagu pilihanraya kecil pasca PRU 12 ekoran perletakan jawatan ADUN Penanti yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin.

Setelah membuktikan kejayaan di Bukit Selambau dan keunggulan di Bukit Gantang, sepastinya Penanti akan merupakan satu “endorsement” tentang suara hati rakyat terutama pandangan rakyat terhadap kepimpinan baru negara yang diketuai oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

DUN N12 Penanti terletak di dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh. Dari segi struktur masyarakatnya pula Read the rest of this entry

Utusan UMNO Menentang Gagasan One Malaysia?


Salam Perjuangan…

Akhbr Utusan malaysia hari semalam telah membawa satu headline yang bersifat rasis untuk membangkitkan perasaan perkauman terutama di kalangan masyarakat Melayu dengan tajuk “Bangkitlah Melayu”.

Dengan bermula menyeru orang Melayu perlu bangkit dan bersatu dalam berhadapan dengan tuntutan kaum lain yang kini dilihat semakin keterlaluan diikuti dengan ingatan bahawa kononnya mereka perlu sedar dan insaf dengan situasi politik semasa yang menyaksikan pelbagai tuntutan hingga boleh menjejaskan kekuatan politik orang Melayu ianya dilihat sebagai satu usaha yang bertentangan dengan slogan One Malaysia yang diumumkan oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak.

Tulisan tersebut menambah, “Sehubungan itu, orang Melayu diminta tidak tunduk kepada tuntutan keterlaluan tersebut sebalik bangkit bersatu bagi mempertahankan hak dan kepentingan mereka”. Read the rest of this entry

Selepas Bukit Gantang Penanti Pula Akan Hadapi Pilihanraya


Salam Perjuangan…

Di dalam satu perkembangan yang mengejutkan, bekas timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin hari ini mengumumkan keputusannya meletak jawatan ADUN Penanti, berkuatkuasa hari ini.

Katanya, keputusan itu dibuat untuk membolehkan beliau memberi tumpuan penuh terhadap usaha bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat siswazah lanjutan.

Ia juga, katanya, untuk memberi masa kepadanya untuk bersama-sama dengan keluarga “yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasan saya”. Read the rest of this entry