Daily Archives: 11 Oktober 2008

Krisis Ekonomi Dari US ke UK : Ulasan & Perspektif Islam


Salam Perjuangan…

Bencana krisis kewangan di USA telah merebak ke negara lain sedikit demi sedikit, jika ia tidak berjaya dipulih, sedikit lagi setiap kita akan merasai pedihnya.

Sekali lagi saya akan cuba menerangkan secara ringkas dan agak mudah apa yang berlaku kepada industri perbankan di United Kingdom dan lainnya. Saya akan cuba membawa ringkasan fakta disusuli beberapa pandangan Islam. Sekali lagi saya ingatkan bahawa ini hanyalah sebuah artikel ringkas yang ditulis untuk kefahaman pembaca bukan di bidang ekonomi dan kewangan. Diharap tulisan ini dapat serba sedikit mengisi kekosongan ulasan ilmuan Islam di Malaysia dan seluruh dunia berkaitan krisis ekonomi dunia terkini.

Ia ditulis secara mudah sekadar memberi pembaca gambaran dan kesan serta pandangan Islamterutama berkenaan pengambilalihan (nationalization) bank komersial, pemotongan interest rate dan lain-lain.

BAIL OUT : DARI AMERIKA KE UNITED KINGDOM

Jika sebelum ini saya telah menulis berkenaan bailout USD 700 billion yang diperuntukkan oleh kerajaan US untuk menyelamatkan beberapa buah bank dan institusi kewangan di USA.

Krisis kelihatan semakin merebak di US dan kini mula merebak ke United Kingdom dan beberapa buah negara lain.

Manakala situasi di USA semakin menjunam apabila sebuah bank konvesnional riba bernama Washington Mutual yang asetnya bernilai USD307 bilion terpaksa ‘gulung tikar’, ia dijual kepada syarikat gergasi JP Morgan dengan harga USD 1.9 bilion sahaja. Semalam (9 Oktober 08) diwartakan Saham di Amerika jatuh lagi ke tahap yang benar-benar teruk.

Di UK pula, HBOS iaitu salah sebuah institusi kewangan riba yang terbesar turut jatuh terlungkup. Mereka dibeli oleh Lloyds TSB.

Jatuh itu maksudnya, sama ada dibeli oleh bank lain ataupun dibeli oleh kerajaan melalui proses bailout. Itulah yang dinamakan ‘nationalization’.

BAIL OUT OLEH UK

UK Prime Minister Gordon Brown mengumumkan peruntukan £50bn (USD 88bn) untuk memilik negara sebahagian daripada kepentingan ekuiti dalam lapan bank utama negara itu, yang antaranya ialah HBOS, Lloyds TSB, Standard Chartered, Abbey dan Nationwide Building Society.

Read the rest of this entry

Ketua Pemuda : Mukhriz Terus Mendahului


Salam Perjuangan…

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir terus mendahului pencalonan untuk jawatan ketua Pemuda Umno Malaysia.

Selepas 14 bahagian Pemuda selesai bermesyuarat, Mukhriz mendahului dengan lapan pencalonan manakala Khairy Jamaluddin memperolehi mpat pencalonan.

Bahagian yang mencalonkan Mukhriz ialah Jerlun, Besut, Kimanis, Alor Star, Cameron Highlands, Kota Melaka, Tasek Gelugor dan Bukit Gelugor.

Manakala bahagian Machang, Pengkalan Chepa, Ketereh dan Silam mencalonkan Khairy.

Manakala bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo mendapat dua pencalonan dari Bahagian Tumpat dan Kapar.

Seorang lagi calon – timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Perlis, Datuk Zahidi Zainul Abidin belum mendapat pencalonan.

Ahli Parlimen Muar Datuk Razali brahim dan Exco Pemuda Datuk Reezal Merican Naina Merican, masing-masing memperoleh enam pencalonan untuk jawatan naib ketua.

Read the rest of this entry

PM : Bolehkan Keahlian Langsung BN


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengesyorkan idea membenarkan keanggotaan secara langsung dalam Barisan Nasional tanpa menjadi ahli mana-mana parti komponen, sekaligus membentuk parti pelbagai kaum.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan di ibu negara, pagi ini.

Syor ini selari dengan pandangan pelbagai pihak yang mahukan parti pelbagai kaum selepas pilihan raya umum ke-12 pada Mac lalu. mstar

[Eloklah macam tu, nanti bila nak letak calon masa pilihan raya bertumbuk la ahli BN yang nak jadi calon. Elok dilaksanakan bagi memastikan hayat Umno yang nyawa-nyawa ikan masih boleh bernafas dalam lumpur, “Hidup segan, mati tak mahu”. Nampaknya Pak Lah terima juga cadangan yang diutarakan oleh parti Gerakan yang mengesorkan ditubuhkan hanya satu parti sahaja, tidak ada parti komponen. Pak Lah rasa Umno amnya dan BN khasnya sekarang sudah tidak terima oleh rakyat disebabkan oleh pecahan parti-parti komponen tertentu untuk kaum tertentu, jadi justeru itu dia mengambil langkah ini untuk tidak menguburkan Umno dan BN itu sendiri bagi menampakkan BN ini bukan parti perkauman.]

Sensasi : Najib Terkena Badi Anwar, Terguna Ungkapan “Suara Rakyat Suara Keramat”!!


Salam Perjuangan…

Nampaknya senario yang tidak menentu dalam politik negara mutakhir ini menyebabkan puak-puak UMNO semakin menggelabah dan bertelagah sesama sendiri. Peralihan kuasa yang dimaksudkan bakal menjerumus parti itu ke arah kehancuran. Inilah padahnya bila kuasa mengatasi segala-galanya. Demi mempertahankan kuasa mereka sanggup melakukan apa saja tanpa memikirkan risiko dan akibatnya di kemudian hari. Anehnya, baru sekarang mereka mula memikirkan kehendak rakyat. Dalam isu minyak misalnya, baru sekarang mereka mula pandai “menurunkannya setiap kali pasaran minyak global turun”.

Jika tidak, sebelum ini berbagai alasan diberikan jika ada usaha untuk menurunkan harga minyak. Sebaliknya bila harga dinaikkan, maka cerita yang sama dimainkan iaitu “pasaran minyak global naik maka minyak negara juga mesti dinaikkan”. Rakyat sudah muak dan melihat perkara ini dengan berhati-hati. Rakyat sudah mula menilai pemimpin yang mereka pilih. Lantaran itulah kini rakyat sudah mula ditakuti dan bisa bersuara. Jika tidak kerana Anwar, masakan minyak akan turun. Begitulah pandangan rakyat mengenai hal ini.

Namun kini, semuanya sudah terlambat. Buatlah peralihan kuasa macam mana sekalipun, jika ia masih berkisarkan dalaman UMNO. Maka rakyat sudah tidak percaya dan hilang keyakinan. Derita rakyat sudah berada dikemuncaknya. Mereka mahukan perubahan bukannya peralihan kuasa. Kuasa dialih tapi sistemnya tetap sama, mana mungkin rakyat dapat hidup selesa. Maka itulah perubahan kerajaan yang diperlukan sekarang. Menyedari hakikat ini maka lucu benar bila melihat kenyataan TPM Najib Razak di media hari ini. Beliau mula pandai menyebut “Suara Rakyat Suara Keramat” !!. Agaknya beliau lupa, itulah ungkapan yang sering digunakan oleh Anwar selama ini. Entah mengapa, tiba-tiba Najib terkena badi Anwar agaknya atau beliau bermimpi disiang hari memikirkan sempat atau tidak untuk beliau menjadi Perdana Menteri bulan Mac 2009 nanti.

[Apapun tahniah diucapkan kepada Najib yang sudah mula faham suara rakyat suara keramat. Maka itu jangan sesekali menyakitkan hati dan merosakkan kepercayaan rakyat. Najib sepatutnya belajar dan mencontohi kepimpinan ayahnya Tun Razak. Namun, mungkin dek kerana beliau tidak habis belajar di London dulu, terpaksa dipanggil balik ke Pahang untuk bergelar Menteri Besar dalam usia mudanya. Lantaran itulah Najib gagal untuk membuat pertimbangan dalam sesetengah isu masa ini. Runtuhnya UMNO maka hilanglah Najib nanti !] pahangdaily