Daily Archives: 5 Oktober 2008

“Contempt Of Court”, Adnan Yaakob Bakal Dipanggil Ke Mahkamah !!


Salam Syawal…

Terbaru maklumat yang diterima, MB Pahang Dato’ Nan dikatakan bakal dipanggil ke mahkamah pada 14 Oktober 2008 ini. Tindakan ini adalah berkaitan dengan isu “Saman RM60 Juta” yang dibuat oleh syarikat pembalakan Seruan Gemilang Makmur Sdn. Bhd. (SGM). Adalah difahamkan MB Pahang itu bukan sahaja didapati “gagal” untuk membuat bayaran berkenaan malahan juga te;ah “menghina” mahkamah atas keputusan yang dibuat itu. Beliau tidak serius dan menganggap perkara yang telah diputuskan oleh mahkamah itu sekadar “main-main”. Inilah dia mentaliti MB Pahang, Adnan Yaakob yang cukup dikenali sebagai “MB Samseng” itu. Susulan daripada keengganan belia mengambil berat perkara ini, maka pihak SGM telah mendapat perintah mahkamah untuk membawa MB Pahang itu ke mahkamah atas “contempt of court” iaitu keengganan membayar RM60 juta itu.

Tindakan membawa Adnan ke mahkamah adalah langkah terakhir untuk mengajar MB Pahang itu tentang undang-undang di Malaysia. Selama ini beliau menganggap bahawa perkara ini sekadar “membuang masa” beliau sahaja, dan beliau langsung tidak mahu mencari jalan untuk berbincang atau pun membuat bayaran secara beransur-ansur. Maka kini setelah jumlahnya mencecah sehinggan RM60 juta, beliau barulah sedar akan kesilapannya itu agaknya. Namun, jalan yang dicari untuk menggunakan duit kerajaan negeri bagi membayar saman tersebut sudah pasti menemui jalan buntu. Ini kerana kantung kerajaan negeri juga sudah semakin “sontok” sekarang ini. Mana mungkin beliau ingin mengambil wang rakyat untuk itu.

Read the rest of this entry

Krisis Ekonomi US : Gambaran, Ulasan & Pandangan Islam


Salam Syawal…

Amerika Syarikat sedang menghadapi kejatuhan ekonominya akibat sistem kapitalis. Apa sebenarnya yang berlaku dan apa kaitannya dengan riba?. Dan adakah jika sistem kewangan dan ekonomi Islam dilaksanakan, kita akan terselamat dari malapetaka seperti ini. Tulisan ini akan cuba mendedahkan isu ini dalam bentuk yang separa ilmiah dengan kumpulan sasaran pembaca orang awam.

Justeru, jika anda seorang cendiakawan ekonomi, kewangan dan perbankan, saya kira tulisan ini mungkin tidak menambahkan sebarang nilai dan pengetahuan baru buat anda. Saya juga menggunakan bahasa-bahasa bukan kewangan bagi memudahkan kefahaman orang awam dalam memahami isu ini secara mudah.

Walaupun isu ini agak kompleks untuk diterangkan dengan mudah kepada pembaca yang tiada basic ilmu kewangan dan perbankan (kerana ia perbincangan berkenaannya banyak menggunakan istilah-istilah khusus kewangan dan perbankan), namun saya akan cuba sekadar kesempatan waktu dan kemampuan yang ada untuk memberi faham. Isunya begini..

Kegawatan bermula dari kes pinjaman dan pensekuritian bon Subprima.

FAHAMI SUBPRIME MORTGAGE TERLEBIH DAHULU

Subprime mortgage atau dalam bahasa Malaysia kita sebut “peluang kedua pinjaman”.

Ia adalah pinjaman wang yang diberikan kepada sekumpulan pengguna miskin, manakala sebahagian lainnya tidak menepati kriteria peminjam yang BOLEH diluluskan jika dilihat dari piawaian sesebuah bank. Ia disebut sebagai mempunyai ‘credit rating’ yang rendah. Mereka ini biasanya terdiri dari :-

Read the rest of this entry

Skandal Liwat Negara Malaysia


Salam Syawal…

Negara dikejutkan sekali lagi dengan peristiwa ’skandal seks’, iaitu seorang bekas Timbalan Perdana Menteri yang berumur 62 tahun, yang sakit di bahagian tulang belakangnya, juga tengkoknya dan kedaratnya mungkin tidak segagah dulu, telah berjaya ‘meliwat’ seorang anak muda yang berumur 23 tahun, gagah perkasa dan tinggi lampai orangnya. Yang menariknya kejadian ini bukan sekali dua, tetapi berkali-kali, bahkan ada yang pegawai unit-unit tertentu menyebarkan khabar angin bahawa si pemuda yang gagah perkasa ini telah diliwat dengan rakus sekali, dengan orang tua yang kedaratnya mungkin jauh kurang dari mangsanya. Beberapa pihak menjelaskan tentang bagaimana kes ini perlu ditangani, ada yang memberi cadangan supaya dilakukan muhabalah, ada yang kata perlu penghakiman dalam Islam dan ada yang menginginkan kedua-duanya.

Untuk menjawab persolan ini, kami ingin membincangkan hal ini secara sistematik mengikut penghujahan yang sebenarnya dari Fiqh Islam, bukannya Fiqh Sekular yang memisahkan agama dari kehidupan.

Perbezaan Antara Liwat dan Zina

Liwat dengan zina adalah dua perkara yang berbeza, di mana liwat didefinisikan sebagai memasukkan alat kelamin lelaki ke dalam dubur lelaki yang lain. Manakala zina pula adalah memasukkan alat kelamin lelaki ke dalam faraj perempuan. Maka dengan itu, hukuman liwat adalah tidak sama dengan hukuman zina, kerana di antara keduanya terdapat perbezaan dari segi fakta dan definisi yang telah disebutkan di atas.

Liwat juga tidak boleh diqiaskan dengan zina, kerana dalil yang menjelaskan tentang zina, tidak mengandungi `illat sama sekali, sama ada `illat dalalah, `llat sharahah, `illat istinbath mahupun `illat qiyas. Sekiranya, sesuatu dalil tidak mengandungi `illat, maka tidak boleh sama sekali kita mencari-cari `illatnya bagi menetapkan sesuatu hukum. Kerana `illat itu, mestilah berdasarkan kepada `illat syar’iyyah, bukannya `illat `aqliyyah iaitu `illat yang berdasarkan `aqal semata-mata dan tidak bersandar kepada nash-nash syara‘ (nusus asy-syar’iyyah) serta tidak mengandungi rukun-rukun qiyas sebagaimana yang telah ditetapkan oleh ulama ushul fiqh (ushuliyyun). Kaedah `illat juga menyatakan; “al-`illat taduru ma’a ma’luul wujudan wa `adaman” (`illat itu beredar kepada apa yang di’illati ada atau tidak adanya).

Read the rest of this entry

Amanat Syeikh Ahmad Yassin


Salam Syawal…

Syeikh Ahmad Yasin yang begitu kecewa dan sedih dengan sikap bangsa arab telah berkata :“ tidakkah kamu semua lihat wahai bangsa arab, sudah sampai ke tahap mana keadaan ini?

Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati (lumpuh). Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku (yang perlahan ini).

Aku tidak mampu untuk ke mana-mana tempat bagi memenuhi hajatku kecuali jika mereka meggerakkan (kerusi roda) ku. Aku yang sudah beruban putih dan berada di penghujung usia, aku yang diserang pelbagai panyakit dan ditimpa bermacam-macam penderitaan.

Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang menimpa diriku turut menimpa bangsa arab sehingga menjadikan mereka begitu lemah. Adakah kalian semua begitu wahai bangsa arab, kalian diam membisu dan lemah, atau adakah kalian semua telah mati binasa.Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku terhadapa kami sehingga tiada satu golongan pun yang bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah… tiada satu pun kumpulan (daripada kalangan kalian) yang bangkit menentang musuh-musuh allah yang telah mengisytiharkan perang antarabangsa keatas kami dan menukarkan kami dari golongan mulia kepada golongan yangn dianiaya dan dizalimi oleh pembunuh dan penjenayah serta pengganas… tidak adakah yang mahu bangkit menentang musuh-musuh yang telah berjanji setia untuk menghancurkan dan menghukum kami.

Read the rest of this entry