Daily Archives: 29 Oktober 2008

PAS Bukan Parti Kampungan


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR, 29 Okt – Tindakan Umno menyekat kemasukan generasi muda yang berkelulusan tinggi menyebabkan mereka menyertai PAS, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Umno, kata beliau, seolah-olah menyekat kemasukan generasi muda terutamanya yang berpelajaran tinggi.

“Generasi muda ada sekatan dalam Umno, untuk masuk dalam Umno kita perlu melalui cawangan.

“Ketua cawangan memang tak suka sesiapa yang masuk cawangannya merupakan orang yang lebih berkaliber kerana takut akan kehilangan jawatan,” mStar Online memetik bekas Presiden Umno itu berkata dalam satu wawancara khas yang bertajuk Budaya Pemilihan Umno siaran Astro Awani.

Tambah beliau dengan menyekat kemasukan generasi muda yang berkelulusan tinggi, maka Umno akan kehilangan genarasi pelapis yang berdaya saing.

“Sebab itu kita lihat mereka (generasi muda) masuk PAS kerana Umno sendiri yang menyekat, kalau sekat kemasukan orang yang lebih berkaliber maka ini bermakna semakin lama semakin merosot,” katanya.

Jelas bekas Presiden Umno itu, ahli Umno sendiri dilihat seolah-olah merelakan amalan yang tidak sihat diteruskan dalam parti. Read the rest of this entry

Isu Baja Subsidi Di Kelantan Berlarutan Hampir 18 Tahun – Exco


Salam Perjuangan…

KOTA BHARU, 29 Okt – Isu baja subsidi nampaknya sukar untuk diselesaikan biar pun ia sudah berlarutan sejak hampir 18 tahun. Apa puncanya. Tidak lain lagi kerana politik sempit yang menjadi amalan pemimpin Umno.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknoloji, Che Abdullah Mat Nawi berkata, sepatutnya isu baja subsidi sudah lama selesai kerana ia menjadi tanggungjawab kerajaan pusat.

Bagaimanapun katanya, memandangkan baja milik kerajaan pusat tidak diagihkan secara adil, kerajaan negeri terpaksa mengeluarkan sendiri baja untuk diagih kepada petani yang disisihkan.

“Bagi tahun depan sejumlah RM2 juta diperuntukkan bagi menyediakan baja tersebut,” katanya ketika menggulung perbahasan bagi jawatankuasanya di persidangan Dun hari ini.

Oleh itu beliau juga berharap semangat perpaduan yang cuba diterapkan Ketua Pembangkang, Dato’ Mohd Alwi Che Ahmad benar-benar menjadi kenyataan dan bukan sekadar menanam tebu di bibir.

“Saya minta maaf dengan kakitangan KADA kerana mereka begitu baik dan sering memberi kerjasama, tetapi masalah berlaku membabitkan pegawai atasan yang sukar memberi kerjasama,” katanya.

Beliau juga berkata, kerajaan negeri tidak menghalang rancangan KADA, Lembaga Pertubuhan Peladang dan agensi lain membangunkan sektor pertanian di negeri ini. Read the rest of this entry

Apakah Misteri Di Sebalik Keputusan Kes Pembunuhan Altantunya Bakal Terjawab!!!


Salam Perjuangan…

Maka Jumaat ini, Mahkamah Tinggi Shah Alam akan menjadi perhatian orang ramai dan media, apabila Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin menyampaikan keputusannya dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Keputusan Mohd Zaki bukan sahaja menjadi debaran kepada tiga tertuduh, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar (kedua-duanya anggota Unit Tindakan Khas, UTK) dan penganalisis politik tanah air Abdul Razak Abdullah Baginda malahan kepada para pemerhati politik dan orang ramai. Kes berprofil tinggi ini mencetuskan pelbagai spekulasi sehinggakan nama seorang pemimpin negara pernah dikaitkan dan menyaksikan babak-babak yang mengejutkan pada sepanjang prosiding. Kes pembunuhan Altantuya di mana mayatnya dilupus menggunakan bahan letupan di Puncak Alam berlarutan hampir dua tahun dan pihak pendakwaan akhirnya menutup kes pada 23 Jun lepas. Sekiranya keputusan hakim memihak kepada pendakwaan yang berpendapat wujud prima facie terhadap ketiga-tiga tertuduh, mereka akan dipanggil membela diri manakala jika sebaliknya kesemua mereka akan dilepas dan dibebaskan. Read the rest of this entry

Ekuiti bumiputera: MCA Jangan Ambil Kesempatan


Salam Perjuangan…

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) memandang serius cadangan Naib Presiden MCA, Dato’ Liow Tiong Lai yang mahu kerajaan menghapuskan ekuiti 30 peratus Bumiputera untuk meningkatkan daya saing Bumiputera di negara ini.

DPP Pusat melihat cadangan ini sebagai satu bentuk tekanan politik yang dilakukan MCA ke atas Umno ekoran kelemahan pentadbiran kerajaan pada masa ini.

Tindakan ini secara tidak langsung boleh menjejaskan kestabilan kerajaan selain mencetuskan api perkauman.

Semenjak selepas pilihan raya pada Mac 2008, Umno berada dalam keadaan terdesak kerana BN sudah kehilangan majoriti dua pertiga.

Dengan jumlah kerusi yang ada, Umno tidak berupaya berdiri sendiri sebagai kerajaan dan ini membuka ruang kepada parti-parti perkauman dalam komponen BN untuk menggunakan kuasa tawar menawar mereka bagi menuntut hak-hak yang telah diperakui sebagai hak orang Melayu untuk kaum mereka.

Setelah SAPP menarik diri dari BN, parti-parti seperti MCA, MIC, Gerakan dan UPKO telah memberi tekanan kepada Umno.

Sebelum ini MIC menuntut pelbagai hak untuk kaum India, UPKO pula mendesak supaya hak bebas keluar daripada agama Islam, manakala Gerakan mendakwa orang Melayu bukan bangsa asal di negara ini.

Dan kini, MCA sebagai parti utama orang Cina, iaitu bangsa yang menguasai perniagaan di negara ini mahu ekuiti ekonomi Bumiputera dihapuskan. Read the rest of this entry

Nasib Malang Shahidan Disabotaj Umno Perlis


Salam Perjuangan…

CALON Naib Presiden Umno yang menarik diri, Dato’ Seri Shahidan Kassim berpendapat pemilihan jawatan peringkat tertinggi tidak adil kerana payah bagi calon-calon dari negeri kecil, seperti Perlis bersaing dengan calon dari negeri-negeri besar. Bekas Menteri Besar (MB) Perlis ini bercakap berdasarkan pengalamannya sendiri.

Shahidan sudah banyak kali bercakap isu yang serupa, tetapi tidak mendapat sambutan, kerana Shahidan memberikan contoh, pemilihan dalam persatuan sukan lebih adil, kerana setiap negeri menghantar perwakilan yang sama bilangannya.

Mana mungkin calon-calon lain, khususnya yang datang dari Johor, Negeri Sembilan, Sabah dan Perak mahu menyambut kenyataannya itu kerana ia ada kebenarannya.

Cita-cita Shahidan cukup besar, jauh lebih besar dari ‘Padang Besar’ yang menjadi perebutan antara Dato’ Zahidi Zainul Abidin dengan Dato’ Seri Azmi Khalid baru-baru ini.

Tidak salah sebenarnya memasang cita-cita besar dalam politik, walaupun datang dari negeri kecil, seperti Perlis tetapi Shahidan kenalah ada semangat juang yang tinggi.

Sebelum ini, Umno Perlis kurang diberikan perhatian, kecuali bila mereka kecoh. Suatu ketika dahulu, Perlis yang hanya mempunyai dua bahagian sahaja, Arau dan Kangar, pernah digelar ‘Korea Utara dan Korea Selatan’ kerana pertembungan dua puak.

Ketika itu, Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawateh menguasai Arau, manakala Dato’ Seri Radzi Sheikh Ahmad menguasai Kangar (termasuk sebahagian Padang Besar). Read the rest of this entry

Kelantan Bayar RM220 Juta Hutang Peninggalan Kerajaan BN


Salam Perjuangan…

KOTA BHARU, 29 Okt – Apakah kayu ukur untuk menggambarkan keupayaan ulama mentadbir sesebuah negeri. Antaranya boleh dilihat di Kelantan apabila kerajaan negeri tetap utuh di bawah PAS sejak 18 tahun lalu, biar pun sumber kewangannya terhad.

Setiap tahun bajet yang dibentang tidak besar berbanding negeri-negeri lain. Misalnya anggaran hasil tahun hadapan sebanyak RM339.98 juta, berbanding perbelanjaan mengurus RM360.26 juta.

Sedangkan negeri lain misalnya Selangor bajet 2009 melebihi RM1 bilion.

Namun, lebih menarik lagi apabila jumlah hutang yang ditinggalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sehingga kini sebanyak RM220.26 juta telah dibayar kerajaan PAS.

Berdasarkan kepada jumlah tersebut RM57.46 juta adalah kadar faedah (bunga) yang dikenakan, manakala jumlah pokok hutang yang dibayar sebanyak RM162.8 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Masyarakat, Dato’ Husam Musa berkata, jumlah hutang yang ditinggalkan kerajaan BN ketika PAS mula-mula mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri sebanyak RM718 juta.

Katanya, setiap tahun kira-kira RM11 juta dibayar kepada kerajaan pusat, menjadi jumlah yang dibayar sehingga sekarang sebanyak RM220 juta. Read the rest of this entry

Hentikan Yoga, Bimbang Rosak Akidah


Salam Perjuangan…

Pensyarah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Zakaria Stapa menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman yoga supaya menghentikannya kerana bimbang boleh memesongkan akidah.

Beliau ditemui Bernama di persidangan Seminar Fiqh dan Pemikiran Islam Lestari di Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini.

Yoga yang diperkenalkan sekitar 3,300 Sebelum Masihi dikatakan dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko kencing manis, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung.

Menurut agensi berita itu lagi, amalan senaman harian itu kebanyakannya mempunyai pergerakan berdasarkan unsur dalam agama Hindu seperti manifestasi gerakan, konsentrasi dan posisi tubuh dilakukan sambil membaca mentera.

Bagaimanapun Majlis Fatwa Kebangsaan belum membuat keputusan rasmi berhubung senaman tersebut.

Majlis itu akan membuat keputusannya dalam tempoh terdekat, kata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Bercakap selepas merasmikan persidangan fiqh di USM, timbalan ketua pengarah operasi jabatan itu Othman Mustapha berkata keputusan itu akan diumumkan sendiri oleh pengerusi majlis berkenaan Prof Datuk Dr Abdul shukor Husin.

Seminar itu anjuran Bahagian Pengajian Islam, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, USM dan Jakim, mengetengahkan konsep kelestarian pemikiran Islam yang berupaya merentasi cabaran bersifat kontemporari di masa akan datang.

Sejumlah 47 kertas kerja dibincangkan pada seminar itu.

Antaranya bertajuk ‘Konsep Fiqh Lestari’, ‘Konsep Pemikiran Lestari’, ‘Kelestarian Dalam Sosial: Toleransi Agama’, ‘Kelestarian Dalam Sosio-Budaya’, ‘Kelestarian Dalam Sains, teknologi dan Alam Sekitar’, ‘Kelestarian Dalam Ekonomi’ dan ‘Cabaran pemikiran Islam: Islam Liberal’.

‘Kelestarian Islam dalam Pendidikan’, ‘Cabaran Fiqh Lestari: Aspek Mazhab’, ‘Institusi Kewangan Islam: Zakat’, ‘Kelestarian Dalam Politik dan Perundangan’, dan ‘Kelestarian Dalam Institusi Kewangan Islam: Waqaf’. – malaysiakini

Pertarungan Umno : Siapa Pilihan Najib?


Salam Perjuangan…

Setakat ini bakal Presiden Umno, Mohd Najib Abdul Razak masih belum membuka mulut, siapakah yang beliau kehendaki untuk berada dalam pasukan baru pimpinannya.

Mungkin juga Najib tidak mahu mengiyakan atau menidakkan seseorang calon, kerana bimbang ianya berlawanan dengan arus akar umbi Umno

Ada yang berpendapat mungkin Najib akan menuruti saranan bekas Presiden Umno, Dr Mahathir Mohamad supaya dihapuskan saki baki juak-juak Abdullah Ahmad Badawi dalam Umno.

Mungkin juga Najib perlu ‘ignore’ sahaja saranan Dr Mahathir kerana, dalam keadaan sekarang hampir 100 peratus bahagian, mencalonkan beliau sebagai presiden.

Semua orang Umno hendak jadi orang Najib sekarang. Sama ada dia orang Mahathir, atau orang Anwar Ibrahim, atau orang Abdullah, semua hendak dilihat ‘attached’ dengan Najib.

Selaku bakal Presiden, sudah tentu berfikir bahawa imejnya akan terjejas, jika orang yang dikehendakinya tewas di gelanggang pemilihan.

Ikut jadual, pemilihan pucuk pimpinan Umno akan diadakan dalam Perhimpunan Agungnya pada Mac 2009. Ada lima bulan lagi, macam-macam boleh berlaku.

Namun orang-orang Umno tidak henti-henti membuat spekulasi dan berteka teki.

Sikap berdiam diri Najib membuatkan mereka ‘confius’. Mereka mahu Najib memberikan ‘signal’ siapa yang dikehendakinya dalam ‘team’ baru beliau. Read the rest of this entry

Barisan Nasional – Semakin Renggang


Salam Perjuangan…

Kedudukan perhubungan antara parti komponen dalam Barisan Nasional hari ini semakin retak. Bedak kosmetik muka yang dipakai selama ini semakin terhakis dan kelak parut-parut yang selama ini akan jelas kelihatan. Perhubungan semakin renggang bila komponen BN semakin hilang kuasa politik dan antara sebab yang mahu mereka kemukakan adalah kerana mereka menuruti – dominan UMNO dan mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu. Ini bagi mereka di nilai sebagai tidak memperjuangkan agenda bangsa dan kaum mereka sendiri. Mereka seolah-olah menyatakan bahawa kegagalan mereka adalah kerana mereka tidak bertindak seperti DAP – menuntut hak kesamarataan antara kaum dan mendesak serta menentang diskriminasi kaum – yang konon-kononnya wujud dalam negara kita ini.

Masyarakat Cina dan India khasnya menolak MCA dan MIC – komponen terbesar dalam BN kerana kegagalan mereka menjadi wadah perjuangan kaum masing-masing dan ini ambil sebagai benar oleh kepimpinan – kepimpinan Cina dan India dalam BN. Kedudukan BN baik perhubungan antara semasa komponen dan kedudukan mereka dari mata sokongan rakyat semakin menipis. BN akan kehilangan tempat begitu juga UMNO sudahnya.

Peranan pembangkang amat licik sekali. Tindakan perjuangan konon-kononnya tidak rasis. Hak kesamarataan dianggap sebagai satu keadilan yang perlu disempurnakan. Malang kesamarataan memang menampakkan keadilan buat bangsa lain tetapi adakah ia arca keadilan untuk kita bangsa Melayu? Adakah Melayu sendiri terasa akan adanya keadilan di dalam negara kita ini? Adakah tidak Melayu jatuh menjadi hamba kepada tekanan ekonomi. Bukankah Melayu itu sendiri tertinggal dalam partisipasi ekonomi sebenar dan hanya superfisial ‘ kulit dan bukan pada teras’. Read the rest of this entry

Guna Duit KWSP RM5 Bilion, Kenyataan PM Mengelirukan


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR,29 Okt – Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Malaysia (MTUC), Syed Syahir Syed Mohamud mendesak kerajaan menjelaskan persoalan berkaitan penggunaan wang Kumpulan Wang simpanan Pekerja atau KWSP berjumlah RM5 bilion bagi menyelamatkan syarikat saham besar, Value Cap.

“Saya keliru dengan kenyataan perdana Menteri, Timbalannya, menteri kewangan kedua yang menyatakan bahawa fundamental negara masih kuat bagi menghadapi krisis ekonomi.

“Jika kita sudah kuat, apa guna kita ambil RM5 bilion daripada KWSP? Ini semacam ada kontradiksi atau ada suatu yang tidak kena – yang mana satu betul ni?” katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Bahkan beliau turut mengemukakan beberapa persoalan lagi berhubung isu yang sama – menjelaskan lagi rasa tidak puas hati pihak MTUC dengan kenyataan pemimpin negara tersebut.

“Persoalan saya ialah untuk apa RM5 bilion tersebut digunakan? Sejauhmana ketelusan proses pengambilan dan urusan bail-out tersebut dijalankan dan apa manafaat yang diperolehi pencarum KWSP khususnya golongan berpendapatan rendah kesan daripada tindakan tersebut?

“Walau apapun tindakan yang dibuat kerajaan, wang tersebut tetap wang milik rakyat dan ianya tidak boleh diperlakukan sewenang-wenangnya,” ujarnya.

Mengulas lanjut tindakan yang akan dibuat MTUC mengenai isu tersebut, Syed Syahir menjelaskan pihaknya berkemungkinan akan mengajukan hal tersebut kepada perdana menteri atau menteri kewangan setelah selesai mengadakan perbincangan dengan jawatankuasa MTUC.

Dalam pada itu, beliau yang juga merupakan AJK Bersih meminta pihak yang terbabit dengan desas-desus cadangan pemecatan 50,000 pekerja kontrak di Jabatan Perkhidmatan Awam agar tampil memberi penjelasan bagi meleraikan permasalahan tersebut.

“Kita minta pihak yang terbabit menjelaskan apa cerita sebenarnya di sebalik kesemua ini? Ianya masih belum jelas,” katanya tegas.

Isu tersebut telah mendapat perhatian banyak pihak namun pihak Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam,Tan Sri Ismail Adam telah memberikan maklumbalas mengenai hal tersebut.

“Tetapi jawapan yang diberikan masih belum jelas,” ujarnya lagi.

Walau bagaimanapun, beliau tetap mengingatkan para peniaga agar tidak terlalu cepat bertindak dengan dengan hanya merujuk kepada suatu isu yang tidak mempunyai asas dan latar belakang yang kukuh. – harakahdaily

Kalau dah nak tipu tu, mestilah guna apa-apa alasan / helah bagi mengaburi mata rakyat walaupun nampak sangat alasan tu tidak logik. Itulah BN, bila terdesak semua wang simpanan rakyat sendiri digunakan bagi keselesaan kerajaan pimpinan meraka.