Daily Archives: 10 Oktober 2008

Pemilihan Umno Penuh Dengan Ilusi – Pensyarah


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR, 10 Okt – Fenomena pertandingan dalam pemilihan Umno yang bakal menyaksikan perebutan jawatan melibatkan ramai yang menawarkan diri disifatkan sebagai suatu ilusi.

“Ini semua ilusi, mana mungkin mereka boleh bertanding tanpa mendapat pencalonan yang cukup,” kata seorang pensyarah sains politik yang enggan dikenali kepada Harakahdaily ketika dihubungi hari ini.

Bahkan ketika diminta mengulas jangkaan dalam proses pemilihan pada kali ini, beliau merasakan tiada apa-apa yang menarik akan berlaku nanti.

“Tiada apa-apa yang menarik akan berlaku selagi mana adanya sistem kuota dan ini bermakna tidak akan ada apa-apa perubahan,” katanya menyentuh sistem kuota yang ditetapkan oleh parti pemerintah itu bahawa seorang calon yang ingin bertanding jawatan presiden mesti memiliki pencalonan sekurang-kurangnya 30 peratus bagi melayakkan diri mereka.

Ditanya mengenai kemungkinan tindakan beberapa figur pimpinan parti itu mencerminkan pemberontakan dalaman, beliau berkata tiada apa-apa demokrasi di dalam Umno.

Dalam pada itu, profesor tersebut juga menjelaskan mengenai pengumuman yang dibuat Abdullah mengenai penggantinya iaitu Timbalan Presiden beliau mengatakan bahawa ianya tidak akan mengubah apa-apa.

“Ianya tidak memberi sebarang kesan sama ada kepada Umno mahupun negara,” ujarnya.

Read the rest of this entry

Khairy Sifatkan BN Gagal Tunai Janji


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR, 10 Okt – Sambil berusaha untuk menafikan bahawa bapa mertuanya yang menjadi punca, menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin menyifatkan prestasi terburuk Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya 8 Mac lalu berpunca dari kegagalan kerajaan pimpinan bapa mertuanya memenuhi janji pada pilihan raya umum 2004 lalu.

“Sebab kita kalah dalam pilihan raya (umum) lepas bukan kerana kepimpinan tetapi kerana kita tidak memenuhi janji pada (pilihan raya umum) 2004.

“Ia bukan hanya kepimpinan. Ia sebenarnya komitmen kita untuk berubah,” mStar memetik menantu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi itu.

Beliau juga mengakui perubahan dalam kepimpinan akan membawa momentum baru kepada Umno.

Bagaikan mengakui Umno akan berpecah belah jika bapa mertuanya tidak berundur, Khairy menyifatkan pengunduran Abdullah menunjukkan beliau meletakkan kepentingan parti melebihi dirinya dan ia perlu dilihat sebagai pengorbanan untuk penyatuan parti.

Bagaimanapun, pertukaran kepimpinan sahaja tidak boleh menyelesaikan masalah sebaliknya pembaharuan yang dibawa Abdullah perlu diteruskan, kata suami Nori Abdullah itu.

Read the rest of this entry

Najib Tidak Cekap – Dr Mahathir


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR, 10 Okt – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Timbalan Perdana Menteri yang tidak cekap kerana tidak mempunyai pendirian sendiri dan sering mengikut nasihat Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Mengulas prestasi Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri sekarang, Dr Mahathir berkata, beliau tidak tertarik.

Najib, katanya, perlu membuat perubahan apabila mengambil alih teraju kepimpinan negara kelak.

Mengenai orang yang berkemungkinan menjadi timbalan Najib (apabila menjadi Presiden Umno), bekas Presiden Umno itu berkata, ia sepatutnya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pesaing lain yang ada sekarang bagi mengisi jawatan Timbalan Presiden Umno hanyalah “pak lawak” semata-mata.

Mengulas pengunduran Abdullah, Dr Mahathir berkata, beliau gembira apabila jangkaannya silap.

Beliau sebelum ini menjangka Abdullah tidak akan berundur sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri.

Beliau berkata, beliau terperanjat apabila mendengar pengumuman Abdullah hari ini bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Umno dan akan melepaskan teraju kepimpinan negara.

“Saya gembira kerana Umno akan dapat dibina semula,” Bernama memetik beliau berkata kepada pemberita di Putrajaya semalam.

Dr. Mahathir, yang selama ini begitu lantang meminta Abdullah berundur sejak pilihan raya umum 8 Mac lepas, berkata beliau berharap Abdullah tidak akan mengenakan sebarang sekatan dan halangan dalam tempoh peralihan kepimpinan itu.

Menjawab soalan sama ada beliau akan kembali menganggotai Umno selepas Mac tahun depan, Dr Mahathir berkata, beliau akan berbuat demikian dengan syarat mereka yang meninggalkan parti itu bersama beliau, turut diterima semula.

Ditanya apakah yang perlu dilakukan oleh Abdullah mulai sekarang hingga Mac tahun depan, Dr Mahathir berkata: “Diam.” harakahdaily

Eksklusif : Peralihan Kuasa, Hanya Yang Di Pertuan Agong Boleh Lantik Perdana Menteri!!


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR – Hanya kuasa Yang Dipertuan Agong sahaja mampu memilih dan melantik seorang Perdana Menteri setelah mendapat majoriti di Parlimen. Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar, Abdullah bakal mengulangi kesilapan beliau sebelum ini dengan pihak istana kerana melakukan keputusan sesuka hati. “Yang Dipertuan Agong dan majoriti parlimen sahaja mampu melantik Perdana Menteri. Abdullah tidak boleh menamakan sesiapa sebagai pengganti,” katanya. Mengulas mengenai beberapa laporan media perdana yang membayangi Najib Tun Razak bakal menggantikan kerusi beliau sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri, Mahfuz berkata, Abdullah hanya berhak berundur.

“Sekiranya beliau mahu berundur, dia boleh lakukan. Bukannya dengan membayangi Najib sebagai pengganti. Abdullah sepatutnya menyerahkan kepada bahagian-bahagian Umno untuk mencalonkan jawatan Presiden,” katanya lagi. Jelasnya, melalui percalonan di peringkat bahagian, Presiden Umno hanya boleh dipilih oleh pewakilan seterusnya menggantikan Abdullah. “Kerusi Perdana Menteri pula hanya boleh dilantik oleh Yang Dipertuan Agong setelah mendapat mandat dari majoriti Parlimen,” katanya.

Tindakan berkenaan, sekiranya gagal, Abdullah dilihat akan mengulangi kesilapan yang sama seperti mana yang berlaku pada pilihanraya lepas di Terengganu dan Perlis. Kesilapan Abdullah ketika itu adalah melantik menteri besar, Terengganu dan Perlis tanpa mendapat perkenan pihak istana. Walaubagaimanapun pihak Istana membelakangi kehendak Abdullah, dengan melantik menteri besar yang mendapat perkenan Raja dan Sultan kedua-dua negeri berkenaan.

“Tragedi itu, menunjukan kebiadapan Abdullah serta pengikut Umno yang memprotes perkenan Yang Dipertuan Agong selaku Sultan Terengganu,” katanya yang merujuk insiden kata-kata kesat terhadap Agong sewaktu protes perlantikan Menteri Besar Terengganu. Jelas Mahfuz lagi, sebelum berundur, Abdullah sepatutnya membersihkan imejnya yang telah dicemari oleh dirinya sendiri. “Abdullah harus berundur dengan membersihkan imej beliau sebagai seorang pemimpin dan bakal bekas Perdana Menteri,” katanya.

[Ini bermakna, biarpun Najib dilihat bakal menjadi Presiden UMNO tapi belum tentu beliau berpeluang untuk menjadi Perdana Menteri. Rakyat semua tahu apakah yang telah dilakukannya selama ini. Berbagai skandal yang menimpa beliau mencerminkan bahawa Najib bukanlah calon yang paling sesuai untuk jawatan nombor satu itu. Siapakah yang akan bersaing dengan Najib dalam hal ini. Pastinya Anwar atau pun Ku Li. Jika Ku Li menang, sudah pasti Kerajaan Perpaduan akan dibentuk dan Anwar pasti akan berada di dalam. Jika Anwar menang pula sudah pasti Ku Li turut akan berada di dalam. Maka mana satukah akan berlaku dulu, Ku Li menang menerusi UMNO atau Anwar pula menang menerusi peralihan kuasa kerajaan pusat] pahangdaily

Anwar : PKR Tetap Akan Ambil Alih Kerajaan BN


Salam Perjuangan…

KOTA BHARU : Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini sekali lagi membayangkan akan mengambil alih kuasa kerajaan Barisan Nasional (BN).

Katanya, walaupun tarikh 16 Sept tidak dicapai, Pakatan Rakyat tetap akan meneruskan usaha untuk menubuhkan kerajaan pusat.

Bagaimanapun, beliau tidak memberi butiran bagaimana pihaknya ingin mengambil alih kuasa itu.

“Siapa kata tak jadi 16 Sept? Kita dah ada jumlah (anggota Parlimen) yang cukup. Cuma nak uji kesabaran dan istiqamah kita, puluhan tahun kita boleh tunggu.

“16 Sept kita dah sedia, bukan olok-olok,” katanya dalam ceramah perdana Aidil Fitri di Padang Perdana di sini yang turut dihadiri Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta pemimpin-pimpinan Pas dan PKR Kelantan. BERNAMA

[Dah sememangnya itu yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia, bilakah Pakatan Rakyat nak ambil alih kuasa pemerintahan negara ini di bawah BN. Rakyat masih mengharap walaupun tarikh 16 September telah berlalu, namun harapan rakyat masih menggunung untuk mengecapi pemerintahan di bawah Pakatan Rakyat. Rakyat tidak sanggup lagi menampung insflasi yang semakin teruk dengan kenaikan barang-barang hasil dari kenaikan minyak baru-baru ini dan hasil daripada penurunan minyak yang dibuat oleh kerajaan tidak membantu penurunan harga barang di pasaran.]

Muhyiddin Sah Tanding Jawatan Timbalan Presiden


Salam Perjuangan…

PUTRAJAYA : Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pendiriannya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti Mac depan.

Selain Muhyiddin, antara yang menawarkan diri bertanding jawatan tersebut ialah Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Ketua Penerangan, Tan sri Muhammad Muhd Taib dan Ketua Umno Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed. mstar

[Eloklah ramai yang tanding untuk jawatan tertinggi, baru kalut dibuatnya. Harap tak ada rasuah sana sini untuk memastikan menang jawatan yang ditandinggi. Harap Umno lebih celaru hasil dari perebutan untuk bertanding jawatan yang yang tertinggi dalam Umno.]

Hakim tarik balik arahan ketepi afidavit Anwar


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR, 9 SEPTEMBER – Mahkamah Sesyen hari ini mengeluarkan arahan untuk menegenepikan permohonan pendakwaan bagi menghalang pihak media menyiarkan eksibit yang terkandung dalam afidavit peguam Anwar ditarik balik.

Afidavit tersebut mengandungi laporan Polis yang dibuat oleh Anwar terhadap Peguam Negara, Gani Patail terhadap dakwaan terlibat mereka bukti dan keterangan kes beliau di pukul ketika dalam tahanan Polis 1998.

Selain itu, eksibit 7 perkara dalam afidavit itu juga mengandungi keratan akhbar yang disiarkan oleh Bernama, International Herald Tribune dan New Strait Times yang melaporkan Perdana Menteri menyatakan pihak peguam negara tidak akan terlibat dengan pertuduhan terhadap Anwar.

Hakim S.M Komathy membuat keputusan tersebut berdasarkan peruntukan 41 peraturan 5 (2) peraturan dari mahkamah Tinggi yang menyatakan afidavit dibenarkan dibacakan dalam perbicaraan interlocutari yang bukan merupakan perbicaraan penuh.

Komathy merujuk keputusan hakim dalam kes perbicaraan Wasli Mohd Said melawan Sulong Matjeraie yang dibuat di mahkamah TInggi Sabah dan Sarawak.

Bagaimanapun, Komathy membuat keputusan penghujahan kedua-dua pihak pembela dan pendakwa terhadap permohonan pendakwa bagi memindahkan kes berkenaan ke mahkamah Tinggi disambung pada 31 Oktober ini.

Penangguhan tersebuat bagi membolehkan tertuduh, Anwar Ibrahim menghadiri sidang parlimen yang akan bermula 13 Oktober depan. suarakeadilan

Lagi Taktik Jahat KPT Kendali Pilihan Raya Kampus


Salam Perjuangan…

Apabila Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengarahkan Timbalan-Timbalan Naib Canselor dan Dekan Hal Ehwal Pelajar (TTNC dan Dekan HEP) supaya tidak mengadakan Pilihan Raya Kampus (PRK) serentak, sebaliknya ditetapkan pada dua dua tarikh berbeza, tentulah sukar untuk mereka menolaknya.

Tarikh pertama PRK tahun ini ialah pada 16 Oktober 2008, manakala penamaan calon 12 Oktober, melibatkan sembilan IPTA, antara lain yang sudah dipastikan UMT, UMP, UMK, UDM, UTeM. Manakala IPTA lain, khususnya di Lembah Klang, akan diadakan pada bulan Januari 2009.

Sudah tentu media, masyarakat dan mahasiswa sendiri akan tertanya-tanya mengapakah arahan ini dikeluarkan oleh KPT.

Ironinya, pertanyaan-pertanyaan seumpama inilah yang sangat dibimbangi KPT!

Satu perjumpaan sulit diatur, dihadiri Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Idris Haron, Prof Madya Dr Muhammad Hussin dari UKM, Prof Azali (TNC yang mendapat kepercayaan KPT) dari UPM dan sebahagian TTNC dan Dekan HEP bertempat di Rumah Melaka, Jalan Bellamy Kuala Lumpur bertarikh 6 Mei dan 16 Julai 2008.

Pertemuan terakhir berjalan di Hotel Istana, Kuala Lumpur, 6 Oktober, bermula jam 9 malam. Ia dipengerusikan Idris. Antara arahan yang dikeluarkan ialah melarang wartawan memasuki kawasan kampus semasa pilihan raya.

Read the rest of this entry

Eksklusif : Scorpene 2, Kenapa Nama Tun Razak Tapi Bukan Mahathir Yang Masih Hidup!!


Salam Perjuangan…

CARTAGENA, Sepanyol 8 Okt. – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sekali lagi mencipta sejarah hari ini selepas pelancaran kapal selam Scorpene kedua (Scorpene 2) oleh Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah yang dinamakan sebagai Kapal Diraja (KD) Tun Razak. Pemilihan nama kapal selam tersebut yang berkelas Perdana Menteri sebagai mengenang jasa dan pengorbanan Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak yang banyak berjasa terhadap kemerdekaan, pemodenan dan pembangunan negara. Dalam upacara penuh istiadat di Limbungan Navantia di sini, Tuanku Nur Zahirah melepaskan botol mengandungi air zamzam ke kapal sebagai simbolik pelancaran kapal selam kedua negara. Utusan Online

[Apa yang menjadi persoalan kita sekarang, kenapakah nama kapal selam itu ialah Kapal Diraja (KD) Tun Razak dan bukannya KD Tun Mahathir?. Bukankah Mantan PM itu juga banyak berjasa dan membawa permodenan negara selama lebih 22 tahun. Bukankah perkhidmatan Mahathir lebih lama dari Tun Razak. Malahan Mahathir juga masih hidup. Jika ingin dikenangkan jasa, biarlah orang yang masih hidup di dunia ini. Inilah yang berlaku di Malaysia sejak dulu kini dan selamanya. Suka benar memberi anugerah kepada orang yang sudah mati seperti Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan ramai lagi. Ketika hayatnya tidak langsung diberi gelaran terkemuka seperti itu. Kini “melopong”lah Mahathir menunggu dimana agaknya nak disemadikan namanya itu. Apakah beliau hanya sekadar “Hanya pergi Kuala Kubu dan Tulis Nama Atas Batu?”. Apapun sebenarnya nama itu diilhamkan oleh orang yang menguruskan pembelian kapal tersebut dan juga yang menerima komisyen ratusan juta itu.] pahangdaily

Eksklusif : Berita Sensasi, Benarkah Mufti Perak Pujuk Tuan Guru Nik Aziz Dan PAS Sertai UMNO!!


Salam Perjuangan…

Sedikit petikan info dari seorang rakan :

Mufti Perak bagi kami tak boleh pakai dah sekarang. Macam2 isu dia dah timbulkan. Baru2 ni Harussani telah pergi berjumpa Tuan Guru Nik aziz buat kali kedua untuk memujuk PAS bersatu dengan UMNO. Kali ni lebih hebat sehingga beliau dikatakan menangis dan merayu Tuan Guru agar menyertai UMNO supaya Perak boleh diperintah UMNO semula bagi penyatuan Melayu. Ini maklumat yang sampai kepada saya.

Maklumat Ini Pula menyusul

Info dari Perak menyampaikan satu berita yang tak berapa baik untuk didengar bagi Pakatan Rakyat… aku tak pandai sangat nak ulas bab Mufti ni tapi aku sampaikan beberapa perkara dan kita mintak Tuan Mufti Perak Datuk Harussani Zakaria supaya nafikan perkara-perkara dibawah ni.

  1. Benarkah “khabar angin” bahawa Tuan Mufti ada berjumpa dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz buat kali kedua dan memujuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz supaya bersetuju membawa PAS bergabung dengan UMNO?
  2. Benarkah “khabar angin” bahawa Tuan Mufti menangis dan merayu Tuan Guru Nik Abdul Aziz agar menyertai UMNO supaya Perak boleh diperintah UMNO semula bagi penyatuan Melayu?
  3. Benarkah “khabar angin” bahawa Tuan Mufti sekarang menjadi penentang utama PAS di Perak?
  4. Benarkah “khabar angin” bahawa Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak dapat berkhutbah di Perak pada muktamar PAS yang lalu kerana campurtangan Tuan Mufti?
  5. Benarkah “khabar angin” bahawa Tuan Mufti mencadangkan agar senarai pemilihan yang dibuat oleh UMNO di terima Sultan manakala meminta yang dipilih oleh PKR ditolak dalam isu pelantikan AJK masjid2 di Perak?

Mohon jawapan dan penafian dari Tuan Mufti Perak untuk membersihkan nama Tuan Mufti Perak dari pandangan dan cerita yang kurang enak.

[Apakah benar khabar angin ini?. Sesungguhnya kita amat terkejut dengan berita menggemparkan ini. Mufti Perak yang selama ini kita tahu bersikap terbuka dan tidak memihak kepada mana-mana fahaman politik, kini seolah-olah menjadi “jambatan” UMNO untuk kembali berkuasa di Perak. Mufti Perak yang kita ketahui senantiasa mencetuskan kontroversi dengan berbagai teguran yang sungguh mengkagumkan, kini seolah-olah telah terpalit dengan “noda-noda UMNO”. Apakah benar berita ini. Tunggu siasatan seterusnya dari Topeng Perak] pahangdaily