Daily Archives: 17 Oktober 2008

Sidang Pemuda Umno Rantau Panjang Kecoh, Unit Antirusuhan Dipanggil


Salam Perjuangan…

BEBERAPA individu yang bertindak agresif dengan menjerit dan membantah jumlah perwakilan yang didakwa tidak sah ditenangkan oleh individu yang lain ketika mesyuarat Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Rantau Panjang di Sekolah Kebangsaan Sri Kiambang, Rantau Panjang hari ini. - fotoBERNAMA

RANTAU PANJANG : Persidangan perwakilan Pemuda Umno Bahagian Rantau Panjang hari ini kecoh apabila sekumpulan individu bertindak agresif dengan menjerit dan melaungkan rasa tidak puas hati bagi membantah jumlah perwakilan yang didakwa tidak sah.

Suasana kecoh itu bermula pada 9.30 pagi apabila mesyuarat berkenaan bermula di Sekolah Kebangsaan Seri Kiambang di sini dan berikutan keadaan itu berlarutan selama sejam, Polis Daerah Pasir Mas terpaksa menggunakan Unit Tindakan Ringan Antirusuhan untuk mententeramkan keadaan.

Suasana tegang itu berlaku apabila Pengerusi Tetap mesyuarat berkenaan Nordin Ibrahim mengumumkan seramai 461 perwakilan daripada 144 cawangan layak mengundi.

Sejurus selepas pengumuman itu, seorang wakil dari kumpulan membantah itu, yang juga merupakan Ketua Cawangan Umno Taman Seri, mendakwa jumlah perwakilan berkenaan tidak sah kerana kemungkinan wujudnya anggota hantu. Read the rest of this entry

Kenangan Sambutan Hari Raya


Salam Perjuangan…

Kenangan semasa bertugas di Majlis Sambutan Hari Raya Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan bertempat Dataran Stadium Mohd IV pada 9 Oktober 2008 (Khamis).

Seramai 40 orang Unit Amal bertugas sebagai bentara dan selebihnya menyediakan air di khemah Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan untuk semua hadirin yang hadir.

Majlis pada kali ini mencatatkan sejarah baru, di mana lebih daripada 20,000 orang telah hadir memeriahkan majlis tersebut. Juadah disediakan oleh semua kawasan-kawasan sebanyak 14 kawasan. Begitu juga dengan Dewan Pemuda, Dewan Muslimat, Dewan Ulamat PAS Negeri Kelantan dan Badan Perhubungan sendiri.

Sebelah malamnya ceramah perdana diadakan di Padang Perdana dengan barisan penceramah ; YAB Tuan Guru Nik Aziz, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, YB Dato’ Husam Musa dan YB Saifudin Nasution.

Tubuh Suruhanjaya Diraja Siasat Najib


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR, 17 Okt – Kerajaan digesa menubuhkan satu Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat segala dakwaan dan tuduhan terhadap calon Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang berkata, negara dan rakyat tidak mahu mempunyai sorang Perdana Menteri yang menjadi bahan bualan dan ketawa masyarakat antarabangsa terhadap tuduhan yang belum lagi dibersihkan oleh beliau sendiri mahupun kerajaan sedia ada.

Katanya, tidak pernah berlaku dalam sejarah seorang Timbalan Perdana Menteri yang bakal memimpin negara mempunyai tuduhan sebanyak itu malahan segala dakwaan terhadapnya dianggap menakutkan.

“Mahukah kita ada seorang Perdana Menteri apabila menghadiri sidang antarabangsa menjadi objek ketawa, objek whisper (bisikan).

“Oh, itu orang terlibat dengan pembunuhan Mongolian Altantuya. Itu orang adalah commission submarine Scorpene. Itu adalah terlibat dengan komisen Sukhoi. Kita mahu ini dibersihkan,”tegasnya sewaktu membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2009 (bajet)di dewan rakyat baru-baru ini.

Beliau di samping itu, turut mencabar ahli-ahli parlimen Barisan Nasional (BN) supaya bersetuju untuk menubuhkan suruhanjaya terbabit bagi membersihkan imej Najib sekaligus mengundang rasa hormat terhadap bakal Perdana Menteri itu.

“Kita mahu mengadakan siasatan terbuka royal commission enquiry terhadap segala tuduhan yang dibuat terhadap Timbalan Perdana Menteri supaya apabila beliau menjadi Perdana Menteri kita semua boleh merasa bangga ada seorang Perdana Menteri yang bersih seratus peratus atau sebaliknya,” katanya.

Penasihat DAP itu juga turut mencadangkan supaya Parlimen membenarkan masa yang panjang untuk membahasakan isu nama baik Najib yang juga merangkapa Menteri Kewangan itu.

“Ini sangat serius. Sebab sebenarnya kita patut ada sesi satu atau dua hari untuk perbahasan satu perkara sahaja. Nama baik Dato’ Seri Haji Mohd Najib. Nama baik dia. Sepatutnya full day debate bukan sesingkat ini,” katanya. harakahdaily

Najib Mampu Rawat Umno?


Salam Perjuangan…

Pelan peralihan kuasa dalam Umno dipercepatkan, antara lain, bagi memastikan parti itu dan sekutunya dalam BN dapat melakukan perubahan segera sebelum pilihan raya umum ke-13.

Ahli-ahlinya yang merasai keperitan amat sangat selepas kehilangan lima negeri dikatakan mahu Umno dipulihkan dalam tempoh singkat demi menyekat kemaraan Pakatan Rakyat.

Kekalahan memalukan pada 8 Mac lalu seluruhnya dibebankan kepada Abdullah Ahmad Badawi sehingga beliau perlu diundurkan secepat mungkin.

Soalnya, apakah benar Umno tanpa Abdullah mampu dirawat? Benarkah Abdullah menjadi faktor utama tsunami politik yang hampir membenamkan BN lima bulan lalu manakala tokoh-tokoh lain, khususnya Timbalan Presiden Umno boleh berlepas tangan?

Jika keputusan pilihan raya kecil Permatang Pauh dijadikan rujukan, yang menyaksikan majoriti kemenangan Anwar Ibrahim bertambah, betulkah ia juga berpunca dari Abdullah, sedangkan Najib Razak menjadi jurukempen no. 1 BN waktu itu?

Untuk meredakan kegelisahan sendiri, pemimpin Umno kerap menyifatkan keputusan Mac 2008 umpama pilihan raya November 1999; ia boleh bertukar jika perdana menteri dan presiden Umno turut bertukar. Read the rest of this entry