Daily Archives: 25 Oktober 2008

Akhirnya Khairy Layak Untuk Bertanding Ketua Pemuda


Salam Perjuangan…

7.50 pm Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendapat pencalonan ke-34 dari bahagian Maran, Pahang, yang turut mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim untuk jawatan naib ketua. Razali kini mendapat 74 pencalonan.

7.40 pm Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendapat pencalonan ke-33 dari bahagian Lumut, Perak, yang turut mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim untuk jawatan naib ketua. Razali kini mendapat 73 pencalonan.

6.45 pm Datuk Mukhriz Mahathir mendapat pencalonan ke-65 dari bahagian Sri Gading, Johor, yang turut mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim untuk jawatan naib ketua. Razali kini mendapat 72 pencalonan.

6.30 pm Khairy Jamaluddin mendapat pencalonan ke-44 dari bahagian Papar, Sabah yang turut mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim untuk jawatan naib ketua.

5.30 pm Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendapat dua lagi pencalonan, menjadi 32, bagi jawatan ketua Pemuda. Beliau mendapat pencalonan dari Sandakan dan Kluang. Sandakan turut mencalonkan Datuk Reezal Merican Naina Merican untuk jawatan naib ketua.

5.00 pm Datuk Mukhriz Mahathir mendapat pencalonan pertama untuk hari bagi jawatan ketua Pemuda dari bahagian Tambun, Perak. Beliau kini mendapat 64 undi manakala ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim dicalonkan untuk jawatan naib ketua.

4.45 pm Khairy Jamaluddin mendapat pencalonan ke-43 untuk bertanding jawatan ketua Pemuda dari bahagian Tangga Batu, Melaka, yang turut mencalon ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim sebagai naib ketua.

4.15 pm Khairy Jamaluddin mendapat pencalonan ke-42 untuk bertanding jawatan ketua Pemuda dari bahagian Sembrong, Johor, yang turut mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim. Razali kini mendapat 68 pencalonan. Read the rest of this entry

3 Pengebom Bali diHukum Mati Bulan Depan, Pelancong Australia Diminta Waspada


Salam Perjuangan…

TIGA pengebom berani mati Bali (dari kiri) Ali Ghufron, Imam Samudra dan Amrozi Nurhasyim. - foto AP

JAKARTA : Kerajaan Indonesia akan melaksanakan hukuman mati ke atas tiga pengebom Bali, yang berlaku lima tahun lalu, awal bulan depan.

Mereka terdiri daripada Imam Samudra dan adik-beradik, Amrozi Nurhasyim dan Ali Ghufron yang merupakan anggota Jemaah Islamiah (JI).

Siri rayuan mereka telah pun ditolak oleh mahkamah.

Malah, kesemua mereka sebelum ini enggan memohon pengampunan daripada Presiden Susilo Bambang Yudhoyono selepas Mahkamah Agung menolak rayuan terakhir mereka.

Hukuman itu dilaksanakan setelah lima tahun Imam Samudra, Amrozi dan Ali didapati bersalah kerana melancarkan serangan bom ke atas kelab malam di Kuta, Bali yang meragut 202 nyawa pada Oktober 2002.

Mereka kini ditahan di penjara yang dikawal ketat di Pulau Nusakembangan iaitu tempat sama hukuman mati akan dijalankan.

Ketiga-tiga mereka bertegas untuk mati syahid kerana menganggap apa yang dilakukan oleh mereka sebagai suatu jihad.

Dalam pada itu, laporan Bernama menyebut pelancong Australia diingatkan supaya menimbangkan semula cadangan untuk melancong ke Indonesia selepas negara itu mengumumkan akan menghukum mati pengebom Bali.

Jabatan Hal Ehwal Luar dan Perdagangan Australia (DFAT) mengeluarkan nasihat baru bagi perjalanan ke Indonesia, memberi amaran yang pelaksanaan hukuman terhadap tiga individu itu mungkin mengundang risiko keganasan.

“Pada 24 Oktober kerajaan Indonesia mengumumkan tiga individu yang disabitkan terlibat dalam kejadian letupan bom di Bali pada 2002 akan dihukum mati pada awal November,” menurut nasihat perjalanan dalam laman web Smarttraveller DFAT.

“Kami menasihatkan anda menimbangkan semula keperluan anda untuk pergi ke Indonesia, termasuk Bali kerana pada masa ini wujud ancaman akan berlaku serangan keganasan.

“Jika anda memutuskan untuk pergi ke Indonesia, anda perlu berhati-hati,” katanya.

Juga dinyatakan dalam nasihat perjalanan itu bahawa pihak berkuasa Australia berterusan menerima laporan yang pengganas merancang serangan terhadap sasaran termasuk tempat tumpuan warganegara Barat dan pelancong asing di Indonesia.

“Anda perlu mengelakkan berada di tempattempat yang mungkin menjadi sasaran pengganas,” katanya lagi. – mStar

Info : Poligami Boleh Memanjangkan Usia Suami


Salam Perjuangan…

LONDON : Satu kajian terbaru mendakwa amalan beristeri ramai atau poligami boleh memanjangkan usia lelaki yang mengamalkannya.

Penyelidik Universiti Sheffield, Virpi Lummaa. berkata kajian terbabit melihat perbezaan sosio ekonomi membabitkan lelaki berusia lebih 60 tahun dari 140 negara.

Apa didapati, lelaki yang mengamalkan poligami terbukti mempunyai usia purata 12 peratus lebih panjang, berbanding lelaki di 49 negara yang kebanyakannya hanya berkahwin sekali.

“Hasil kajian itu berkemungkinan menjawab teka-teki biologi manusia. Bagaimanakah manusia mampu panjang umur dan persoalan itu ternyata wajar apabila melihat wanita yang boleh hidup melewati tempoh selepas menopaus”.

“Ini dikenali sebagai kesan nenek yang mana bagi setiap 10 tahun seorang wanita mampu hidup melewati menopaus, dia mendapat dua cucu baru”.

“Keadaan sebaliknya bagi lelaki kerana tenaga batin mereka masih berfungsi melangkaui usia 60-an, 70-an dan 80-an. Ramai penyelidik beranggapan, faktor tenaga batin itu menjadi kunci usia panjang mereka,” kata Lummaa. – sidangonline

Parah : Politik Wang Dalam Umno


Salam Perjuangan…

Saya mendapat banyak laporan berkenaan dengan politik wang dalam UMNO. Demikianlah keadaan sehingga Dato Seri Dr Rais Yatim mencadang secara sinis supaya jawatan-jawatan Majlis Tertinggi ditender. Dato Seri Shahidan Kassim amat marah dan akan tender sebanyak RM1 untuk Rais. Bila makan cili rasa pedas.

Saya diberi tahu wang banyak digunakan. Dahulu cuma ketua pemuda bahagian sahaja dapat. Ini menyebabkan pemegang jawatan lain dalam pergerakan enggan bekerjasama. Sekarang semua mendapat sogokan dan hasilnya amat memuaskan bagi penyogok.

Ketua-ketua Bahagian dan ahli jawatankuasa juga dijemput ke Kuala Lumpur untuk berjumpa orang tertentu. Mereka di arah supaya mencalonkan orang-orang tertentu untuk Timbalan Presiden, Naib Presiden dan ahli Majlis Tertinggi. Juga pencalonan Ketua Pemuda. Berkesan atau tidak akan kita lihat daripada pencalonan yang dibuat.

Tetapi cawangan dan ahli biasa pun sudah pandai. Mereka menawarkan sokongan mereka jika sekian-sekian banyak dihulur.

Mereka yang menang boleh jadi Yang Berhormat, ahli Exco, Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, pengerusi syarikat-syarikat Kerajaan dan juga dapat kontrak berjuta Ringgit.

Ahli biasa yang memberi sokongan dengan undi mereka dapat apa? Dengan kesedaran akan soal ini maka penyokong dan pengundi pula berpendapat mereka juga harus dapat nikmat daripada pemberian undi mereka. Maka mereka akan menunggu sogokan sebelum memberi undi mereka.

Amalan rasuah dalam UMNO di semua peringkat sudah menjadi buah mulut orang ramai. Mereka jelek dan muak dengan UMNO, orang UMNO dan pemimpin UMNO. Perasaan benci kepada UMNO sebagai parti yang tidak bermoral merebak ke merata-rata tempat. Read the rest of this entry

Selangor Haramkan Jom Heboh


Salam Perjuangan…

Dewan Undangan Negeri Selangor masih bersidang hari ini. Semalam di Dewan EXCO Agama yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr Hasan Ali menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak akan membenarkan konsert Jom Heboh TV3 dianjurkan dimana-mana lokasi di Selangor. Menurut beliau keputusan ini dibuat kerana stesyen TV berkenaan sentiasa berat sebelah dan tidak adil dalam membuat liputan berkenaan kerajaan negeri.

Malah kata beliau “hostess” TV3 juga berpakian tidak sopan ketika keluar di kaca TV.

Saya percaya langkah ini seiringan dengan resolusi Seminar Siyasah Syariah” yang dianjurkan oleh PAS Pusat dengan kerjasama Dewan Pemuda Pusat baru-baru ini. Adapun resolusi kelima seminar itu berbunyi:

Perlu lebih giat dalam mengintai peluang melaksanakan Islam dalam ruang lingkup yang ada di negeri-negeri yang PAS mentadbir atau menyertai kerajaan yang memerintah. Ini berdasarkan kaedah fiqh yang berbunyi: “Apa sahaja yang tidak dapat dilaksanakan kesemuanya, maka tidak boleh ditinggalkan kesemuanya.”

Sesungguhnya kalau kita tinjau konsert “Jom Heboh” TV3 yang diadakan hampir di seluruh negara, tiada apa pengisian yang bermanfaat pun selain hiburan, menyanyi, menari dan melonjak-lonjak atas pentas oleh artis yangs esetengahnya berpakaian kurang sopan. Syabas Selangor kerana berupaya mengambil pendirian sedemikain.

Mudah-mudahan atas semangat seminar di atas, negeri-negeri lain yang kita perintah bersama akan mengambil langkah yang sama juga. Memang PAS bukan dominan dalam negeri-negeri tertentu namun apa yang cuba dibawa oleh PAS ini adalah berkait-rapat dengan Islam yang dianuti oleh sebahagian besar rakyat di negeri-negeri ini. Konsert TV3 ityupun kalau kita lihat rata-rata dikerumuni oleh rakyat yang beragama Islam, lantas atas dasar itu PAS bertanggungjawab untuk melakukan sesuatu.

Yang penting moral rakyat terpelihara dan suasana yang aman, bermoral dan ceria dapat dilahirkan demi kebaikan semua. – roslan sms

Itulah, bila mana mufti bersuara kata haram “Sure Heboh”, dia tukar nama kepada “Jom Heboh”. Tapi dah benda sama, tukar nama pun tetap haramlah. Yang kita dok memandai-mandai lebih pada mufti tu apa hal. Nampak macam lebih alim daripada mufti kut.

Mazlan Aliman : Umno Sanggup Tindas Bangsa Sendiri


Salam Perjuangan…

BERA : Ahli jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman membidas pemimpin Umno kerana sering menyalahkan bangsa lain atas kegagalan orang Melayu.

Katanya, Umno yang memperjungkan Melayu dan memerintah negara sejak 50 tahun lalu adalah pihak yang bertanggungjawab terhadap kegagalan orang Melayu kerana mereka yang merancang, mereka juga yang melaksanakan segala perancangan.

“Mereka yang memerintah, mereka yang merancang dan mereka juga yang melaksanakan segala perangcangan kenapa apabila gagal mereka cuba menyalahkan kaum lain dengan menghunus keris dan sebagainya,” katanya ketika berucap pada majlis Adilfitri di Mengkarak baru-baru ini.

Menurutnya, pemimpin Umno hari ini semakin hilang kewarasan apabila sanggup menindas bangsa sendiri sebagaimana terbukti di Johor dan Selangor satu waktu dulu dengan merobohkan rumah orang Melayu yang juga ahli dan penyokong Umno sendiri.

Mazlan mendakwa, Johor yang didakwa kaya tetapi sebenarnya tidak mempunyai wang maka jalan untuk mendapatkan wang segera ialah dengan meluluskan tanah kepada pemaju manakala tanah yang diluluskan itu adalah tanah yang telah didiami penduduk sejak 20 atau 30 tahun lalu. Para pemimpin Umno adalah antara yang menjadi pengarah kepada syarikat pemaju berkenaan.

“Itulah fenomena yang berlaku di kampung baru Pletong Tengah baru-baru ini, apabila rumah-rumah penduduk dirobohkan oleh pemaju dengan bantuan pihak berkuasa seperti polis dan sebagainya,” kata Mazlan. Read the rest of this entry

Hukum Menyambut Deepavali


Salam Perjuangan…

Tengahari tadi,ketika dalam perjalanan dari kolej (IIC) ke rumah, saya terpandang satu ‘Banner’ yang menunjukkan Ucapan deepevali dari 3 parti yang menjadi pilihan rakyat malaysia pada pilihanraya baru-baru ini.

Terdetik di dalam hati adakah perayaan deepavali tahun 2008 akan menjadi perayaan yang ‘super’ meriah?bukankah kaum India yang telah menyumbang kemenangan ketiga-tiga parti sehingga parti Islam dapat menang dengan majoriti yang sangat besar di kawasan kaum tersebut.

Persoalannya adakah kita di benarkan oleh agama yang mulia ini untuk saling betukar-tukar ucapan selamat dan saling bertukar hadiah kepada non-muslim ketika perayaan mereka? Sebelum itu elok kita mengetahui erti perayaan Deepavali kepada kaum india, Jadi,mari kita lihat secara ringkas penjelasannya:

Hari Deepavali jatuh pada bulan ketujuh dalam kelender Hindu, biasanya pada bulan Oktober atau November. Oleh kerana namanya Pesta Cahaya, ia disambut dengan cahaya dan lampu oleh penganut Hindu. Asal usul perayaan ini adalah berkaitan dengan pertembungan antara Dewa Rama dengan Ravana, dimana kemenangan berpihak pada Dewa Rama, yang akhirnya berjaya merampas Sita dari Ravana yang jahat.

Selain itu terdapat juga pelbagai cerita lain yang berkaitan dengan perayaan ini, seperti pergaduhan antara Dewa Krishna dengan Syaitan Asura- yang dimenangi oleh pihak baik lantas dirayakan dengan pelita dan lampu-lampu.

[http://sklaloh.kelantan.edu.my/perayaan.htm]

Penganut Hindu menyambut Deepavali kerana banyak sebab dan paling utama mengikut kepercayaan mereka ialah bagi memperingati kemenangan Dewa Krishna menentang Nargasura, yang merupakan kejayaan kebaikan mengalahkan kejahatan.

[http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=364463] Read the rest of this entry

Mufti Cadang Subjek Finteraksi Agama


Salam Perjuangan…

Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan Kementerian Pelajaran mewujudkan mata pelajaran Fekah Interaksi Antara Agama bagi memupuk keharmonian hidup masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

Katanya, mata pelajaran yang khusus kepada para pelajar Islam itu akan mendedahkan mereka terhadap prinsip, adab dan hukum Islam ketika berinteraksi dengan kalangan bukan Islam.

“Dalam negara berbilang kaum seperti Malaysia, salah sangka yang semakin meningkat memerlukan mata pelajaran itu disegerakan,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini dan menurutnya cadangan itu pernah diketengahkan pada 2007.

Bernama juga melaporkan bahawa Dr Mohd Asri menyokong cadangan ahli Parlimen Kulim/Bandar Baru, Zulkifli Noordin supaya kerajaan membina sebuah masjid Cina di Kuala Lumpur dengan segala kegiatan dan khutbahnya dalam bahasa Mandarin.

Beliau berharap masjid Cina direalsisasikan agar komuniti itu lebih memahami Islam. – malaysiakini

Najib Sokong Tamat Layanan Iistimewa Orang Melayu Secara Beransur


Salam Perjuangan…

Bakal Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau bersedia menamatkan layanan istimewa terhadap kaum majoriti orang Melayu – ikrar yang digunakan oleh pihak pembangkang, yang mengakibatkan parti pemerintah, Barisan Nasional (BN) kalah teruk dalam pilihanraya umum Mac lalu.

Bagaimanapun, program itu yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru (DEB), yang diperkenalkan pada 1971, mesti ditamatkan ‘secara beransur-ansur’, kata Najib dalam wawancara dengan Televisyen Bloomberg yang disiarkan hari ini.

“Jika kita tidak berubah, rakyat akan mengubah kita,” kata Najib, 55, di pejabatnya di Putrajaya.

“Dalam tempoh masa tidak lama lagi, kita akan menyaksikan semua elemen Dasar Ekonomi Baru (DEB) akan diganti,” kata Najib tetapi beliau tidak menyatakan bila ianya akan dilakukan.

DEB digubal oleh bapa Najib, yang juga perdana menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein – melalui peruntukan pekerjaan, rumah murah serta faedah yang lain. Kira-kira 65 peratus daripada 27 juta rakyat Malaysia adalah orang Melayu.

Dalam pilihanraya umum lalu, BN kembali berkuasa tetapi gagal mempertahankan penguasaan dua pertiga di Parlimen. BN juga tewas di empat negeri – Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor – dan PAS berjaya mengekal Kelantan dengan tambahan kerusi.

Menurut Bloomberg, dengan menawar untuk memansuhkan DEB, dalam tempoh masa yang tidak ditetapkan, dan menggantikannya dengan sistem berasaskan keperluan, Najib dilihat mengambil pendekatan hampir sama dengan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga menyokong satu sistem yang berasaskan keperluan. Read the rest of this entry

Mahathir : Perwakilan terima ganjaran wang politik hingga RM20,000


Salam Perjuangan…

PETALING JAYA : Ketika gejala politik dalam pemilihan Umno hangat diperkatakan, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mendakwa berdasarkan perkembangan semasa setiap perwakilan mampu memperoleh sehingg RM20,000.

Sambil menekankan amalan rasuah dalam UMNO di semua peringkat sudah menjadi buah mulut orang ramai, Dr. Mahathir berkata: “Kata orang melihat kepada jawatan-jawatan yang dipertandingkan tiap seorang wakil boleh dapat hingga RM20,000.”

“Ada yang berpendapat tidak apa menerima sogokan tetapi tidak semestinya mengundi penyogok.

“Jangan percaya iman penerima begitu kuat sehingga tidak merasa terhutang budi. Lagipun duit yang diterima adalah duit haram. Yang menerima akan menanggung dosa,” kata beliau yang mengulas isu yang sama buat kali kedua dalam seminggu menerusi blognya.

JAWATAN DITENDER

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Lembaga Disiplin Umno akan mengumumkan beberapa tindakan yang akan diambil berhubung politik wang, dalam masa terdekat ini.

Beliau yang kini merupakan calon tunggal untuk jawatan Presiden Umno berkata, parti itu telah menyerahkan mandat kepada jawatankuasa yang dipengerusikan Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Ismail itu untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang didapati mengamalkan politik wang.

Baru-baru ini, anggota Majlis Tertinggi Datuk Seri Dr. Rais Yatim mengesyorkan supaya semua jawatan tertinggi parti Umno dipertandingkan secara “tender” kerana muak dengan gejala politik wang yang didakwa berlaku semasa pemilihan bahagian. Read the rest of this entry